Isnin, 19 November 2012

Allahu Robbi..


Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani)

Segala puji2 an ditujukan buat-Nya,tiada yang layak disembah melainkan-Nya yang Maha Berkuasa
serta Maha Penyayang.Nikmat yang dikurniakan-Nya umpama air sungai yang deras
alirannya..Subhanallah,betapa banyaknya nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada 
kita,tidak terhitung ..bahkan,tidak mampu untuk kita membalasnya.
Selawat dan salam buat junjungan terbesar dan tercinta..bahkan dia digelar kekasih Allah..
dia ialah  Nabi Muhammad SAW. Indah sungguh nama baginda,indah lagi keperibadiannya.
Siapa yang mengetahui pengorbanan baginda yang suci dalam menyampaikan dakwah,
pasti akan menitis airmatanya..Allahu akbar..
Allahumma Solli Wassallim ala Sayyidina Muhammad waala Alihi Wasohbihi Ajmain.

Seterusnya.tidak asing lagi..salam dihulurkan ..
Assalammualaikum Warohmatullahi Wabarakatuh kepada para pembaca
sekalian.Semoga anda semua sentiasa dalam lindungan rahmat-Nya.AMIN.
Ana harap anda semua juga sentiasa sihat..agar mudah utk kita melakukan ibadah pada-Nya.
Kepada yang sakit atau tidak berapa sihat, bersabarlah..
sakit itu penghapus dosa..Allah Maha Baik, Allah sayng pada Hamba2-Nya yang bersabar
dengan ujian-Nya.

Baiklah, utk post kali ni..Ana cuma ingin memberi sedikit nasihat atau peringatan buat diri kita ini..
khususnya diri ana yang lemah ini..
Apabila kita ditimpa musibah..kita sering mendengar orang kata :
 mengadulah pada Allah 

Tidak dinafikan,sungguh benar kata2 itu, tetapi..kita harus ingat..
Mengadu atau mengingati Allah bukanlah hanya pada waktu kite sedih,ditimpa musibah
atau sebagainya..Tetapi,mengingati Allah adalah sepanjang masa..
Tidak kira kita senang ataupun susah..
Tapi,kita ini sering lupa,bahkan perkara yang berlaku semalam pun
belum tentu kita ingat 100 peratus..kadangkala pada waktu susah sahaja kita
mengingati Allah.


Ibaratnya... seorang kawan yang menggunakan kawannya.
apabila,masalahnya selesai, die bergembira dgn org lain..tetapi
apabila susah, dia kembali kepada sahabatnya tadi untuk bercerita,mengeluh dan sebagainya,
Astagfirullahalazhim..

Ana berkata begini,bukanlah bermakna ana tidak pernah ditimpa musibah,
masalah dan sebagainya, ana faham  ...apabila seseorang itu sedih,dia memerlukan
seseorg  utk mengadu..Ana juga pernah melalui perasaan begitu..
Justeru mengadulah pada Allah..kerana ,sebenarnya..ujian yang ditimpakan kepada kita
datangnya drpd Allah..Jangan sesekali kita bersangka buruk terhadap Allah..
Allah beri kita ujian, kerana ingin lihat tahap keimanan kita..Allah juga
rindu ingin mendengar rintihan kita kepada-Nya..

Kadangkala,apabila kita senang..berdoa pada Allah pun, kita jarang..
Allahu akbar...
Hidup di dunia ini, 'umpama exam" ..(macam exam2 kat sekolah tu)
Sekiranya kita berusaha menjadi hamba Allah yang Taat,melakukan perintah-Nya,
mengabdikan diri pada -Nya..Mngikut sunnah Nabi-Nya..insya-Allah..
kita pasti akan mnjdi org2 yg beruntung..atau berjaya.
Orang yang berjaya,tentu sekali ada hadiahnya..dan..
Hadiahnya ada diakhirat sana..iaitu Syurga ..

Subhanallah,..itu sahaja untuk post kali ni.. ^^,
Terima kasih kerana meluangkan sedikit waktu untuk membaca post ini..
Allahu Robbi..

Wassalammualaikum Warohmatullahi Wabarakatuh.. Barakallah








Isnin, 5 November 2012

Kasihnya Allah kepada kita

                                                               بسم الله الرحمن الرحيم



Puji-pujian  keatas Allah SWT, tuhan yang telah menciptakan kita sebagai manusia,yakni sebaik2
ciptaan, dan yang sentiasa melimpahkan rahmat-Nya kepada kita .Allahu akbar.
Selawat dan salam serta rindu yang tidak terkata dicurahkan kepada Nabi Muhammad SAW,
Sungguh sucinya pengorbanan baginda  ibarat buunga yang sentiasa mekar dengan bauan yang semerbak harum.

Tidak lupa juga,kepada para pembaca yang sentiasa dikasihi Allah sekalian,
Assalammualaikum warohmatullahi Taa'la Wabarakatuh.
Kasih ibu membawa ke syurga ,kasih ayah sepanjang masa,
itulah kata2 yang sering kita dengar sama ada di facebook, blog2 atau sebagainya.
Namun, lumrahnya ..kite sering lupa .Lupa pada apa? Lupa pada kasihnya Allah kepada kita.
Kenapa kita boleh jadi begini? kerana , kita sibuk dengan keasyikan duniawi 
sehingga terlupa kepada Allahu subhanahu wataa'la.(nauzubillahmin zalik)

Apabila ditanyakan kepada kita, apakah nikmat yang Allah berikan kepada kita?
Allahu akbar....terlalu banyak sehingga tidak dapat kita hitung..
mari ana senaraikan serba sedikit..
Nikmat akal,iman,islam,bercakap,bernafas,berjalan,memegang,melihat, sihat dan sebagainya..

Tetapi, kita sering menyalah gunakan nikmat itu dan tidak bersyukur kepada Allah SWT.
Apabila kita melakukan kesalahn, ada orang tegur,kita mulai memarahinya.kerana
kita malu.
Ingatlah, jangan kita malu dengan teguran,bahkan bersyukrlah kerana
masih ada lagi yang menegur kita..kenapa ana berkata begitu ?
Baiklah, cuba lihat semula kata2 ana tadi, "bersyukurlah kerana masih ada lagi yang menegur kita"
Seandainya,tiada seorang pun yang menegur kita , kita pasti berterusan melakukan 
dosa2 tersebut..Kenapa ana kata bersyukur? kerana Allah telah mengizinkan orang itu
menegur kita kerana Allah masih sayang akan kita..Subhanallah...
Betapa kasihnya Allah pada kita..

Erm..jujur ana kata..ana agak sedikit tidak selesa di fb..terlalu banyak 
post2 mengenai cinta pd manusia, Tidak dinafikan , perkara itu adalah lumrah,,Namun,
terlalu banyak post mengenai itu .Bukan nya ana ingin melarang, tapi,.ana rasa belum tiba masanya lagi
untuk mereka membicarakan hal tersebut,kerana kebanyakan yang post
daripada kalangan remaja.Bagi pendapat ana, pada usia muda ini,
marilah kita mengejar cinta Allah dahulu, apabila sudah tiba masanya, tentu 
kita akan bertemu juga dengan orang yang telah ditentukan oleh
Allah SWT. 

Marilah kita merenung dam menyelami jiwa kita sendiri,
Apakah kita sudah bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah?
Adakah kita sudah mendekatkan diri kepada-Nya?
Adakah kita telah menggunakan nimat yang dikurniakan Allah kepada kita dengan 
jalan yang benar?
Terlalu banyak persoalan...
Ketahuilah, Allah itu sentiasa menyayangi hamba2-Nya ..



Barakallahufikumm..wassalammualaikum warohmatullahi wabarakatuh..

Ahad, 4 November 2012

Kebahagiaan hakiki...

                                                              بسم الله الرحمن الرحيم





Maha suci Allah,tuhan sekalian alam ,yang sentiasa mengasihi hamba-Nya,
semoga kita sentiasa dibawah lindungan rahmat-Nya,Biiznillah..
Selawat dan salam ditujukan kepada Nabi Muhammad SAW yang tercinta,
terlalu banyak pengorbanan baginda .
kasihnya sukar dihitung sehingga di akhir hayatnya baginda masih mengingati umatnya..
-Allahumma solli wasallim ala sayyidina Muhammad waala alihi wasohbihi ajmain.-


Assalammualaikum warohmatullahi taala wabarakatuh kepada para pembaca
yang dikasihi Allah taala sekalian, ape khabor ? sebelum ni jowo,haa...ni perok pule..
ana sebenarnye susah sikit ckp perok ni, terherot-herot rse mulut..hi2,
xdelah..ana gurau je...(takut2 ade pule org perak yang bce ni..cover2..) ...(✿◠‿◠)


Baiklah,kali ni...terdetik pule di hati ana ingin berkongsi mengenai kebahagiaan hakiki.
Bahagia?..erm..ana teringat pule dialog2 ni, mase ana di surau sekolah baru2 ni..


" aaaa....bahagianye aku arini "

" waaa...tau x? tadi aku ternampak si dia..aa...heaven .."


He2,kadang2 ana rase nak ketawa je kat situ, tapi ana tahan.
maklumla ,kenelah cover.(^^,)
apabila sampai je rumah...ana terfikir ..orang selalu kate, bahagia...
ana pun kadangkala  keliru ni... betul ke itu yang dinamakn bahagia  yg sebenr?


Justeru,mari kite mengupas topik ni ,
baik, Baru2 ni juge,ana masuk ke dalam kereta, pstu, abah ana pasang satu lagu,
hakikat bahagia-UNIC..
serba sedikit bait2 nya berbunyi..


" Bahagia itu ada dalam diri

kesannya zahir rupanya maknawi
terpendam bagai permata di dasar hati"


Sebenarnye tajuk hari ni ana terbalikkan je, hakikat bahagia jadi kebahagiaan hakiki..^^,
Apa yang ana rasa, bahagia yang mungkin segelintir orang selalu kate, macam dialog di atas tadi, mungkin sebab apa yang x dijangka atau perkara yang diharapkannya berlaku

..
Contoh : kite nak sangat, makan nasi beriyani gam, tup2 ade kenduri kahwin undang keluarge kite...


haa..mesti masa tu rasa dunia ni kite yang punye kan?.
Tapi..kebahagiaan yang ana nak kongsi harini mengenai kebahagiaan  zahir dan batin.
 kebahagiaan yang ana maksudkan kat sini ialah KETENANGAN..
Bagaimana kita ingin tenang? 
Dekatkanlah diri dengan Allah SWT. itulah jawapannya.
Seperti bait2 nasyid tadi,

Kebahagiaan ini terletaknya dalam hati, rupanya adalah maknawi dan kesannya dapat dilihat pada zahir seseorang.
Mari  ana buktikan..
Semakin dekat seseorang itu dengan tuhan-Nya,maka semakin tenanglah hati seseoran itu,dan ini bertepatan dengan firman Allah SWT :

"Ingalah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram"
(Ar-Ra`d:28)t

orang yang tidak tenteram dengn Allah ,percayalh di psti tidak akan 
tenterm dengn sesiapa pun.
Sering kite dengar,

" saya ada kereta besar,rumah besar,tapi hati saya kosong ,saya x bahagia "


Jelas di situ, bahawa benarlah janji Allah itu,
Apabila  ketenangan  mula berputik dalam hati seseorang

maka kebahagiaan akan turut hadir dalam dirinya.
Ketahuilah, tidak kire kite muda atau tue,kaya atau miskin,
Yang Allah nilai kite adalah daripada segi ketakwaan hamba-Nya .
Justeru,tidak perlulah kite terlalu mengejar dunia,sehingga terlupa akhirat,
Allah sangat sayang pada hamba2-Nya yang sentiasa mengingati-Nya..
Marilah kite bersama2 mendekatkan dan mengabdikn diri pd-Nya, untuk meraih
kebahagiaan yang hakiki.






Barakallahufikum...Assalammualaikum warohmatullahi wabarakatuh..
jumpe lagi ye...insya-Allah..(✿◠‿◠)