Rabu, 26 November 2014

Rindu terpendam




Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Sungguh tiada yang lebih mendamaikan hati ini selain hanya menyebut Nama-Nya.
Hanya satu ketika sahaja yang akan menggusarkan hati ku ini..
Iaitu saat hatiku semakin lama semakin menjauh daripada-Nya…
Saat itu,hanya tangisan saja yang mampu berbicara….


Selawat dan salam atas junjungan terbesar…
Nabi Muhammad sollallahu alaihi wasallam…
Ya Rasulullah,entah bagaimana ingin aku ungkapkan..
Saat mengingatimu adalah saat yang bahagia bagiku…namun
Aku rasa berdosa kerana jarang sekali aku mengenangkan…maafkan umatmu ini ya
Habibuna…

Assaalammualaykum waarohmatullahi taala wabarakatuh ..
Hai sume ^^, pengunjung2 blog..(adeke..??) hehe..
Ya Allah…rindunya ana nk menaip ….hampir setahun kowt…x menulis kat blog..
Huhu…sungguh,blog adalah tempat bagi  seseorang meluahkan bebanan yang ditanggung..
Tempat mencurahkan isi hati yang terpendam..tempat bersembunyi yang sedikit org
Ketahui…syukur..dpt menulis..hehe..

Erm..alhamdulillah… pada 20 nov 14 ana da selesai menjalani Sijil pelajaran
Malaysia (SPM)..ermm..xtaula nk ckp cane..setiap kali balik sekolah
Ada titisan jernih yang mengalir….risau…namun..
Ku seka air itu dan serahkan saja pada Allah…kerana….innallaha yuhibbul mutawakkilin…
Maybe ade bbrpe org calon yg x abis lg spm,insya Allah ana sentiasa doakan kalian..

Baiklah,ana nak tanya…
Pernah atau tidak kita berasa diri kita sangat lagho(melakukan sst sia2)
Lalu hati berasa hiba sehingga mengalirlah air mata..??
Agak2…kenapa Allah beri kita iman yang kadang bertambah,
Kadang berkurang…?
Kerana..
Pabila iman kita berkurang…jiwa kita akan terseksa ,sangat pedih
dan sangat merindui
Manisnya iman itu.. saat itulah kita diberi 2 pilihan…
Ego dgn membiarkan saja rasa itu..ataupun kembali pada-Nya..


Lumrah akhir zaman, manusia berbuat maksiat lalu bertaubat..
Kemudian ulang lagi..lalu bertaubat…jangan malu untuk menangis kepada
Allah… Airmata taubat itu lebih cepat kering berbanding airmata biasa
Kerana apa..?
Kerana..Allah telah segera mengangkatnya utk menjadi saksi di akhirat kelak..


Seringkali kita sedih,
Seringkali kita alpa..
Kita rasa tiada siapa faham kita
Kita nangis seorang diri
Kita pendam perasaan kita.. dan
Seringkali kita jauh daripada –Nya…


Tapi ada satu bende kite kene ingat,
Allah tak pernah jauh daripada Kita..
Allah tidak pernah jemu dengar  masalah kita
Allah juga tidak pernah jemu utk memaafkan kita…

Ujian yang hebat  utk org yang hebat..
Bangkitlah! Mengadu pada manusia
Kau akan lega tapi kau tiada kekuatan..

Mengadu pada Allah..kau akan dapat satu kekuatan
Entah dari mana…tapi percayalah kita tidak pernah
Keseorangan..ya Allah..kami rindu pada-Mu
Rindu yang hanya meniti di lubuk hati..
Hanya Engkau sahaja mengerti…


Itulah sedikit makanan rohani yg dpt dikongsikan..

See u next time… Assalammualaikum..