Jumaat, 26 April 2013

Allahu Allah


Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan Nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Ya Allah.. Tuhan yang Menguasai langit dan Bumi,
yang  sentiasa Memahami hamba2-Nya,
yang  sentisa mendengar rintihan hamba-Nya yang faqir ini,
Allahu Allah..

Sollallahu rabbuna ala nuuri mubin,ahmadal mustofa sayyidil mursalin
waala alihi wasohbihi ajmain.

Selawat dan salam buat Junjungan yang disayangi,dikasihi dan dicintai..
Nabi Muhammad SAW. ya badrotim..Wahai Purnama,yang indah lagi sempurna.
Bagaimana nak ku luah,dengan kata2..
Indahnya Rasulullah pelbagai sudut..
Isyfa'lana ya Rasulullah..
(Berilah syafaat pd kami duhai Rasul)..

Assalammualaikum warohmatullahi Taala wabarakatuh..
Wahai para penziarah blog yg dikasihi Allah sekalian,
semoga anda semua sentiasa diberkati Allah..amiin.


Maafkan diri ini,kadangkala diri  ini bermonolog sendirian dalam blognya,
Entah mengapa,diri ini rasanya seperti tidak menjumpai dirinya yang dahulu,
dirinya yang riang ceria bersama rakan2nya,
dirinya yang cuba membahagiakan diri orang lain,
kini..dirinya berubah ..
ada kala perubahannya baik,ada kala tidak bagus bg dirinya,

yang  tidak baik buatnya,
dia menjadi , seorang yang agak pendiam ,
mudah berlinang air mata pabila disakiti,
sering didesak2..
sering di malukan

Allahu Allah..

hari2nya bagai tiada keceriaan,
tiada lagi senyuman ceria yang tersemat dibibirnya..
Andai tersenyum sekalipun,hatinya masih berusaha untuk ikhlas..

yang baik buat dirinya,
kini dia lebih tekun dalam pelajaran.
seringkali mengalah pabila didesak,

Tapi..dirinya tidak pernah beputus asa dengan rahmat-Nya,
Dia yakin,Allah itu memahami dirinya..

Dia teringat kata2 daripada seorang hamba Allah padanya,
Hamba Allah itu kata, lebih kurang maksudnya,
andai susah atau senang,
lakukanlah qiamulail..

Alhamdulillah..

Walaupun harinya tidak seceria dahulu,
tetapi.kini hari2nya dihiasi ketenangan,
baginya,ketenangan itu jauh lebih baik daripada gembira yang sementara.
kerana itu.. dia tidak pernah  putus asa..


Ya Allah... hamba Mohon pada-Mu, kurniakanlah hamba mata yang sering berlinang air mata,
Hanya kerana-Mu..Amiin..

Habib Ali Abdurrahman Al-Jufri pernah berkata :

Pernah atau tidak kita berfikir,kenapa kita harus menjaga mata kita dripd 3 perkara?

- Pandangan bersyahwat
-pandangan keangungan melihat dunia
-padangan hina terhadap ahli Maksiat

Hal ini demikian kerana....MATA KITA INI..SANGAT BERNILAI..
Bukannya bernilai kerana tiada siapa lagi yang boleh buat mata kita,
tapi..bernilai kerana ..MATA ini,akan kita gunakan untuk melihat ALLAH suatu hari nanti.

Tidak mungkin kita ingin menghadap Allah dengan hati yang kotor disebabkan Dosa Mata kita..
Kerana Allah itu sangat mulia,sucikanlah hati dan mata  kita dengan tangisan pada Allah SWT.
Semoga kita semua mendapat keredhaan Allah Azza Wajalla..
Amiin ya Rabb..

Wallahua'lam..
Assalammualaikum Warohmatullahi Wabarakatuh.