Jumaat, 25 November 2011

Ingatlah Allah,nescaya Allah mengingati kita.


Dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha  Mengasihani.

Assalammualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah,bertemu lagi.syukur ilallah,kerana Allah masih memberi kite nikmat akal,kesihatan,
dan iman.Baiknya Allah. (^_^)


Wahai para pembaca yang disayangi dan diberkati  Allah sekalian,
Zikrullah.. itulah tajuk kita kali ini.
Sedar atau tidak,kita ini sentiasa diperhatikan oleh Allah SWT.
Lantas,mengapa kita harus berasa sendirian,sedangkan Allah itu sentiasa melihat kita.Bahkan,
kita sering lupa kepada Allah kerana terleka dengan keasyikan nikmat dunia.
Astagfirullahalazim.

Ingatlah,Firman Allah SWT dalam Surah Al-ahzab (41-42) :-
 " Maksudnya :Wahai orang-orang yang beriman! zikirlah(ingatlah) akan Allah banyak-banyak dan bertasbihlah akan-Nya pagi dan petang.


Dalam kitab 'Tasawuf kontemporari' karya Al-fadhil Ustaz Mohammad Nidzam Abd.Kadir,
Zikir adalah proses amalan mengingati Allah.Zikir juga proses melepaskan diri daripada kelalaian
dan keterlupaan dengan sentiasa menghadirkan diri mengingati Allah.Nama Allah itu luas mafhumnya
meliputi sifat-Nya,hukum-Nya,doa,bacaan Quran,majlis ilmu dan sebagainyna.Subhanallah.



Banyakkanlah bertasbih,bertahmid ,bertakbir dan talil bagi mengingati Allah.
1- Tahlil  iaitu lafaz (Lailahaillah)
2-Tasbih iaitu lafaz (Subhanallah)
3-Tahmid iaitu lafaz (Alhamdulillah)
4-Takbir iaitu lafaz (Allahu akbar)

Sabda Nabi SAW mafhumnya :
"Dan lafaz 'Alhamdulillah " memenuhi mizan,dan lafaz "Subhanallah" dan "Alhamdulillah" memenuhi antara langit-langit dan bumi.
(Hadis riwayat Muslim)

Selain itu,lafaz istigfar iaitu lafaz memohon keampunan kepada Allah.Lafaznya,


Astagfirullahalazim
maksudnya : Aku memohon keampunan daripada Allah yang Maha Agung.

Dan juga selawat kepada Nabi SAW. Jika kita ingin disayangi Allah SWT ,taatilah perintahNya dan rasulNya,tinggalkanlah laranganNya.
Apabila kita sudah kenal, maka cinta akan berputik,apabila cinta berputik,rindu akan menyusul.
Alangkah indahnya jika seorang hamba itu kenal TuhanNya lalu menyintai dan merinduiNya .(^_^)
Dengan itu,tenanglah hatiNya.Ya Allah Ya Rahman,Ya Allah Ya Rahim, Subhanallah wabihamdili , subhanallahi azim.Akhirul kalam,Wassalammualaikum warohmatullahi wabarakatuh.


Wallahua'lam. (^^,)