Isnin, 21 Mac 2011

Bersabarlah....

sabar  adalah gerbang kepada segala kebaikan..sabar,perkara yang
                    dianggap mudah tetapi tidak serupa dengan apa yang kita bilang..


 Iman itu terbahagi kepada 2 bahagian :~

                           Sabar dan Syukur..

 Firman Allah s.w.t. mengenai sabar......

“Sesungguhnya orang-orang yang sabar itu, akan disempurnakan pahalanya dengan tiada terhitung”. (QS Az-Zumar : 10).

Allah juga berfirman dalam (QS Huud [11]:11)
“orang-orang yang sabar (terhadap bencana), dan mengerjakan amal-amal soleh,mereka itu beroleh ampunan dan pahala yang besar”.(QS huud [11]:11)
subhanallah

Tetapi adakah mudah untuk seseorang bersabar?
banyak cubaannya..
tambahan pula,orang yang pemarah
,tapi,jika kita bermujahadah,insyaAllah....

Adapun hadits-hadits yang menyangkut dengan sabar, maka di antara lain, Nabi s.a.w. bersabda : Sabar itu separuh iman
Acap kali,orang menggambarkan situasi sabar ini semasa ditimpa musibah..
Benar,tidak kira sebesar mana pun musibah itu menimpa diri kita
bawalah bersabar..Sabar diantara sifat yang mulia..
Jangan lah mudah berputus asa..ssguhnya putus asa itu amalan syaitan..
Allah lebih menyukai orang yang kuat(tabah)..

Orang yang sangat sabar akan mendapat yang terbaik..
setiap ujian yangm menimpa diri kita,adalah ujian daripada Allah SWT  buat menguji
tahap keimanan kita padaNya..
Ada orang menanya ana,mengapa hidup mesti ada kesedihan?
Subhanallah...semua yang berlaku ada sebabnya..
Allah menciptakan kebahagiaan dan kesedihan...
setiap kesedihan dilalui oleh kebahagian begitu juga sebaliknya...
samalah seperti hidup..pasti berakhir oleh kematian ...
apbila kite diberi kebahagiaan yg brpnjgn...kite akn mudah lupe kpd Allah SWT...mmg manusia ni bersifat lemah...selalu lupe kpd penciptaNya..
semua kesedihan ,kebgiaan ni dtgnye dripd khndk Allah....agr kite ni x mudah lupekepadanya....

Ingatlah.....


Allah itu sentiasa bersama kita,
ingt la pada-Nya pasti,Allah juga ingt pada kita...
sabar...sabar...sabar..berusahalah untuk bersabar dalam sesuatu perkara
jika  kita dalam kesedihan,marah,atau ape2
dan bersyukurlah jika kita berbahagia...
....

  wallahu a'lam.....(^^,)

Khamis, 17 Mac 2011

kesempurnaan zuhud

ZUHUD. ..Dengar sahaja perkataan ini,
bermacam maksud yang diberikan...apa itu zuhud??
adakah ia tidak berharta?mengharamkan yang halal?masyaAllah,
ana pun cuba mengkaji sedikit demi sedikit dari pelbagai sumber..
mari kita bersama mengetahui..apa itu zuhud...

ZUHUD ini bukanlah tidak berharta ,tetapi mengosongkan diri
daripada mencintai harta oleh (imam malik).



PARA ULAMA' MERUMUSKAN :

"bukanlah zuhud itu mengharamkan yang halal dan
mensia-siakan harta tetapi sesungguhnya zuhud itu adalah
apabila kamu lebih yakin dengan apa yang ada disisi
Allah berbanding dengan apa yang ada pada kamu".


Abdullah bin Abbas r.a pula berkata:

"perkataan zuhud itu terdiri dari 3 huruf:
Zal = bermksud bekalan menuju akhirat
Ha = bermaksud hidayah menuju agama
Dal = bermaksud istiqamah dalam melaksanakan
       ketaatan




SUBHANALLAH.....


Islam telah menggambarkan bahwa zuhud adalah meninggalkan 
kepentingan dunia kerana dunia akan ditinggalkan serta
menumpukan akhirat kerana itullah tempat yang 
               
               LEBIH BAIK dan KEKAL...





Syeikh Abu al-qasim Karim Hawazin al-qushairiah dalam risalah al-qushairiah
menyebut bahawa Allah s.w.t memberikan gambaran tentang kesempurnaan
zuhud menerusi firman-Nya bermaksud :~


" (wahai muhammad),sesungguhnya kesenangan dunia itu hanyalah
sementara sedangkan akhirat jualah yang lebih baik bagi orang bertaqwa."


SUBHANALLAH....


baiklah mari kita bersama membaca tentang kisah
gabenor khufah yang zuhud...



GABENOR KUFAH YANG ZUHUD =

Dr.Aidh Abdullah al-qarni menerusi kitabnya Ila Allazina
Asrafusihim menukilkan sifat zuhud dalam kalangan para
sahabat antaranya.....


Salman al-farisi..Gabenor khufah ini menghairankan manusia
yang menziarahinya pada hari-hari terakhirnya di dunia
dengan tangisannya.

Apabila ditanya mengapa beliau menangis ,salman menjawab =~


"sesungguhnya aku teringat sabda kekasihku,hendaklah kamu
mengambil bekalan dari dunia ini seperti bekalan orang yang
bermusafir."


Selepas mengucapkan sabda Rasulullah s.a.w yang mulia
itu,Salman menyambung kembali ucapannya,"sedang kita telah
mengambil seluruh dunia ini beserta isinya".


Penduduk Kufah melihat tiada satu pun dari dunia ini dimiliki
oleh seorang Gabenor seperti Salman kecuali :~


1-Sebatang tongkat untuk berjalan
2-Sehelai kain serban yang besar untuk hamparan bagi
tetamu untuk kegunaan ketika menghakimi
3- Sebiji cawan besar untuk minum,berwuduk dan pelbagai
kegunaan harian.




Maka mereka bertanya Salman:"Wahai Gabenor,sesunguhnya
kami tidak melihat apa-apa sunia pon daripada mu kecuali
keperluan tiga benda ini.




Salman menjawab,"Itulah yang aku fikirkan.Bagaimana aku
jawab terhadap Allah terhadap 3 benda ini" 

subhanaAllah

zuhud hati ialah ketidakbergantungan kepada nikmat dunia ....jika nikmatnya ditarik,die tetap sabar dan tenang,tapi jika nikmatnya berkekalan..die akan gunakannya dengn sebaik-baiknya...

Harta bukan untuk disimpan tetapi dibelanjakan..dibelanjakan??untuk ape??untuk sedeqah,membantu orang dalam kesusahan,anak yatim,senang kata ke jalan yang Benar ....


Wallahu a'alam...



sumber=>>majalah solusi (ustaz rashidi al-rashid)
>>>buku tasawuf kontemporari dunia masa kini (ustaz nadzim abdul kadir)