Sabtu, 16 Jun 2012

Sinaran hidayah...




Alhamdulillahirabbil alamin.Wassolatu wassalamu ala asyrafil anbiya'i wal mursalin waala alihi wasohbihi ajmain.Syukur..syukur kehadrat ilahi,kerana dengan lindungan 
kasih sayang-Nya,kita masih lagi diberi kesempatan untuk hidup di dunia ini.
Dengan kemurahan rahmat-Nya,Allah masih lagi memberikan kita nikmat walaupun
kadangkala kita sedang sibuk dengan urusan dunia.Allahuakbar.
Mulakanlah hari2 kita dengan bersyukur kepada-Nya,kerana Allah itu sangat sayang pada
hamba-Nya yang banyak bersyukur pada-Nya.Bismillahirrahmanirrahim..
(Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati,tetapkanlah hati kami di atas agama-Mu).
Amin ya rabbal alamin.


Assalammualaikum warohmatullahi taa'la wabarakatuh.. (^_^)
Pertama sekali,syukran jazilan ana ucapkan kpd sesiapa yg sudi menziarahi blog ini.

Wahai para pembaca sekalian, Apa khabar keadaan hati kita hari ini?
Semoga kita sentiasa di atas jalan-Nya.amin.
Ermm.. Agak lama juga tidak bersua.Mungkin kesibukan beberapa hari ini.

Setiap insan yang diciptakan Allah,pasti mempunyai amanah2 tersendiri.
Blog  ini,sekadar tempat untuk ana mencurahkan serba sedikit bingkisan hati pada masa lapang.

Baiklah,tajuk post kali ini,ana sekadar ingin berkongsi mengenai hidayah.
Hidayah  Allah adalah petunjuk drpd Allah.Hidayah tidak akan datang bergolek sekiranya tiada 
usaha yang gigih daripada diri kita.Begitu juga kejayaan.Kita sering mendengar,
" Usaha tangga kejayaan".Perkara2 yang baik atau sesuatu yang kita ingini yang mendatangkan 
kebaikan,memerlukan usaha.

KiTe sering membaca Al-Quran,dan Allah selalu menyebut.." Allah tidak memberi hidayah kepada orang yang  zalim.

Sedar atau tidak,sebagai hamba,kita sering melakukan dosa.
Sekiranya kita berfikir sejenak,pada masa yang sama,kita dianggap telah menzalimi diri kita.
Kerana ..kite membiarkan diri kita dekat dengan azab Allah..dekat dengan kemurkaan Allah..
Banyak kita melakukan dosa,banyaklah titik hitam yang bersinggah dalam hati kita.
Sedangkan Rasulullah SAW yang tercinta pernah bersabda"
 Maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”

 
(Bukhari dan Muslim)


Allahuakbar...Marilah kita muhasabah diri kita seketika,fikirkan.....
Andai pada masa ini,ketika ini...Allah mengutuskan Malaikat maut untuk mencabut nyawa kita.

Bagaimanakah keadaan kita nanti?? Bagaimana pula amal kita kepada-Nya?
Bagaimana dengan amanah2 yang diberkan Allah kepada kita?sudahkah kita 

melaksanakannya?? ..Terlalu banyak persoalan ..Allahuakbar..
Justeru,marilah kita berusaha untuk mendapatkan hidayah Allah.
Selagi nyawa dikandung badan,selagi nyawa belum sampai dikerongkong,
Marilah..marilah kita bertaubat kepada Allah. Kerana ,sesungguhnya,Allah itu 
Maha penerima taubat.

(Peringatan buat diri sendiri dan saudara sesama islam sekalian)..

Sebelum itu,marilah kita meng'ami'kan doa ini,moga ditetakan hati di atas agama Allah.

Bismillahirrahmanirrahim...
" Allahumma ya muqallibal qulub,thabbit qulubana ala dinika,ala thaa'tika,thabbit imaanan 
ya Allah...
Maksudnya : Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati ,Tetapkanlah hati kami
di atas Agama-Mu,di atas mentaati-Mu,tetapkanlah iman kami..Ya Allah....
Amin ya Rabbal Alamin..

Sekian sahaja,yang baik itu hadirnya daripada Allah SWT,dan yang buruk itu,daripada
kelemahan diri ana sendiri.Sekiranya ada kesilapan dalam penulisan ana,mohon ditegur.
Semoga kita sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.Barakallah...