Ahad, 31 Mac 2013

Penenang jiwa saat suka & duka.

Bismillahirrahmanirrahim.


.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Tiada tuhan yang layak disembah melainkanNya.
Saat hati mula bermonolong sendirian,
saat perkataan yang ingin meniti di bibir,
saat perkara yang terlintas di benak fikiran,.
semuanya..semuanya hanya Allah yang tahu..
kerana Dia Maha Mendengar..

Selawat dan salam buat junjungan terbesar yang dikasihi,dicintai disayangi ...

Nabi Muhammad SAW...

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ♥


Allahu Allah... Pabila hati rasa gelisah,gundah gulana,sedih,keliru dan kekacauan..

Mengingati Allah adalah penawarnya..
Tiada yang terlintas di fikiran melainkan mengingati Diri-Nya.
Dialah penenang jiwa saat suka dan duka..
Allahu Akbar...


 Ya Allah...

Marilah kita bermuhasabah diri sejenak...
Bagaimanakah perasaan kita andai kita memikirkan dan 
mengambil berat terhadap
seseorang,tetapi dia tidak pernah memikirkan kewujudan kita...

Pasti kita  kecewa dan sedih bukan? 
Begitulah yang ana boleh ibaratkan.


Tetapi Allah tidak..
Allah sentiasa membuka pintu taubat-Nya.
Walaupun kadangkala kita sudah bertaubat,tetapi masih tergelincir ke
lubang yang sama.. Pintu taubat-Nya sentiasa terbuka bukan?
Lihatlah... betapa sayangnya Allah pada kita.. 



Allah tahu kita x berdaya,

Allah tahu kita sedih dan kecewa,
Allah tahu kita hampir tersungkur...
Tapi pernahkah kita tahu atau sedar bahawa Allah sentiasa mendengarkan kita??
Adakah kita yakin Allah itu sentiasa tahu apa2 yang berlaku pada diri kita??


Kita ini sering lupa..Allah itu sayang ...sangat kita.

Allah itu sentiasa ada untuk kita.

Ingatlah Allah ketika senang, nescaya Allah mengingati kita saat kita susah..
Dan ingatlah Dia Setiap masa..
Sering ana peringatkan diri ini ,bahawa.. Ahli sufi berasa sangat berdosa
walaupun sesaat tidak mengingati-Nya.

Walaupun kita ini bukan dalam kalangan mereka, 

tetapi.. berasa malulah pada diri sendiri..
Janganlah kita berasakan diri tidak berdosa,
kerana itulah hakikat bahawa kita ini terlalu banyak dosa.. 

Allahu akbar..
Astagfirullahalazhim..


Ya Allah ,kami datang kepada-Mu,menyerah diri dengan penuh penyesalan..

Ya Ghaffur, Y a rahman ya Rahim..ampunilah kami..
aamiinn..

Kepada sahabat yang ingin pulang ke asrama selamat jalan ye.. satu saat nanti 
kita akan berjumpa lagi. 
Dengan izin Allah.. Walaupun sebak dan sedih juga diri ini,tetapi diri ini
merelakan jua perasaan ini kerana ingin melihat kalian berjaya.Insya Allah..kita sama2 
berjuang ye? Hanya Kerana Nya.. satu saat nanti, kalau diizinkan,kita akan bertemu jue..

Kepada yang sama2 berjuang dengan ana di sekolah yang sama.bukanlah
niat ana cuma ingin berucap pd yg di asrama sahaja..anda semua pun ana sayang..
Ana bersyukur kerana ana masih mempunyai sahabat2 sebaik kalian.
Kalian juga merupakan tulang belakang ana.. kalau tiada tulang belakang,
masakan boleh teguh berdiri?? ^^, baiklah..

 jumpq lqgi,,biiznillah...assalammualaikum..


See u di Ipt..Barakallahufik


Khamis, 21 Mac 2013

Bingkisan hati



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Selawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW.
Kasih  Allah  kepada kita tiada batasan..
Sayangnya Rasul kepada kita tiada keraguan..

Allahu Allah..

Wahai para pembaca yang sentiasa dikasihi Allah sekalian,
Assalammualaikum Warohmatullahi wabarakatuh..
Semoga sentiasa sihat didalam lindungan rahmat-Nya..aamiin

Ermm..baiklah ,insya Allah kali ini ana ingin kongsi satu lagi perkara
 yang ana terfikir semasa perjalanan pulang dari sekolah harini.
Tadi,hujan agak lebat,ana pun risau,nak balik camana ni? 
Ana call ayah ana,ayah ana kata dia kerja.Ana pun tak nak la ganggu..
jadi,ana tunggu sehingga hujan reda..dalam dekat2 pukul 5 petang,
ana pun baru ingat payung ana ada tertinggal dalam almari,
ana pun cepat2 balik dengan gembira..
Masa tengah syok2 jalan kaki,tibe2…”Eh,Allah…baik x pijak tadi

Rupa2nya..siput tengah2 jalan..
alhamdulillah x terpijak,masa tu,dia baru nak keluarkan kepala..geli rasanya..^^, 
Apa yang ana terfikir ialah acapkali kita hidup di dunia ini,dalam membuat keputusan..
kita sering tergopoh-gapah ..

sehinggakan hampir sahaja mendapat hasil yang tidak baik.
Justeru,dalam apa jua tindakan kita,mintalah pertolongan daripada Allah..
dan disertai dengan sabar dan redha..
insya Allah,keputusan yang diambil dapat banyak kebaikannya..

Oh iye..tadi kat sekolah ada berita gembira dan sedih..
Rasanya macam selang-seli pula..pagi gembira,tengah hari sedih,petang gembira ..
nak balik sedih..xpe..kesabaran dan ketabahan haruslah diperkuatkan lagi 
dalam diri ini agar kita tidak mudah berputus asa dengan rahmat-Nya..

Setelah masuk tahun kedua ana dilantik menjadi Penolong ketua tingkatan..
pertama kalinya ana mendapat pengalaman baru iaitu risiko menyandang jawantan ini.
pada hari isnin lepas,ketua kelas harus menghantar barang2 ke bilik guru lelaki,
jadi,anal ah yang harus mencari guru selepas itu,setibanya ana di bilik guru,
 ana dimarahi oleh guru ana.Sedih rasanya,Cuma masa itu ana harus tahan kesedihan ana ,
kerana ana tahu..ana hanya perlu takut hanya pada Allah.Punca kemarahan guru ana 
adalah apabila guru ana tunggu lama di tangga kerana menunggu guru yang mengajar 
di kelas keluar,cumanya kami semua tidak dapat melihat guru tersebut,
kerana terlindung dengan bendera di tangga.

Masa tu,malu jugalah rasanya apabila di marahi di hadapan guru2 lain
 dengan nada agak lantang..Tetapi,pengalaman yang Allah beri ini,
mengajar ana untuk lebih bertanggungjawab,sabar,redha dan sebagainya..
mengajar ana untuk kuat daripada jatuh . 
Apa2pun,kita kena sentiasa bersemangat!
 Usah tunjukkan kesedihan kita di hadapan orang lain..
Allah tahu kita sedang sedih,Allah tahu kita x kuat menahan kemarahan ..
Allah tahu tahap kemampuan kita..

Tapi..disebabkan Allah sayang kitalah Allah beri kita ujian..
Sabarlah andai anda di uji,kerana Allah itu sentiasa ada.

Di sekolah ,sedang mereka gembira bercerita mengenai orang yang mereka minat..
kadangkala ana bermonolog sendirian..” xpe..kita kan sentiasa ade Allah..
 Cinta Allah itu jauh lebih mustahak yang harus kita kejari.” 
Walaupun fitrah itu berkehendak terhadap perkara itu,
dan nafsu berkata mahu,tapi hati berkata “nanti dahulu,belum tiba masaya,
simpan sahaja dahulu..cinta Allah itu lebih mulia dan lebih penting daripada mengejar cinta manusia yang belum pasti…kerana cinta Allah itu cinta hakiki “

Wah..pertama kali ana kata macam tu.apabila lahirnya daripada hati,perkara tidak jangka terungkap sendirinya.. ^_^ malu juga rasanya..

erm...lagi satu..alhadulillah..sebenarnya ana tak pernah ade keinginan nak menyandang jawatan
bendahari persatuan,unit beruniform,penolong ketua tingkatan,pembimbing rakan sebaya,yg ana pegang sekarang ini..hampir sahaja ana disuruh jd pengawas sekolah,alhamdulillah cikgu paham dgn alasan ana beri.
cuma satu jawatan sahaja yang ana impikan iaitu naqibah .. dan alhamdulillah ana dapat jawatan itu..entah macamana boleh dapat,wallahua'lam..ana ni bukannya layak mane...entahla..
mungkin sudah ditakdirkan Allah..ape2pun,ana syukur dan gembira.. ^^,

                Allahu Allah.. sekian sahaja kali ini..insya Allah jumpa lain kali ^^,
Assalammualaikum warohmatullahi  wabarakatuh…
Allahumma solli ala muhammada waala alihi wasohbihi ajmain..


Jumaat, 15 Mac 2013

Indah aqal andai digunakan sebaiknya


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.



Sungguh damai dan tenangnya hati ketika aqal,hati dan lisan
seiringan mengingati dan melafaz nama-Nya..Allahu Allah.
Dari lisan masuk ke hati,itulah yang dinamakan Ketenangan jiwa..
Apabila hati resah,gelisah dan kecewa… tenangkanlah ia..
dengan memohon keampunan daripada Allah..

Alangkah tersiksanya jiwa kita andai diliputi dosa2 yang kita lakukan .
Rasanya ibarat malam yang penuh kegelapan,
tiada kesegaran,tiada keindahan semuanya resah..Allahu Akbar..

Segan rasanya ingin mengungkapkan cinta
kepada kekasih Allah,Nabi Muhammad SAW..
Terkenang akhlaknya..damainya rasa..terkenang perjuangannya..terharunya diri ini,
dan saat terkenang saat akhir hayatnya…tersentuh sungguh diri..
Allahumma Solli wassallim ala sayyina Muhammad waala alihi wasohbihi ajmain.

Dengan rasa segan silu yang tidak terkata,.diucapkan
Assalammualalikum warohmatullahi taala wabakatuh  kepada para pembaca sekalian..
Yang sentiasa dikasihi,disayangi dan dirahmati Allahu Subhanahu wataala..
Kabare?? Wes mangen?((apa kabar?dah makan?))
hehe.. saje je ana try cakap2 jawa sikit ..tahu sikit2 je..

oh ye..hari ni..rasanya xde tajuk kut..
mungkin ana akan bercerita or share something pengalaman..
Alhamdulillah..hari ni last exam..pukul 12 tengah hari tadi baru je habis..
uu,penat banget.....

Minggu periksa minggu yang memenatkan..
kadang2 rasa bagusnya sekolah bagi balik awal(x stay sampai petang)..
sebab penatnya tu sama macam belajar sampai petang..

Apabila ana perjalanan pulang dari sekolah,banyak benda ana fikir..
Sebab tu ana lagi suka balik sekolah berjalan kaki,daripada naik kereta.

 Pertama : walaupun rumah ana x jauh dari Sekolah,
kalau jalan kaki ,boleh tahan jugalah penatnya..
Tapi..pada masa yang sama,pelbagai perkara ana terfikir
dan tak rasa pun penat tu..seronok tau sebenarnya berfikir ni.

Kedua :selain berfikir kita boleh baca surah yassin tau sebenarnya..
Sampai2 sekolah je,dah habis satu surah yassin dengan selawat keatas Nabi.. ^^,

Saja je ana share benda ni,sebab mungkin kadang2 kita tak perasan ,banyaknya faedah berjalan kaki.
Kadang2 orang lihat jalan kaki ni ..
Pertama :memenatkan…
Kedua :,macam kesian..

Sebenarnya takdelah teruk sangat ..ok je.. ^^,
Cuma,kadangkala kalau ana penat sangat mungkin ana akan naik kereta.

Oh iye..ana ada terfikir..ermm..
Kadangkala seronok juga exam ni,tapi..kadang2 rasa macam x best.. je..
Cuba kita kaitkan dengan kehidupan kita.
Lepas kita belajar,kita rilexs2 je..tibe2 exam..haa .. x kelam kabut jadinya?hihi..
Begitulah dikaitkan dalam hidup ni..kita rilex2 je…tibe2 Allah uji kita dengan
Dugaan yang tidak kita  jangka..Masa itulah kita akan belajar erti ikhlas,redha,tawakkal
Dan sebagainya dan pada masa itulah kite merealisasikan sifat2 ma’nawi itu utk
Membuktikan tahap cinta kita pada Alah..

Justeru,apa2 yang berkaitan dengan urusan harian kita atau apa yang kita lalui hari ni,
Kaitkanlah dengan kehidupan kita,agar  boleh kita jadikan pengajaran..
Bukankah kita disuruh untuk menggunakan aqal dengan berfikir untuk mendekatkan diri
Kepada Allah?? Ayuh,marilah kita mendekatkan lagi diri kepada-Nya..

Barakallah…Assalammualaikum Warohamtullahi Wabarakatuh..