Jumaat, 22 Februari 2013

Redha penyinar kehidupan.



          بسم الله الرحمن الرحيم


Dimulakan dengan segala pujian bagi Allah SWT.Dialah 
yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.
Walaupun dosa kita seluas lautan.. Tetapi,luas lagi pengampunan-Nya,
Walaupun dosa kita setinggi langit,Tinggi lagi rahmat-Nya.Allahu Allah..
Apabila mengingati-Nya,hati semakin lama semakin tenang dan tenteram,
Segala keresahan  dan kesedihan hilang ,seperti debu2 yang beterbangan ditiup angin yang
Nyaman..


Selawat dan salam buat junjungan terbesar,Nabi Muhammad SAW.
Kasih sayangnya amatlah dalam,sedalam lautan yang sukar digambarkan..
Walaupun tidak pernah bersua, tetapi hati ini rasanya berbunga2 ketika mengenangkannya..
Allahumma Solli ala sayyidina Muhammad Waala aalihi Wasohbihi ajmain.

Amma ba'du, Wahai Para pembaca yang dikasihi Allah Taala sekalian,
Assalammualaikum Warohmatulahi Wabarakatuh. ^^,

Kaifahaluk? arjuki/ka fi sihhati daaiman. 
(Apa khabar? saya harap saudara/saudari berada dalam
keadaan yang sentiasa sihat) insya Allah.

ermm,rasanya lama sungguh ye..ana x tanya khabar anda semua, x update,maafkan ana.
walaupun ana sendiri tidak tahu,sama ada ..adakah yang melihat blog ini atau tidak,
tetapi,jauh di sudut hati ana...

ana rasa nyaman dan sekurang2nya terlepaslah sedikit bebanan jiwa ana.
Nasihat itu ibarat minuman kita.kita ini mudah haus,dan
 memerlukan air untuk menghilangkan dahaga.
Walaupun kadangkala,kita nasihatkan diri kita sendiri,
Ana rasa,itu tidak menjadi masalah.sekiranya kita menasihatkan diri kita dan  bermuhasabah
dengan apa yang telah kita lakukan..

Baiklah,insya Allah..tajuk kali ini,mengenai redha.
Redha ini,mudah diungkapkan,tetapi..sukar dilakukan.
Ia bukanlah perlu dinanti,tetapi harus dicari.


Redha tidak sama dengan pasrah.
 Ketika sesuatu yang tidak diinginkan datang menimpa, 
kita dituntut untuk redha. Dalam pengertian kita meyakini 
bahwa apa yang telah menimpa kita itu adalah takdir yang telah Allah tetapkan,
 namun kita tetap dituntut untuk berusahaIni sebagaimana diisyaratkan Allah dalam firman-Nya,
 ”Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepada-Nya.” (QS 98: 8).


Kata Al-Fadhil,ustaz DR. Zulkifli Mohamad Al- Bakri mengenai redha :
Redha ni,kita menerima segala ketentuan Allah terhadap kita.

Kita sering terlupa, apabila ditimpa musibah..kita menjadi "down" ,stress, dan seterusnya
berputus asa.Sedangkan sifat seorang mu'min itu ,tidak mudah berputus asa dengan rahmat Allah
Taa'la. Seberat manapun ujian itu, semuanya telah diatur oleh Allah Taa'la.
Orang mu'min,apabila didatangkan musibah atau ujian, mereka menghadapinya
dengan penuh tenang dan gembira.Kerana mereka yakin,Allah itu sentiasa bersama
mereka.

Kadangkala Allah menimpakan sesuatu kesusahan itu,untuk menghapuskan dosa2 kita 
atau untuk menguji tahap kecintaan kita pada-Nya..dan kadangkala..Dia RINDU
mendengar rintihan dan tangisan sedu-sedan kita kepada-Nya.Mungkin kita tidak sedar,
seandainya kebahagiaan dibiarkan berterusan kepada kita dengan nikmat2,tentu kita
akan lupa diri dan lupa untuk merintih lagi pada-Nya.

Nikmat itu juga merupakan ujian,iaitui apabila diberikan nikmat yang banyak,
adakah dia bersyukur? adakah lagi dia mengabdikan diri kepada Allah?  
Usahlah khuatir andai tiada orang  yang ingin mendengar kita, 
mungkin disitu,kita harus berlajar erti sabar.dan ingatlah kita sentiasa ada Allah Azza Wajalla..

Segala dihati ana ini,rasanya ingin sahaja ana ambil dan letaknya jauh2..kerana 
ana rasa sukar ..ana ingin menjelaskannya pun,terasa sukar sekali..
Sabarlah duhai hati,kuatkan diri,tabahkan jiwa, ingatlah..Kita ada Allah,dan berusahalah
membahagiakan orang lain..
apa yang ana mampu katakan..
kita harus berlajar erti Redha. Mungkin seseuatu kesusahan itu hadir dalam diri kita,
untuk mentarbiyah hati kita agar redha dengan ketentuan daripada Allahu Subhanahu Wataala.

Oh ye, isnin ini,insya Allah..ana akan ber syarahan Bahasa Arab. Allahu Akbar..
seminggu akhir,bru ana masuk..isnin ni dah nak bertanding..ana mohon doa daripada kalian.
agar dipermudahakan segala urusan. Biiznillah.. ^^,

Assalammualaikum Warohmatullahi Wabarakatuh.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan