Isnin, 3 Oktober 2011

Sedarlah Wahai Insan..


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Assalammualaikum warohmatullahi Wabarakatuh...
Alhamdulillah,kita masih lagi boleh bernafas sehingga pada hari ini.

Syahdu sungguh waktu-waktu begini,alhamdulillah hari ni ana ada 
satu kem yang dianjur oleh Sekolah ana untuk remaja-remaja kita.
Jika kita lihat,sekarang keadaan sangat dahsyat bagi remaja2 kita.
Banyak cubaan dan dugaan yang mereka harus tempuh untuk
meneruskan hidup ini..

Wahai para pembaca sekalian,seharusnya kita harus bersyukur
kerana dilahirkan dalam agama islam..Kita ini sebenarnya telah dipilih oleh
Allah SWT..Segalanya Allah telah tentukan.
Bersyukur ni juga,bukan sekadar mengucap kalimah 'Alhamdulillah",
tetapi,kita harus ikut apa yang diperintahkan Allah.

Allahuakbar,

Pertama sekali,kita haruslah kenal diri kita.Soalan yang mudah.
Ramai orang apabila mendengar "kenal diri",semua rasa seperti sudah benar-benar
mengenali diri sendiri.Tetapi,hakikatnya adakah benar kita mengenali diri kita?

Kita adalah hamba Allah (khalifah di muka bumi ini).
Kita lihat orang gaji,patuh pada arahan majikannya.Itu orang gaji.
Tetapi,kita adalah hamba Allah SWT.Justeru,kita haruslah taat pada perintah Allah SWT
dan menjauhi laranganNya.
Jika kita tidak mengenali diri kita,kita tidak akan mengenali Tuhan kita.
Allah SWT,menyuruh kita supaya taat pada kedua ibu bapa dan berbuat baik kepada mereka.

 Rasulullah bersabda yang bermaksud :~

Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.
(Riwayat al-hakim)


Ibu bapa adalah orang yang paling hampir dengan kita,
Sewaktu kecil,ibu lah orang yang selalu kita cari.sedang,bapa sibuk bekerja
mencari rezeki untuk memberi kita sesuap nasi.Semakin besar,kita kadang 
terleka dengan arus dunia sehingga lupa pada jasa mereka.sehingga sampai hati kita
meninggikan suara terhadap mereka.Astagfirullahalzim.

Wahai remaja sekalian,sedarlah .adakah tugas kita sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini
sudah kita laksanakan?adakah sudah selesai taggungjawab kita terhadap ibu bapa kita?
Adakah kita sudah membalas jasa ibu bapa kita?Sampai bila kita ingin jadi begini?Allahuakbar..

Sementara ada masa lagi,mohonlah keampunan daripada  Allah SWT.
Mohonlah kemaafan pada ibu bapa kita,
sementara mereka masih ada,balaslah jasa mereka.
Berulang-ulang kali disebut dalam Al-Quran,Allah itu Maha Pengampun.
Mohonlah kemaafan daripada-Nya.

ana nasihat kan anda semua dan diri ana juga.Hidup ini walaupun banyak ritangan,
bersabarlah,sentiasalah mohon petunjuk Allah dalam sesutu perkara..
Marilah kita bersama-sama muhasabah diri.Sedarilah,kita tidak pernah sendirian,
Allah sentiasa bersma kita.

Wallahua'lam..(^________^)