Khamis, 15 Disember 2011

Tak mengapa..






Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani.

Suatu pagi yang sungguh indah..kedukaan melanda diri  salah seorang
seorang pelajar perempuan sekolah agama menengah (nama sekolah tidak dinyatakan) .
Dia tidak ingin memiliki jawatan sebagai pengawas di sekolahnya,entah mengapa.
Mungkin kerana..dia takut memegang amanah tersebut..

Apabila dia pulang dari sekolah,dia mengkhabarkan berita itu kepada ahli keluarganya.
Ahli keluarganya sangat gembira..
Sahabat-sahabatnya juga gembira atas jawatan yang dimiliki olehnya.Namun,
dia tidak menyukainya.Rasanya seperti mahu menangis sahaja pada  masa itu.
Hari berganti hari,dia di dalam pengawasan guru sebagai pengawas
percubaan.Kakak pelajar itu sentiasa menasihati dia agar bertanggungjawab
atas tugasannya dan  menceritakan pelbagai kisah yang menarik semasa kakaknya
menjadi pengawas dahulu.Dia sangat gembira dan bertekad untuk menjadi seorang pengawas yang
berwawasan dan dedikasi.Dia juga ingin cuba menjadi seorang yg beranggungjawab dengan tugasnya.

Sebulan telah berlalu,
Dia dikhabarkan oleh gurunya bahawa dia berjaya dalam tempoh pengawas percubaan dan menjadi pengawas pada tahun hadapan.Dia gembira sekali kerana dalam 46 orang ,yang layak hanya 40 ,dan dia tergolong didalam 40 orang tersebut..

Dia mengikut keluarganya membeli pakaian2 bagi persiapan pengawas pada tahun hadapan.Dia tidak terlalu gembira kerana takut kegembiraan itu bertukar menjadi kesedihan.Suatu hari,semasa dia mengikuti kakaknya mengajar,dia ingin berterus terang dengan gurunya mengenai kem kepimpinan yang harus dia ikuti.
Dia menghubungi gurunya dan menjelaskan bahawa ibunya tidak mengizinkan dia untuk
mengikuti kem tersebut kerana risau akan keadaannya yang mempunyai pelbagai penyakit.
Guru disiplinnya agak kecewa.

Keesokan harinya...sedang dia menonton televisyen,dia dipanggil oleh ibunya kerana ibunya menerima
SMS dari guru disiplinnya.Dia agak sedikit pelik.Lalu,dia membaca SMS itu dengan penuh persoalan.
" Salam,saudari..diatas sebab dan alasan yang munasabah,dengan ini saya melucutkan jawatan saudari sebagai pengawas pada tahun hadapan,harap maklum "

Selesai membaca SMS itu,berkecai hatinya tidak terkira. .Empangan airmatanya tidak mampu bertahan lagi, airmatanya jatuh berjurai seperti air sungai yang deras.Lalu,dia beristighfar mengingati Allah.Dia sangat sedih.
Ibunya tidak mampu berbicara melihat keadaan anaknya.

Dia terus memasuki bilik,lalu menangis sendirian...Cuaca pada hari itu agak mendung dan hujan mulai membasahi bumi,seolah-olah memahami keadaannya.

Dia bersabar atas ujian yang menimpa dirinya.Dia sedar sekiranya dia nangis berjam-jam sekalipun,tidak mampu mengubah segalanya. Dia menasihati dirinya sendiri.Dia memohon ketabahan hati kepada Allah.
Dia tidak pernah dan tidak mahu berburuk sangkan kepada Allah.Kerana dia tahu,semua ini ada hikmahnya....Sekian.

Moral daripada kisah ini :-

Terimalah sesuatu perkara itu dengan hati yang terbuka walaupun perit untuk menerimanya dan berbaik sangkalah kepada Allah, Semua yang berlaku itu sudah ditentukan oleh Allah.Semua yang berlaku ada hikmahnya.Bersabar dan tabahkanlah hati atas ujianNya.Allah itu lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. ( ^^, )

Wallahua'lam.





Isnin, 12 Disember 2011

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala puji hanya bagi Allah SWT ,Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW.

Assalammualaikum warohmatullahi taala wabarakatuh..♥ 

Wahai pembara yang dikasihi Allah sekalian,apa kabar?sekiranya sihat,Alhamdulillah..
sekiranya kurang sihat,bersabar ye.Setiap penyakit ada penyembuhnya.
Sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar.( ^^, ) .Jangan lupa jaga kesihatan.
Ana Alhamdulillah sihat .em,bagaimana pula keadaan iman kita hari ini? Semoga kita
sentiasa diberi petunjuk oleh Allah SWT. insyaAllah..amin...

Baik,kali ni ana ingin memberi tahu tentang pertukaran lagu di blog ana sahaja
dan sedikit nasihat. ^^ .Ana tertarik pada nasyid kumpulan hijjaz ,tajuk
nya satu amanah...Rasa tenang dan damai bila menghayati bait2 nya.


Oh ye,tadi..ana pergila menziarahi blog2 yang ana follow...musibah yang menimpa diri seseorang berlainan dengan yang lain.Semoga Allah melapangkan urusan mereka.Amin..
Kadangkala sewaktu kita ditimpa kesusahan,kita sering merasa diri kita inilah yang paling sedih
lagi menyedihkan,kita jadi tidak berdaya,dan berfikiran negatif. Nauzubillah min zalik.

Wahai pembaca yang di rahmati Allah sekalian,

Ingatlah setiap kesusahan itu bersamanya kesenangan.
Allah berfirman dalam surah al-sharh ayat 5-6 :-

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai 
      kemudahan,

(6) (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.



Semua itu berlaku dengan kehendak Allah,kadangkala dengan musibah ini barulah kita teringat Allah.
Dengan musibah ini juga,Allah ingin menguji tahap keimanan kita pada Nya.Janganlah bersedih.
Bersabarlah, walaupun sukar. dan sabarlah dalam bersabar.kerana Allah sangat sa..yang kepada
hambaNya yang bersabar. ( ^_^ ) . Semoga hari ini lebih baik daripada semalam,dan esok lebih baik daripada hari ini. Barakallah..
Wassalammualaikum warohmatullahi taala wabarakatuh.

Wallahua'lam.



Jumaat, 25 November 2011

Ingatlah Allah,nescaya Allah mengingati kita.


Dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha  Mengasihani.

Assalammualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah,bertemu lagi.syukur ilallah,kerana Allah masih memberi kite nikmat akal,kesihatan,
dan iman.Baiknya Allah. (^_^)


Wahai para pembaca yang disayangi dan diberkati  Allah sekalian,
Zikrullah.. itulah tajuk kita kali ini.
Sedar atau tidak,kita ini sentiasa diperhatikan oleh Allah SWT.
Lantas,mengapa kita harus berasa sendirian,sedangkan Allah itu sentiasa melihat kita.Bahkan,
kita sering lupa kepada Allah kerana terleka dengan keasyikan nikmat dunia.
Astagfirullahalazim.

Ingatlah,Firman Allah SWT dalam Surah Al-ahzab (41-42) :-
 " Maksudnya :Wahai orang-orang yang beriman! zikirlah(ingatlah) akan Allah banyak-banyak dan bertasbihlah akan-Nya pagi dan petang.


Dalam kitab 'Tasawuf kontemporari' karya Al-fadhil Ustaz Mohammad Nidzam Abd.Kadir,
Zikir adalah proses amalan mengingati Allah.Zikir juga proses melepaskan diri daripada kelalaian
dan keterlupaan dengan sentiasa menghadirkan diri mengingati Allah.Nama Allah itu luas mafhumnya
meliputi sifat-Nya,hukum-Nya,doa,bacaan Quran,majlis ilmu dan sebagainyna.Subhanallah.



Banyakkanlah bertasbih,bertahmid ,bertakbir dan talil bagi mengingati Allah.
1- Tahlil  iaitu lafaz (Lailahaillah)
2-Tasbih iaitu lafaz (Subhanallah)
3-Tahmid iaitu lafaz (Alhamdulillah)
4-Takbir iaitu lafaz (Allahu akbar)

Sabda Nabi SAW mafhumnya :
"Dan lafaz 'Alhamdulillah " memenuhi mizan,dan lafaz "Subhanallah" dan "Alhamdulillah" memenuhi antara langit-langit dan bumi.
(Hadis riwayat Muslim)

Selain itu,lafaz istigfar iaitu lafaz memohon keampunan kepada Allah.Lafaznya,


Astagfirullahalazim
maksudnya : Aku memohon keampunan daripada Allah yang Maha Agung.

Dan juga selawat kepada Nabi SAW. Jika kita ingin disayangi Allah SWT ,taatilah perintahNya dan rasulNya,tinggalkanlah laranganNya.
Apabila kita sudah kenal, maka cinta akan berputik,apabila cinta berputik,rindu akan menyusul.
Alangkah indahnya jika seorang hamba itu kenal TuhanNya lalu menyintai dan merinduiNya .(^_^)
Dengan itu,tenanglah hatiNya.Ya Allah Ya Rahman,Ya Allah Ya Rahim, Subhanallah wabihamdili , subhanallahi azim.Akhirul kalam,Wassalammualaikum warohmatullahi wabarakatuh.


Wallahua'lam. (^^,)



Isnin, 3 Oktober 2011

Sedarlah Wahai Insan..


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Assalammualaikum warohmatullahi Wabarakatuh...
Alhamdulillah,kita masih lagi boleh bernafas sehingga pada hari ini.

Syahdu sungguh waktu-waktu begini,alhamdulillah hari ni ana ada 
satu kem yang dianjur oleh Sekolah ana untuk remaja-remaja kita.
Jika kita lihat,sekarang keadaan sangat dahsyat bagi remaja2 kita.
Banyak cubaan dan dugaan yang mereka harus tempuh untuk
meneruskan hidup ini..

Wahai para pembaca sekalian,seharusnya kita harus bersyukur
kerana dilahirkan dalam agama islam..Kita ini sebenarnya telah dipilih oleh
Allah SWT..Segalanya Allah telah tentukan.
Bersyukur ni juga,bukan sekadar mengucap kalimah 'Alhamdulillah",
tetapi,kita harus ikut apa yang diperintahkan Allah.

Allahuakbar,

Pertama sekali,kita haruslah kenal diri kita.Soalan yang mudah.
Ramai orang apabila mendengar "kenal diri",semua rasa seperti sudah benar-benar
mengenali diri sendiri.Tetapi,hakikatnya adakah benar kita mengenali diri kita?

Kita adalah hamba Allah (khalifah di muka bumi ini).
Kita lihat orang gaji,patuh pada arahan majikannya.Itu orang gaji.
Tetapi,kita adalah hamba Allah SWT.Justeru,kita haruslah taat pada perintah Allah SWT
dan menjauhi laranganNya.
Jika kita tidak mengenali diri kita,kita tidak akan mengenali Tuhan kita.
Allah SWT,menyuruh kita supaya taat pada kedua ibu bapa dan berbuat baik kepada mereka.

 Rasulullah bersabda yang bermaksud :~

Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.
(Riwayat al-hakim)


Ibu bapa adalah orang yang paling hampir dengan kita,
Sewaktu kecil,ibu lah orang yang selalu kita cari.sedang,bapa sibuk bekerja
mencari rezeki untuk memberi kita sesuap nasi.Semakin besar,kita kadang 
terleka dengan arus dunia sehingga lupa pada jasa mereka.sehingga sampai hati kita
meninggikan suara terhadap mereka.Astagfirullahalzim.

Wahai remaja sekalian,sedarlah .adakah tugas kita sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini
sudah kita laksanakan?adakah sudah selesai taggungjawab kita terhadap ibu bapa kita?
Adakah kita sudah membalas jasa ibu bapa kita?Sampai bila kita ingin jadi begini?Allahuakbar..

Sementara ada masa lagi,mohonlah keampunan daripada  Allah SWT.
Mohonlah kemaafan pada ibu bapa kita,
sementara mereka masih ada,balaslah jasa mereka.
Berulang-ulang kali disebut dalam Al-Quran,Allah itu Maha Pengampun.
Mohonlah kemaafan daripada-Nya.

ana nasihat kan anda semua dan diri ana juga.Hidup ini walaupun banyak ritangan,
bersabarlah,sentiasalah mohon petunjuk Allah dalam sesutu perkara..
Marilah kita bersama-sama muhasabah diri.Sedarilah,kita tidak pernah sendirian,
Allah sentiasa bersma kita.

Wallahua'lam..(^________^)


Isnin, 29 Ogos 2011

sekadar nasihat....(^^,)

Bismillahirrahamanirrahim...
assalammualaikum warohmatullahi wabarakatuh,...

syahdunye mlam ni...hati ana juge trse sayunye...
kali ni ana sekadar ingin menulis coretan hati ...

Tiada kebahagiaan melainkan dengan didahului oleh kesedihan...
kite sering mendengar ungkapan "la tahzan"...
tapi,bukan semua org boleh menerima ungkapan itu melainkan dia menerima
segalanya dgn sabar....

Ujian Allah hadir bgi menguji tahap keimanan hambaNya...
ketika hati sedih,sentiasalah mengingati Allah SWT...supaya hati itu lebih tenteram...
Ingatlah Allah ,nescaya Allah mengingati kite jua...

dan yg paling penting,jgn mudah berputus asa...
putus asa tu sifat syaitan......jgn pula kite ikut.....


Kita tidak boleh menghadapi musibah sendirian....
sedarlah..kite hanya manusia biasa yg sgt lemah....
kite sgt memerlukan pertolongan drpd Allah SWT.....
Jadi,ketika susah..ketika senang..sentiasalah ingat kepada Allah......

diri ini rindu sgt kepada Allah..........Diri ini teringin sgt jumpa Rasulullah SAW...
tapi,diri ini penuh dgn dosa.....
tiada perkara yg lebih penting yg trlints dalam fikiran ini melainkan
keampunan dan keredhaan Allah swt..

Keberanian yg sejati adalah sabar.....
Bahkan Rasulullah SWT juga prnah brsabda lebih kurang mksdnye :~

"orang yg gagah itu bukanlah org yg kuat brtinju tetapi sabar ketika ia sedang marah"

Allah juga suka pada org yg kuat (tabah)...
Semua yang ana tulis ini ana nasihatkan diri ana dan juga antum....

Semoga sama2 kita diredhai Allah SWT...amin ya rabb...

Wallahua'lam..

Jumaat, 24 Jun 2011

Syukur ...

Bissmillahirrahmanirrahim....
Assalammualaikum warohmatullahi wabarakatuh..(^^,)

Erm..tenangnya suasana pada petang ni...sambil mendengar alunan selawat....
Allah..maaf ye...apa khabar semua? Ana harap semua sihat ye..insyaAllah...
Ana alhamdulillah...ok je..

Haa...kali ni ana ingat nk kongsi sedikit dgn antum pasal syukur..
Hurm.syukur? kenape kite kene bersyukur?
(^^,)..Ok,syukur ni kan samela jugak dengan berterima kasih..
Cuba kite muhasabah diri..ingat balik semua nikmat yang Allah bagi kat kite..
memang tak terkire an...Allah itu ar rahman (pemurah)..diberinya nikmat kepada semua
hambaNya tak kira islam ataupun kafir...

Baiklah,ana ambil contoh paling dekat.....Allah beri kite kesihatan,
keselesaan ..tapi,pernah tak kita fikir semua tu...Cuba bayangkan...
orang bagi kite barang atau hadiah..ade x kite terus rampas pastu buat tak tahu je?
haa..kite mesti kate terima kasih untuk hargai apa yang diberinya..

Samelah dengan Allah SWT...Allah beri kite macam2. Harta,ibubapa,kejayaan
dan macam2 lagi...tapi,jarang kite terima kasih pada Allah...takkan kite nak jadi 
orang yang seperti tadi kut? fikirkan....

Syukur ni kite berterima kasih atas nikmat yang dikurniakan Allah ..
Kenapa ana tibe2 je sebut pasal syukur? sebab iman itu kan terbahagi kepada 2.
Sabar ngan syukur...Orang yang zuhud, memang die tak pandang harta dunia ni,
tapi,bile die mendapat nikmat dari Allah,dia tentu akan bersyukur..

 Allah berfirman :~

Kami akan memberikan balasan kepa orang-orang yang bersyukur.” QS. Ali Imron : 145.

Tahu tak..kalo kita tak bersyukur
..nanti kang Allah tarik balik nikmat tu..(^_^)
Bukannya apa,Ini semua,adalah satu cara
untuk kite mendekatkan diri kita
kepada Allah SWT..Jadi,janganlah kite lupe
untuk berterima kasih kepada Allah
bile kite dapat apa2 pun nikmat.
.tak kisahlah,nikmat tu
sekecil mane,mahupun dapat coklat satu je
syukurlah.. daripada tak dapat makan.hehe..

Erm..itu sahaja dari ana kali ni..insyaAllah 
kite jumpa lagi...Assalammualaikum warohmatullah..:))

Wallahualam..




Selasa, 7 Jun 2011

Tawakaltu alallah...

Alhamdulillah.....
Assalmmualaikum warohmatullahi wabarakatuh antum semua...^^,
Apa kabar??Sihat?? haa..bagaimana pula keadaan iman kite hari ni??
semoga kite sntiasa diberi petunjuk oleh Allah SWT....insyaAllah....amin..

erm..baikla..kali ni tajuk kite mengenai tawakal....
ape tu tawakal??Baik,
Tawakal ni sebenarnya kite pasrahkan segala urusan yang
kita dah usahakan kepada Allah.....

Biarlah Allah yang menentukn segala-galanya...yang penting kite dah usaha
jadi...kalau kite rase kite dah usaha tapi,x dpt juge ape yang kite nak tu...
sabarlah...adelah hikmahnya..atau mungkin Allah nak bagi time lain pula...
Allah itu Maha Adil..

Allah berfirman dalam Q.S.An-Nisa’ : 81 yang ertinya:

Dan tawakallah kepada Allah. Cukuplah Allah menjadi pelindung. (Q.S.An-Nisa’ : 81 ).


Allah juga berfirman dalam  (Q.S.Al  Maidah:23)

Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakal.
Jika kamu benar – benar orang yang beriman

Tapi,ingt ..kite kenelah usaha,...x de usaha dan doa....tak guna juge.,berusahalah brsungguh-sungguh,setelah itu berdoalah dan serahkanlah(tawakal) kepada Allah...dgn restu ilahi,insyaAllah,kamu dpt apa yg kamu ingnkn...Allah x akn mmprsia-siakn usaha hambaNya..(n_n)..
Allah itu Maha pengasih.....

Formula:~



Usaha+Doa+Tawakal = InsyaAllah...^^,
Usaha+ xde Doa = .agak tipis peluang untuk mendapatkan sesuatu

Ingatlah Allah selalu.....Allah pasti ingat kita...
Wallahualam........

Ahad, 24 April 2011

Allah itu ar-rahman...

Assalammualaikum warohmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi......
gembira sungguh hari ini,tidak tergambar lagi kegembiraan dlm diri.. ^^,
haa......sibuk gembira2..lupa nk tanya kabar anda semua...sihat dok? 
maafle teman lambat tanye ye.. ^^

Ana,alhamdulilah,masih diberi 
kesempatan untuk menghirup udara..

Baiklah,hari ni..ana nk cite pasal Allah swt itu ar-rahman(Maha pemurah)...
Ana bersyukur sgt kerana Allah swt masih memberi
ana kesempatan untuk bykkn lagi amalan....insyaAllah...

Baikla, semua yg ade kat dunia ni,semua nikmat yg Allah beri kpd kite,
ttp semuanye hanye pinjaman
jadi,jgn buat harta sndiri pula..tapi,gunakanlah sebaik-baiknya.

Kalo nk kate contoh nikmat yg Allah bagi kpd kitelah,mmg x terkire...
ana ada banyak contoh....Allah ini maha pemurah...(ar-rahman).............

Baru2 ni, kakak ana adala kata, 
'sape jumpe buku kak long,kak long bagi die...something"
ana kebetulan di bilik air,jadi x dgrla.
..nk katekan Allah nk bagi rezeki tu
bile ana keluar,die ulang lagi sekali,
ana pun bgila bukunye,,dptla ana rezeki.....

Lagi satu,baru2 ni juge....ana nk topup...hehe,tp, time tu urgent,
ana x sempat nk pegi topup, ana punye kredit da expired...
ana pun mcm fikir juge,mcmne ni..ana cube cri ikhtiar..
tibe2, Allah swt nk bgi rezeki.....

Ada mcj msuk ...." 50 minit dan 100 sms tlh dikreditkn dlm akaun anda"
mahunye ana x gembira......ana trus mngucpkn alhamdulillah......

Jadi ,berkata tentang nikmat ini....ingat!! semua nikmat di dunia ini
semuanya milik Allah....Allah itu maha pemurah....tidak kira sesiapa pun hambaNya
ttp diberikan......jadi,semakin sayanglah kite kapda Allah swt 
dan mengabdikan diri serta mencintainya beserta nabiNya....insyaAllah,amin....^^

Ahad, 17 April 2011

Zuhud Hati...

Assalammualaikum warohamtullahi wabaratuh.....

sudah lame rasenye x edit blog....sihat ke semua? bagaimana pula keadaan hati kita pada hari ni? semoga kite sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT..baiklah,hari ini,insyaAllah ana nk kongsi ngan antum semua mengenai zuhud hati.....

Apa itu zuhud hati??sudah zuhud ,ada pula zuhud hati??


Baiklah,zuhud itu tidak pndang harta dunia..zuhud ini sifat hati,sama juga dengan sabar...kedua-duanya sifat hati....

zuhud hati ialah ketidak bergantungan kepada nikmat dunia ..
jika nikmatnya ditarik,die tetap sabar dan tenang,
tapi jika nikmatnya berkekalan..
die akan gunakannya dengn sebaik-baiknya.....

 Misalnya,
 sekarang ni,ramai orang menganggap wang itu adalah segala-galanya
sedangkan dia tahu bahawa Allah itu lah segala-galanya.....
mungkin kerana wang itu boleh digunakan untuk kesenangan dan kemewahan buat dirinya..sehingga terlalai dengan nikmat duniawi itu...masyaAllah..
,jadi di sini,adalh contoh orang yang CINTAKAN HARTA.
.wang ini hanyalah nikmat yang Allah kurniakan,
semua nikmat di dunia ini,
x kekal lama dan akan dipulangkan semula...

zuhud hati x bergantung pada nikmat dunia,dan cuma mengabdikan diri kepada tuhan,bukan bermakna jika dia memperoleh nikmat,dia buang,atau menolak...tapi,dia cuba menggunakannya dengan sebaik-baiknya....ramai orang salah anggap disini...

wallahu a'lam.........

Isnin, 21 Mac 2011

Bersabarlah....

sabar  adalah gerbang kepada segala kebaikan..sabar,perkara yang
                    dianggap mudah tetapi tidak serupa dengan apa yang kita bilang..


 Iman itu terbahagi kepada 2 bahagian :~

                           Sabar dan Syukur..

 Firman Allah s.w.t. mengenai sabar......

“Sesungguhnya orang-orang yang sabar itu, akan disempurnakan pahalanya dengan tiada terhitung”. (QS Az-Zumar : 10).

Allah juga berfirman dalam (QS Huud [11]:11)
“orang-orang yang sabar (terhadap bencana), dan mengerjakan amal-amal soleh,mereka itu beroleh ampunan dan pahala yang besar”.(QS huud [11]:11)
subhanallah

Tetapi adakah mudah untuk seseorang bersabar?
banyak cubaannya..
tambahan pula,orang yang pemarah
,tapi,jika kita bermujahadah,insyaAllah....

Adapun hadits-hadits yang menyangkut dengan sabar, maka di antara lain, Nabi s.a.w. bersabda : Sabar itu separuh iman
Acap kali,orang menggambarkan situasi sabar ini semasa ditimpa musibah..
Benar,tidak kira sebesar mana pun musibah itu menimpa diri kita
bawalah bersabar..Sabar diantara sifat yang mulia..
Jangan lah mudah berputus asa..ssguhnya putus asa itu amalan syaitan..
Allah lebih menyukai orang yang kuat(tabah)..

Orang yang sangat sabar akan mendapat yang terbaik..
setiap ujian yangm menimpa diri kita,adalah ujian daripada Allah SWT  buat menguji
tahap keimanan kita padaNya..
Ada orang menanya ana,mengapa hidup mesti ada kesedihan?
Subhanallah...semua yang berlaku ada sebabnya..
Allah menciptakan kebahagiaan dan kesedihan...
setiap kesedihan dilalui oleh kebahagian begitu juga sebaliknya...
samalah seperti hidup..pasti berakhir oleh kematian ...
apbila kite diberi kebahagiaan yg brpnjgn...kite akn mudah lupe kpd Allah SWT...mmg manusia ni bersifat lemah...selalu lupe kpd penciptaNya..
semua kesedihan ,kebgiaan ni dtgnye dripd khndk Allah....agr kite ni x mudah lupekepadanya....

Ingatlah.....


Allah itu sentiasa bersama kita,
ingt la pada-Nya pasti,Allah juga ingt pada kita...
sabar...sabar...sabar..berusahalah untuk bersabar dalam sesuatu perkara
jika  kita dalam kesedihan,marah,atau ape2
dan bersyukurlah jika kita berbahagia...
....

  wallahu a'lam.....(^^,)

Khamis, 17 Mac 2011

kesempurnaan zuhud

ZUHUD. ..Dengar sahaja perkataan ini,
bermacam maksud yang diberikan...apa itu zuhud??
adakah ia tidak berharta?mengharamkan yang halal?masyaAllah,
ana pun cuba mengkaji sedikit demi sedikit dari pelbagai sumber..
mari kita bersama mengetahui..apa itu zuhud...

ZUHUD ini bukanlah tidak berharta ,tetapi mengosongkan diri
daripada mencintai harta oleh (imam malik).



PARA ULAMA' MERUMUSKAN :

"bukanlah zuhud itu mengharamkan yang halal dan
mensia-siakan harta tetapi sesungguhnya zuhud itu adalah
apabila kamu lebih yakin dengan apa yang ada disisi
Allah berbanding dengan apa yang ada pada kamu".


Abdullah bin Abbas r.a pula berkata:

"perkataan zuhud itu terdiri dari 3 huruf:
Zal = bermksud bekalan menuju akhirat
Ha = bermaksud hidayah menuju agama
Dal = bermaksud istiqamah dalam melaksanakan
       ketaatan




SUBHANALLAH.....


Islam telah menggambarkan bahwa zuhud adalah meninggalkan 
kepentingan dunia kerana dunia akan ditinggalkan serta
menumpukan akhirat kerana itullah tempat yang 
               
               LEBIH BAIK dan KEKAL...





Syeikh Abu al-qasim Karim Hawazin al-qushairiah dalam risalah al-qushairiah
menyebut bahawa Allah s.w.t memberikan gambaran tentang kesempurnaan
zuhud menerusi firman-Nya bermaksud :~


" (wahai muhammad),sesungguhnya kesenangan dunia itu hanyalah
sementara sedangkan akhirat jualah yang lebih baik bagi orang bertaqwa."


SUBHANALLAH....


baiklah mari kita bersama membaca tentang kisah
gabenor khufah yang zuhud...



GABENOR KUFAH YANG ZUHUD =

Dr.Aidh Abdullah al-qarni menerusi kitabnya Ila Allazina
Asrafusihim menukilkan sifat zuhud dalam kalangan para
sahabat antaranya.....


Salman al-farisi..Gabenor khufah ini menghairankan manusia
yang menziarahinya pada hari-hari terakhirnya di dunia
dengan tangisannya.

Apabila ditanya mengapa beliau menangis ,salman menjawab =~


"sesungguhnya aku teringat sabda kekasihku,hendaklah kamu
mengambil bekalan dari dunia ini seperti bekalan orang yang
bermusafir."


Selepas mengucapkan sabda Rasulullah s.a.w yang mulia
itu,Salman menyambung kembali ucapannya,"sedang kita telah
mengambil seluruh dunia ini beserta isinya".


Penduduk Kufah melihat tiada satu pun dari dunia ini dimiliki
oleh seorang Gabenor seperti Salman kecuali :~


1-Sebatang tongkat untuk berjalan
2-Sehelai kain serban yang besar untuk hamparan bagi
tetamu untuk kegunaan ketika menghakimi
3- Sebiji cawan besar untuk minum,berwuduk dan pelbagai
kegunaan harian.




Maka mereka bertanya Salman:"Wahai Gabenor,sesunguhnya
kami tidak melihat apa-apa sunia pon daripada mu kecuali
keperluan tiga benda ini.




Salman menjawab,"Itulah yang aku fikirkan.Bagaimana aku
jawab terhadap Allah terhadap 3 benda ini" 

subhanaAllah

zuhud hati ialah ketidakbergantungan kepada nikmat dunia ....jika nikmatnya ditarik,die tetap sabar dan tenang,tapi jika nikmatnya berkekalan..die akan gunakannya dengn sebaik-baiknya...

Harta bukan untuk disimpan tetapi dibelanjakan..dibelanjakan??untuk ape??untuk sedeqah,membantu orang dalam kesusahan,anak yatim,senang kata ke jalan yang Benar ....


Wallahu a'alam...



sumber=>>majalah solusi (ustaz rashidi al-rashid)
>>>buku tasawuf kontemporari dunia masa kini (ustaz nadzim abdul kadir)