Jumaat, 22 Februari 2013

Redha penyinar kehidupan.



          بسم الله الرحمن الرحيم


Dimulakan dengan segala pujian bagi Allah SWT.Dialah 
yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.
Walaupun dosa kita seluas lautan.. Tetapi,luas lagi pengampunan-Nya,
Walaupun dosa kita setinggi langit,Tinggi lagi rahmat-Nya.Allahu Allah..
Apabila mengingati-Nya,hati semakin lama semakin tenang dan tenteram,
Segala keresahan  dan kesedihan hilang ,seperti debu2 yang beterbangan ditiup angin yang
Nyaman..


Selawat dan salam buat junjungan terbesar,Nabi Muhammad SAW.
Kasih sayangnya amatlah dalam,sedalam lautan yang sukar digambarkan..
Walaupun tidak pernah bersua, tetapi hati ini rasanya berbunga2 ketika mengenangkannya..
Allahumma Solli ala sayyidina Muhammad Waala aalihi Wasohbihi ajmain.

Amma ba'du, Wahai Para pembaca yang dikasihi Allah Taala sekalian,
Assalammualaikum Warohmatulahi Wabarakatuh. ^^,

Kaifahaluk? arjuki/ka fi sihhati daaiman. 
(Apa khabar? saya harap saudara/saudari berada dalam
keadaan yang sentiasa sihat) insya Allah.

ermm,rasanya lama sungguh ye..ana x tanya khabar anda semua, x update,maafkan ana.
walaupun ana sendiri tidak tahu,sama ada ..adakah yang melihat blog ini atau tidak,
tetapi,jauh di sudut hati ana...

ana rasa nyaman dan sekurang2nya terlepaslah sedikit bebanan jiwa ana.
Nasihat itu ibarat minuman kita.kita ini mudah haus,dan
 memerlukan air untuk menghilangkan dahaga.
Walaupun kadangkala,kita nasihatkan diri kita sendiri,
Ana rasa,itu tidak menjadi masalah.sekiranya kita menasihatkan diri kita dan  bermuhasabah
dengan apa yang telah kita lakukan..

Baiklah,insya Allah..tajuk kali ini,mengenai redha.
Redha ini,mudah diungkapkan,tetapi..sukar dilakukan.
Ia bukanlah perlu dinanti,tetapi harus dicari.


Redha tidak sama dengan pasrah.
 Ketika sesuatu yang tidak diinginkan datang menimpa, 
kita dituntut untuk redha. Dalam pengertian kita meyakini 
bahwa apa yang telah menimpa kita itu adalah takdir yang telah Allah tetapkan,
 namun kita tetap dituntut untuk berusahaIni sebagaimana diisyaratkan Allah dalam firman-Nya,
 ”Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepada-Nya.” (QS 98: 8).


Kata Al-Fadhil,ustaz DR. Zulkifli Mohamad Al- Bakri mengenai redha :
Redha ni,kita menerima segala ketentuan Allah terhadap kita.

Kita sering terlupa, apabila ditimpa musibah..kita menjadi "down" ,stress, dan seterusnya
berputus asa.Sedangkan sifat seorang mu'min itu ,tidak mudah berputus asa dengan rahmat Allah
Taa'la. Seberat manapun ujian itu, semuanya telah diatur oleh Allah Taa'la.
Orang mu'min,apabila didatangkan musibah atau ujian, mereka menghadapinya
dengan penuh tenang dan gembira.Kerana mereka yakin,Allah itu sentiasa bersama
mereka.

Kadangkala Allah menimpakan sesuatu kesusahan itu,untuk menghapuskan dosa2 kita 
atau untuk menguji tahap kecintaan kita pada-Nya..dan kadangkala..Dia RINDU
mendengar rintihan dan tangisan sedu-sedan kita kepada-Nya.Mungkin kita tidak sedar,
seandainya kebahagiaan dibiarkan berterusan kepada kita dengan nikmat2,tentu kita
akan lupa diri dan lupa untuk merintih lagi pada-Nya.

Nikmat itu juga merupakan ujian,iaitui apabila diberikan nikmat yang banyak,
adakah dia bersyukur? adakah lagi dia mengabdikan diri kepada Allah?  
Usahlah khuatir andai tiada orang  yang ingin mendengar kita, 
mungkin disitu,kita harus berlajar erti sabar.dan ingatlah kita sentiasa ada Allah Azza Wajalla..

Segala dihati ana ini,rasanya ingin sahaja ana ambil dan letaknya jauh2..kerana 
ana rasa sukar ..ana ingin menjelaskannya pun,terasa sukar sekali..
Sabarlah duhai hati,kuatkan diri,tabahkan jiwa, ingatlah..Kita ada Allah,dan berusahalah
membahagiakan orang lain..
apa yang ana mampu katakan..
kita harus berlajar erti Redha. Mungkin seseuatu kesusahan itu hadir dalam diri kita,
untuk mentarbiyah hati kita agar redha dengan ketentuan daripada Allahu Subhanahu Wataala.

Oh ye, isnin ini,insya Allah..ana akan ber syarahan Bahasa Arab. Allahu Akbar..
seminggu akhir,bru ana masuk..isnin ni dah nak bertanding..ana mohon doa daripada kalian.
agar dipermudahakan segala urusan. Biiznillah.. ^^,

Assalammualaikum Warohmatullahi Wabarakatuh.


Rabu, 13 Februari 2013

Ampuni Aku..

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan Nama Allah yang Maha pemurah,lagi Maha Mengasihani.
Dialah yang Maha Pengampun terhadap hamba2Nya..
danhanya pada-Nyalah yang layak disembah..Tuhan sekalian alam.

Selawat dan salam buat junjungan terbesar,Nabi Muhammad SAW..

Ya Allah... aku mohon ampun pada-Mu ya Robbi,
ampunilah diriku ini,aku sedari..banyak dosaku..
Apakah yang telah aku lakukan ...sehingga sahabatku menjadi kecil hati begini?
sudah terlewat untukku meminta maaf daripadanya..
niatku..cumalah..ingin menasihatinya. bukan memarahinya..
sudah ana gunakan bahasa yang lembut untuk menegurnya..
Ya Allah...bukakanlah hatinya untuk memahami apa yang ingin ku sampaikan..
Ampunilah diriku ini ya Robbi..



Ahad, 3 Februari 2013

Kuatkan diri,Tabahkan hati.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.



Maha Suci Allah,Tuhan yang layak disembah..Dialah yang mengurniakan nikmat
pada kita, sentiasa ada bersama kita..Cuma,kita ini sahaja..sering lupa
dengan nikmat-Nya,Allah...... Astagfirullah.
Selawat dan salam buat junjungan terbesar,Nabi Muhammad SAW..
Beruntungnya kita mendapat Nabi Muhammad, itulah anugerah daripada Allah..
Allahu akbar..اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ .


 Assalammualaikum warohmatullahi wabarakatuh..
Wahai para pembaca yang dikasihi Allah, Apa khabar keadaan anda semua?
Ana harap,semuanya sihat walafiat dan sentiasa dilindungi Allah SWT.

Allahu Akbar.. Esok, Isnin 4 Februari 2013,merupakan hari perpisahan
 ana dan sahabat2 ana..Bohonglah ..andai ana tiadak berasa apa2 
dengan pemergian mereka. Astagfirullahalazim.. alangkah pilunya hati ana ,
 hibanya rasa.. Kesedihan pula menyinggah di jiwa.
Hanya kesabaran,keredhaan dan ketabahan yang harus ana perkuatkan dalam diri ini.
Pada mulanya, tidak sangka juga ana dapat samttaj, pelik rasanya..
alangkah gembiranya mereka,apabila dapat tahu kami semua,
8 Sahabat dapat berjuang bersama2 di sekolah baru..
Namun, kegembiraan mereka itu sementara sahaja pada waktu itu.
 Kerana ana tak sampai hati nak bagitahu
bahawa ana tidak boleh menyertai mereka sekali..Kejamnya diri ana waktu itu..
Ya Allah..ampunkan aku ya Allah..

Walau bagaimanapun, realiti harus dinyatakan, tiba harinya,ana pun khabarkan pada mereka..
Sedihnya sahabat ana waktu itu.. ana tak tahu nak buat camana.. tetapi,alhamdulillah dia dapat terima
sebab mengapa ana tak nak pergi.Bukanlah sebab tidak mahu, tetapi banyak sebabnya..

Ramai yang bertanya : Zahidah,nape ni? cakap lah..
                                   Alaa bedah... nape? sebab terpakse ke? pujoklah mak ngan ayah bedah.
                                  Za,ceritalah.. za ade problem ke?? 
                                  Dot, jomlah sekali, kenape ni...??
                                  zahidah,awk kenape?xpe..teacher still ade kat sini. 

Dan banyak lagi orang yang tanya...Baiklah,
ana akan jawab semuanya itu..walaupun mungkin mereka tidak tahu ana tulis perkara ini,
tetapi, jujur..inilah sebab2 mengapa ana tak nak pindah..

1. Kalau boleh ,ana tak nak menyusahkan mak dan ayah ana.
2. Siapa nak jaga mak ayah ana? mereka semakin lanjut usia, tak sampai hati rasanya..
3. Dah banyak kali guru ana tanye, masa tu ana kata mungkin ana stay, dan sepertinya dia 
    berharap. tak mungkin ana tidak kotakan janji ana..
4. Subhanallah..banyak tanggungjawab ana kat sekolah ni.. 
   Pen.ting ,bendahari KRS,bendahari Persatuan..berat2 sumenye.... 
   x kan ana nak lepas tangan dan tinggalkan tanggungjawab ana begitu sahaja..
5. Ana buat keputusan ni,bukanlah ana fikir gitu2 sahaja...
    ana dah fikir masak2,alhamdulillah..ana dah buat istikharah,
     mengenai Samtkkb,dan sekolah tu penuh,nampk nye takde rezeki ana disitu.
     dan mak ana hanya merestui andai ana pergi situ je,sebab kat situ,
     ada kak long ana,kak ngah..bole mereka tengok2 an ana..
6. siapa nak jaga bulat? die tinggal seekor je..ayah die dah tiada,
     mak nye pun,adiknya hilang...kasihan dia..

Banyak perkara menyebabkan ana tak boleh pergi, xpelah....
 walaupun kali ni ana terpisah dengan sahabt2 ana,tetapi.
.ukhuwah yang kami jalinkan dengan erat ini,insya-Allah tidak akan terputus..biiznillah..
Jumaat , adalah hari sedih bagi kami, kami berpelukan dan mohon maaf... sedih..sangat ya Allah..
Kuatkanlah hatiku ini .

Ya Allah,peliharalah sahabat2ku ,,kaum mulimin muslimat,
mu'minin wal mu'minat..di bawah lindungan rahmat-Mu..Kukuhkanlah
tali ukhuwah kami ini di dunia dan di akhirat.

Aaaminn ya Rabbal alamin.... Maafkan ana ...wahai sahabat2ku....ana sayang anda semua kerana Allah..