Jumaat, 28 Disember 2012

Sabarlah wahai diri...



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Dengan ucapan Alhamdulillah kami bersyukur kerana beriman dengan kehidupan ini
selawat dan salam buat junjungan terbesar,Nabi Muhammad SAW..
Assalammualaikum Warohmatullahi wabarakatuh..

Allah.......
Kali ni,tiada ungkapan yang boleh ana kongsikan melainkan nasihat buat diri kita semua..

Ana tak tahu kenapa.. nak katakan tertekan dgn urusan duniawi, xde lah pula,
nak kata bosan,sikitlah...nak kata down,erm..mungkin
ana buntu sekejap...entahlah..ana rasa ana harus betapa yakni terapi hati..Allahu Allah..
hati ini adalah raja.Andai baik raja,maka baiklah rakyatnya..
Begitulah yang boleh ana ibaratkan.

Buat masa ini,ana sangat dahagakan nasihat,ana sangat2 laparkan teguran 
dan ana teramat rindukan kasih sayang-Nya...

ungkapan yang ana suka sangat..dan ana ingin kongsikan..

"Andai dirimu lelah dan putus asa,
lihatlah awan dilangit,ia ttp bergerak walaupun perlahan,
seandainya dirimu terlalu bangga,
lihatlah ke bawah (tanah)
agar kamu sentiasa mengingati asal usul kejadianmu."

saat ana down,ana x boleh berbicara, kelu lidah ini..
Andai ana berbicara,nada ana menjadi lemah..atau
mungkin ceria ana lain macam..justeru,
 kerana itulah ana sentiasa memerlukan nasihat dan teguran..
agar ana gembali normal..

Diri ini tidak hirau andai ada yang mengatakan tidak normal,
kerana ku ngerti,bagaimana diriku saat lemah..
Hanya Allahlah sumber kekuatanku..
janganlah sedih wahai sahabat...engkau juga sumber inspirasiku..
dikala ku lelah dan putus asa,
kau bantu ku dgn teguranmu..
kalau orang lihat diriku,ramainya rakanku,tetapi..
tiada yang ketahui melainkan Allah..
bahawa kadangkala diriku kesepian..aku memerlukan dorongan..
namun,bukanlah bermakna semua rakanku tdk hirau akan diriku,
ada juga sesetengah kalian ambil berat trhdp diri ini..
aku amat hargainya...
Biarlah diri ini disakiti, janganlah risau
aku tidak akan menyakiti kalian,insyaAllah..
janganlah pandang diriku sempurna..
banyak yang engkau tidak ketahui akan diriku,
aku hanyalah hamba Allah yang lemah,yang sering lalai,
dan melakukan dosa..
ketahuilah..bicaraku banyak
kerana itu lahir daripada hatiku..

Walaupun ana tahu ada yg menziarahi blog ini,
maafkan ana,kerana saat ini ana membayangkan
tiada yang menziarahi..janganlah kalian berasa hiba,kerana
sesungguhnya ana sangat menghargai kalian....

Wallahua'lam..



Jumaat, 21 Disember 2012

Ya Rasulullah..rindunya kami padamu..







Bismillahirrahmanirrahim.. harini,ana nak post sikit je.. ^^,

Allahumma solli ala sayyidina Muhammad waala alihi wasohbihi ajmain..

selepas membace buku ini, Allahu akbar.. sungguh dalamnya rasa cinta Rasulullah terhadap umatnya..Baginda amat menyayangi kita,bersyukurlah kerana kita menjadi umat Nabi Muhammad SAW.

sekiranya kita tidak bersyukur dengan nikmat drpd-Nya yang sedikit,
tentu kita tidak bersyukur dengan nikmat-Nya yang banyak..
Allahu rabbi... Nauzubillahminzalik..
Semoga kita semua tidak tergolong dlm golongan tersebut..
bersyukurlah dengan segala kurniaan-Nya terhadap kita.. Dan sentiasalah mengingati Allah,kerana sesungguhnya Dia akan mengingati dan mengasihi kita jue.. 
marilah kite perbanyakkn selawat pada Nabi saw kita yg tercintaa.. dan mengamalkan sunnahnya
serta menyelami sirah baginda.. 
(peringatan utk diri ana dan kite sume)

..:: Wallahua'lam ::..

Rabu, 12 Disember 2012

Maaf pengikat silaturrahim ^_^



Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Menggasihani)

Setinggi-tinggi pujian hanya untuk-Nya,yang sentiasa ada untuk para hamba-Nya.
Andai hamba-Nya melakukan dosa dan meminta ampun ,Dia sentiasa memaafkan dosa yang dilakukan
oleh hamba-Nya..Andai  dugaan datang menghimpit diri kita,bukanlah bermakna Dia tidak sayang pada
kita, namun, dia hanya ingin mengetahui tahap kecintaan dan keimanan kita pada-Nya,
atau kadangkala dia rindu ingin mendengar rintihan kita..Allahu Robbi...
Selawat serta salam yang tidak terhingga ditujukan buat kekasih Allah,NabiMuhammad SAW..
Pengorbanannya sungguh  menyayat hati, sayangnya baginda pada kita umpama ibu yang sentiasa menyayangi anaknya..subhanallah..
-Allahumma solli ala sayyidina Muhammad waala alihi wasohbihi ajmain -

Allahu akbar.... ^_^
Tidak lupa juga kepada para pembaca yang sudi menziarahi blog ini...
Assalammualaikum warohmatullahi wabarakatuh..
Bagaimana dengan hati kita hari ini? sihat ?Semoga kita sentiasa diberi petunjuk oleh-Nya..
Allah...lama sungguh rasanya ana x " update "blog ni  ye?
kurang lebih hampir sebulan jugalah rasanya..hurmm, sebenarnya,Ana ni x pandai manepun nak menulis2 ni..Ana buat blog sekadar ingin berkongsi ilmu dan bercerita ..
Apabila ana menziarahi blog2 yang ana follow.. rasa seperti ana ni bukan blogger sahaja..
Mereka semua sudah banyak post2,beratus2..sedangkan ana barulah dua puluh lebih.. hehe..
Ana nak kata sibuk, xdelah sibuk sangat..mungkin ana x berapa sesuai menjadi blogger.
Kerana itu,ana minta maaf sebab kadang2 ana lambat update, post sikit atau sebagainya..

Sebut mengenai maaf,tajuk kali ini , adalah "maaf pengikat silaturrahim " 
haa.tiba2 ana rasa nak buat tajuk ni.sebab ape? sebab.. ana bersyukur sangat,zaman sekarang ini
masih ramai lagi umat islam yang suka meminta maaf atas kesalahan yang dilakukan.
Bukanklah bermakna ana suka orang buat salah , tapi ana suka budi bahasa yang dilakukan
oleh mereka hari ini..
ermm,tapi kadang2 tu.. xde salah pun,orang minta maaf ..pelek kan?? mesti kadang2 kita pun pernah buat..
Ana suka lihat suasana "meminta maaf".. 
hah?camana tu??? 
maksud ana, suasana orang2 meminta maaf.. 
kita dapat lihat disitu, ukhuwah boleh terjalin dan silaturrahim juga semakin rapat..

Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah an-nisa':

“Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silatur rahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (Surah an-Nisaa’, 4: 1)

Cuba bayangkan situasi ini:

Ada orang langgar kita daripada belakang, kita pun terjatuh.. kemudian orang itu bantu kita bangun
dan meminta maaf..agak2 kita marah x dia ??  x kan? rasa sejuk je hati bila orang tu minta
maaf.. 

Kita pula janganlah asyik menunggu orang lain minta maaf kat kita..
jangan sesekali kita rasa diri kita ini lebih baik daripada orang lain..
kita ni pun x terlepas daripada melakukan kesalahan..
Pada masa yang sama, jangan pula kita rasa diri kita ni terlalu teruk berbanding orang lain..
x salah untuk merendah diri,
Tapi janganlah terlalu merendah diri,nanti orang rimas...
ibarat apabila kita terlalu berhati2 membawa
kereta (slow), orang belakang pun langggar..<--ayat ni ana pernah cakap kat seseorang..hihi
erm..baiklah..
Ana rasa cukup untuk perkongsian kali ni..nanti kita jumpa lagi ye..insya-Allah.. 

Assalammualaikum warohmatullah ^_^ 
Barakallah..