Isnin, 19 November 2012

Allahu Robbi..


Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani)

Segala puji2 an ditujukan buat-Nya,tiada yang layak disembah melainkan-Nya yang Maha Berkuasa
serta Maha Penyayang.Nikmat yang dikurniakan-Nya umpama air sungai yang deras
alirannya..Subhanallah,betapa banyaknya nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada 
kita,tidak terhitung ..bahkan,tidak mampu untuk kita membalasnya.
Selawat dan salam buat junjungan terbesar dan tercinta..bahkan dia digelar kekasih Allah..
dia ialah  Nabi Muhammad SAW. Indah sungguh nama baginda,indah lagi keperibadiannya.
Siapa yang mengetahui pengorbanan baginda yang suci dalam menyampaikan dakwah,
pasti akan menitis airmatanya..Allahu akbar..
Allahumma Solli Wassallim ala Sayyidina Muhammad waala Alihi Wasohbihi Ajmain.

Seterusnya.tidak asing lagi..salam dihulurkan ..
Assalammualaikum Warohmatullahi Wabarakatuh kepada para pembaca
sekalian.Semoga anda semua sentiasa dalam lindungan rahmat-Nya.AMIN.
Ana harap anda semua juga sentiasa sihat..agar mudah utk kita melakukan ibadah pada-Nya.
Kepada yang sakit atau tidak berapa sihat, bersabarlah..
sakit itu penghapus dosa..Allah Maha Baik, Allah sayng pada Hamba2-Nya yang bersabar
dengan ujian-Nya.

Baiklah, utk post kali ni..Ana cuma ingin memberi sedikit nasihat atau peringatan buat diri kita ini..
khususnya diri ana yang lemah ini..
Apabila kita ditimpa musibah..kita sering mendengar orang kata :
 mengadulah pada Allah 

Tidak dinafikan,sungguh benar kata2 itu, tetapi..kita harus ingat..
Mengadu atau mengingati Allah bukanlah hanya pada waktu kite sedih,ditimpa musibah
atau sebagainya..Tetapi,mengingati Allah adalah sepanjang masa..
Tidak kira kita senang ataupun susah..
Tapi,kita ini sering lupa,bahkan perkara yang berlaku semalam pun
belum tentu kita ingat 100 peratus..kadangkala pada waktu susah sahaja kita
mengingati Allah.


Ibaratnya... seorang kawan yang menggunakan kawannya.
apabila,masalahnya selesai, die bergembira dgn org lain..tetapi
apabila susah, dia kembali kepada sahabatnya tadi untuk bercerita,mengeluh dan sebagainya,
Astagfirullahalazhim..

Ana berkata begini,bukanlah bermakna ana tidak pernah ditimpa musibah,
masalah dan sebagainya, ana faham  ...apabila seseorang itu sedih,dia memerlukan
seseorg  utk mengadu..Ana juga pernah melalui perasaan begitu..
Justeru mengadulah pada Allah..kerana ,sebenarnya..ujian yang ditimpakan kepada kita
datangnya drpd Allah..Jangan sesekali kita bersangka buruk terhadap Allah..
Allah beri kita ujian, kerana ingin lihat tahap keimanan kita..Allah juga
rindu ingin mendengar rintihan kita kepada-Nya..

Kadangkala,apabila kita senang..berdoa pada Allah pun, kita jarang..
Allahu akbar...
Hidup di dunia ini, 'umpama exam" ..(macam exam2 kat sekolah tu)
Sekiranya kita berusaha menjadi hamba Allah yang Taat,melakukan perintah-Nya,
mengabdikan diri pada -Nya..Mngikut sunnah Nabi-Nya..insya-Allah..
kita pasti akan mnjdi org2 yg beruntung..atau berjaya.
Orang yang berjaya,tentu sekali ada hadiahnya..dan..
Hadiahnya ada diakhirat sana..iaitu Syurga ..

Subhanallah,..itu sahaja untuk post kali ni.. ^^,
Terima kasih kerana meluangkan sedikit waktu untuk membaca post ini..
Allahu Robbi..

Wassalammualaikum Warohmatullahi Wabarakatuh.. Barakallah








Tiada ulasan:

Catat Ulasan