Ahad, 2 Jun 2013

Teguhkan iman, kuatkan dalaman..


Bismillahirrahmanirrahim..



                              (Habib Ali zaenal Abidin AL-Hamid )


Dimulakan pembuka bicara dengan kalam yang indah,
Indah nya menusuk ke jiwa..
Aahh..alangkah tenangnya diri ... saat seorang hamba itu mengingati Rabbnya.
Allahu Allah..

Allahumma solli  ala sayyidina Muhammad waala alihi wasohbihi ajmain.

Ya Rasulullah…
Salam buatmu wahai kekasih Allah..Kau penghulu anbiya'
 dirimu sangat dirindui..kasihmu sangat mendalam..
Tersentuh diri ini saat mengenangkanmu , Engkaulah  pengubat hatiku...


Dengan segala rasa rendah diri yang tidak terhingga,
Ana hulurkan assalammualaikum warohmatullahi taala wabarakatuh .
Kepada para pembaca sekalian,yang sudi menziarah blog ana ini.
Rasa malu pun ada juge… J

Baiklah, tajuk kali ini adalah kuatkan dalaman.. 
Kenapa ana pilih tajuk ini?
Kerana pelbagai cubaan dalam hidup yang harus kita tempuh
Memerlukan kekuatan dalaman dan luaran..

Wahai para pembaca yang sentiasa disayangi dan dirahmati Allah sekalian,
Menangislah andai dirimu tidak kuat menahan sesuatu cubaan,
Mengadulah pada-Nya.. Merintihlah..Dia sentiasa mendengarkan kita,Dia sentiasa ada untuk kita.

Ana sedar,ana banyak khilaf,
Mungkin dalam ramai2 orang,kita tak sedar,ada yang tidak menyukai kita.
Tapi…kita kene kuat. Kita x boleh mundur..
Kita x boleh putus asa,dan kita kene ingat, sifat seorang mu’min itu
Tidak berputus asa dengan rahmat Allah.

Bukan semua perkara kita buat,orang suka.
Kalau kita rasa bermanfaat…teruskan..
Kalau rasa x dpt ape2 faedah,hindarkan..
Orang suka atau tidak, terpulang..tapi..sbelum tu tanyelah beberape pendapat.

Kadangkala ana rasa sedikit down..
Facebook ana mungkin byk ana post mengenai nasihat..dan di sekolah,ana orang yg agak
Ceria2 ..(ana pun x tahu betul ke x,orang yg bagitahu begitu)..bunyi mcm perasan je kan? ermm,
baru ana tahu… selama ini, ada orang yg tidak suka ana, tidak suka ape2 pun yg ana post.
Ana tak kisah,Cuma.. ana sedih,kenapa tidak beritahu ana selama ini ?
Ana mohon,tolonglah beri penjelasan knp x suka..
Insya Allah ana perbaiki diri ana,


Seorang hamba Allah pernah beritahu ana,
Ruang yang paling luas adalah ruang memperbaiki diri.
Ana selalu ingat kata2 ini,kerana kata2 ini sangat baik utk diri kita.

Tetapi, orang yang menasihati ana ini terlalu rendah diri orangnya..Masya Allah..
Seringkali ,dia tidak sedar,dia sedang menasihati org lain,
Dia berasakan dirinya banyak salah dan silap..

Hidup di dunia ini ,kita tidak terlepas daripada kesilapan..
Kalaulah semua orang berasakan dirinya pun byk kesilapan,sehinggakan
Berasa tidak boleh menasihati orang lain, bagaimanakah nasib org2 lain itu?
Tidak salah,andai kita beri nasihat,dengan tujuan untuk kebaikan org itu,dan lillahi Taala..

Kadangkala apa yang kita nasihat itu, berbalik pada diri kita..
Atau bahasa mudah,kita menasihati diri kita sendiri..


Justeru,perbanyakkanlah mengingati Allah..
Banyakkan berselawat pd  nabi,
Agar urusan kita dipermudahkan..
Kuatkan dirimu..Allah sayang padamu.
Apabila diri sudah berserah pada Allah,orang buat kita macam mana pun.
Biiznillah,tiada apa2 yg  harus kita risaukan..


Wallahua’lam…Assalammualaikum warohmatullah..
~Nasihat2 ini umumny,ana tujukan untuk semua…dan khususnya buat diri yang terlalu faqir ini~