Ahad, 31 Mac 2013

Penenang jiwa saat suka & duka.

Bismillahirrahmanirrahim.


.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Tiada tuhan yang layak disembah melainkanNya.
Saat hati mula bermonolong sendirian,
saat perkataan yang ingin meniti di bibir,
saat perkara yang terlintas di benak fikiran,.
semuanya..semuanya hanya Allah yang tahu..
kerana Dia Maha Mendengar..

Selawat dan salam buat junjungan terbesar yang dikasihi,dicintai disayangi ...

Nabi Muhammad SAW...

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ♥


Allahu Allah... Pabila hati rasa gelisah,gundah gulana,sedih,keliru dan kekacauan..

Mengingati Allah adalah penawarnya..
Tiada yang terlintas di fikiran melainkan mengingati Diri-Nya.
Dialah penenang jiwa saat suka dan duka..
Allahu Akbar...


 Ya Allah...

Marilah kita bermuhasabah diri sejenak...
Bagaimanakah perasaan kita andai kita memikirkan dan 
mengambil berat terhadap
seseorang,tetapi dia tidak pernah memikirkan kewujudan kita...

Pasti kita  kecewa dan sedih bukan? 
Begitulah yang ana boleh ibaratkan.


Tetapi Allah tidak..
Allah sentiasa membuka pintu taubat-Nya.
Walaupun kadangkala kita sudah bertaubat,tetapi masih tergelincir ke
lubang yang sama.. Pintu taubat-Nya sentiasa terbuka bukan?
Lihatlah... betapa sayangnya Allah pada kita.. 



Allah tahu kita x berdaya,

Allah tahu kita sedih dan kecewa,
Allah tahu kita hampir tersungkur...
Tapi pernahkah kita tahu atau sedar bahawa Allah sentiasa mendengarkan kita??
Adakah kita yakin Allah itu sentiasa tahu apa2 yang berlaku pada diri kita??


Kita ini sering lupa..Allah itu sayang ...sangat kita.

Allah itu sentiasa ada untuk kita.

Ingatlah Allah ketika senang, nescaya Allah mengingati kita saat kita susah..
Dan ingatlah Dia Setiap masa..
Sering ana peringatkan diri ini ,bahawa.. Ahli sufi berasa sangat berdosa
walaupun sesaat tidak mengingati-Nya.

Walaupun kita ini bukan dalam kalangan mereka, 

tetapi.. berasa malulah pada diri sendiri..
Janganlah kita berasakan diri tidak berdosa,
kerana itulah hakikat bahawa kita ini terlalu banyak dosa.. 

Allahu akbar..
Astagfirullahalazhim..


Ya Allah ,kami datang kepada-Mu,menyerah diri dengan penuh penyesalan..

Ya Ghaffur, Y a rahman ya Rahim..ampunilah kami..
aamiinn..

Kepada sahabat yang ingin pulang ke asrama selamat jalan ye.. satu saat nanti 
kita akan berjumpa lagi. 
Dengan izin Allah.. Walaupun sebak dan sedih juga diri ini,tetapi diri ini
merelakan jua perasaan ini kerana ingin melihat kalian berjaya.Insya Allah..kita sama2 
berjuang ye? Hanya Kerana Nya.. satu saat nanti, kalau diizinkan,kita akan bertemu jue..

Kepada yang sama2 berjuang dengan ana di sekolah yang sama.bukanlah
niat ana cuma ingin berucap pd yg di asrama sahaja..anda semua pun ana sayang..
Ana bersyukur kerana ana masih mempunyai sahabat2 sebaik kalian.
Kalian juga merupakan tulang belakang ana.. kalau tiada tulang belakang,
masakan boleh teguh berdiri?? ^^, baiklah..

 jumpq lqgi,,biiznillah...assalammualaikum..


See u di Ipt..Barakallahufik


Tiada ulasan:

Catat Ulasan