Khamis, 21 Mac 2013

Bingkisan hati



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Selawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW.
Kasih  Allah  kepada kita tiada batasan..
Sayangnya Rasul kepada kita tiada keraguan..

Allahu Allah..

Wahai para pembaca yang sentiasa dikasihi Allah sekalian,
Assalammualaikum Warohmatullahi wabarakatuh..
Semoga sentiasa sihat didalam lindungan rahmat-Nya..aamiin

Ermm..baiklah ,insya Allah kali ini ana ingin kongsi satu lagi perkara
 yang ana terfikir semasa perjalanan pulang dari sekolah harini.
Tadi,hujan agak lebat,ana pun risau,nak balik camana ni? 
Ana call ayah ana,ayah ana kata dia kerja.Ana pun tak nak la ganggu..
jadi,ana tunggu sehingga hujan reda..dalam dekat2 pukul 5 petang,
ana pun baru ingat payung ana ada tertinggal dalam almari,
ana pun cepat2 balik dengan gembira..
Masa tengah syok2 jalan kaki,tibe2…”Eh,Allah…baik x pijak tadi

Rupa2nya..siput tengah2 jalan..
alhamdulillah x terpijak,masa tu,dia baru nak keluarkan kepala..geli rasanya..^^, 
Apa yang ana terfikir ialah acapkali kita hidup di dunia ini,dalam membuat keputusan..
kita sering tergopoh-gapah ..

sehinggakan hampir sahaja mendapat hasil yang tidak baik.
Justeru,dalam apa jua tindakan kita,mintalah pertolongan daripada Allah..
dan disertai dengan sabar dan redha..
insya Allah,keputusan yang diambil dapat banyak kebaikannya..

Oh iye..tadi kat sekolah ada berita gembira dan sedih..
Rasanya macam selang-seli pula..pagi gembira,tengah hari sedih,petang gembira ..
nak balik sedih..xpe..kesabaran dan ketabahan haruslah diperkuatkan lagi 
dalam diri ini agar kita tidak mudah berputus asa dengan rahmat-Nya..

Setelah masuk tahun kedua ana dilantik menjadi Penolong ketua tingkatan..
pertama kalinya ana mendapat pengalaman baru iaitu risiko menyandang jawantan ini.
pada hari isnin lepas,ketua kelas harus menghantar barang2 ke bilik guru lelaki,
jadi,anal ah yang harus mencari guru selepas itu,setibanya ana di bilik guru,
 ana dimarahi oleh guru ana.Sedih rasanya,Cuma masa itu ana harus tahan kesedihan ana ,
kerana ana tahu..ana hanya perlu takut hanya pada Allah.Punca kemarahan guru ana 
adalah apabila guru ana tunggu lama di tangga kerana menunggu guru yang mengajar 
di kelas keluar,cumanya kami semua tidak dapat melihat guru tersebut,
kerana terlindung dengan bendera di tangga.

Masa tu,malu jugalah rasanya apabila di marahi di hadapan guru2 lain
 dengan nada agak lantang..Tetapi,pengalaman yang Allah beri ini,
mengajar ana untuk lebih bertanggungjawab,sabar,redha dan sebagainya..
mengajar ana untuk kuat daripada jatuh . 
Apa2pun,kita kena sentiasa bersemangat!
 Usah tunjukkan kesedihan kita di hadapan orang lain..
Allah tahu kita sedang sedih,Allah tahu kita x kuat menahan kemarahan ..
Allah tahu tahap kemampuan kita..

Tapi..disebabkan Allah sayang kitalah Allah beri kita ujian..
Sabarlah andai anda di uji,kerana Allah itu sentiasa ada.

Di sekolah ,sedang mereka gembira bercerita mengenai orang yang mereka minat..
kadangkala ana bermonolog sendirian..” xpe..kita kan sentiasa ade Allah..
 Cinta Allah itu jauh lebih mustahak yang harus kita kejari.” 
Walaupun fitrah itu berkehendak terhadap perkara itu,
dan nafsu berkata mahu,tapi hati berkata “nanti dahulu,belum tiba masaya,
simpan sahaja dahulu..cinta Allah itu lebih mulia dan lebih penting daripada mengejar cinta manusia yang belum pasti…kerana cinta Allah itu cinta hakiki “

Wah..pertama kali ana kata macam tu.apabila lahirnya daripada hati,perkara tidak jangka terungkap sendirinya.. ^_^ malu juga rasanya..

erm...lagi satu..alhadulillah..sebenarnya ana tak pernah ade keinginan nak menyandang jawatan
bendahari persatuan,unit beruniform,penolong ketua tingkatan,pembimbing rakan sebaya,yg ana pegang sekarang ini..hampir sahaja ana disuruh jd pengawas sekolah,alhamdulillah cikgu paham dgn alasan ana beri.
cuma satu jawatan sahaja yang ana impikan iaitu naqibah .. dan alhamdulillah ana dapat jawatan itu..entah macamana boleh dapat,wallahua'lam..ana ni bukannya layak mane...entahla..
mungkin sudah ditakdirkan Allah..ape2pun,ana syukur dan gembira.. ^^,

                Allahu Allah.. sekian sahaja kali ini..insya Allah jumpa lain kali ^^,
Assalammualaikum warohmatullahi  wabarakatuh…
Allahumma solli ala muhammada waala alihi wasohbihi ajmain..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan