Isnin, 5 November 2012

Kasihnya Allah kepada kita

                                                               بسم الله الرحمن الرحيم



Puji-pujian  keatas Allah SWT, tuhan yang telah menciptakan kita sebagai manusia,yakni sebaik2
ciptaan, dan yang sentiasa melimpahkan rahmat-Nya kepada kita .Allahu akbar.
Selawat dan salam serta rindu yang tidak terkata dicurahkan kepada Nabi Muhammad SAW,
Sungguh sucinya pengorbanan baginda  ibarat buunga yang sentiasa mekar dengan bauan yang semerbak harum.

Tidak lupa juga,kepada para pembaca yang sentiasa dikasihi Allah sekalian,
Assalammualaikum warohmatullahi Taa'la Wabarakatuh.
Kasih ibu membawa ke syurga ,kasih ayah sepanjang masa,
itulah kata2 yang sering kita dengar sama ada di facebook, blog2 atau sebagainya.
Namun, lumrahnya ..kite sering lupa .Lupa pada apa? Lupa pada kasihnya Allah kepada kita.
Kenapa kita boleh jadi begini? kerana , kita sibuk dengan keasyikan duniawi 
sehingga terlupa kepada Allahu subhanahu wataa'la.(nauzubillahmin zalik)

Apabila ditanyakan kepada kita, apakah nikmat yang Allah berikan kepada kita?
Allahu akbar....terlalu banyak sehingga tidak dapat kita hitung..
mari ana senaraikan serba sedikit..
Nikmat akal,iman,islam,bercakap,bernafas,berjalan,memegang,melihat, sihat dan sebagainya..

Tetapi, kita sering menyalah gunakan nikmat itu dan tidak bersyukur kepada Allah SWT.
Apabila kita melakukan kesalahn, ada orang tegur,kita mulai memarahinya.kerana
kita malu.
Ingatlah, jangan kita malu dengan teguran,bahkan bersyukrlah kerana
masih ada lagi yang menegur kita..kenapa ana berkata begitu ?
Baiklah, cuba lihat semula kata2 ana tadi, "bersyukurlah kerana masih ada lagi yang menegur kita"
Seandainya,tiada seorang pun yang menegur kita , kita pasti berterusan melakukan 
dosa2 tersebut..Kenapa ana kata bersyukur? kerana Allah telah mengizinkan orang itu
menegur kita kerana Allah masih sayang akan kita..Subhanallah...
Betapa kasihnya Allah pada kita..

Erm..jujur ana kata..ana agak sedikit tidak selesa di fb..terlalu banyak 
post2 mengenai cinta pd manusia, Tidak dinafikan , perkara itu adalah lumrah,,Namun,
terlalu banyak post mengenai itu .Bukan nya ana ingin melarang, tapi,.ana rasa belum tiba masanya lagi
untuk mereka membicarakan hal tersebut,kerana kebanyakan yang post
daripada kalangan remaja.Bagi pendapat ana, pada usia muda ini,
marilah kita mengejar cinta Allah dahulu, apabila sudah tiba masanya, tentu 
kita akan bertemu juga dengan orang yang telah ditentukan oleh
Allah SWT. 

Marilah kita merenung dam menyelami jiwa kita sendiri,
Apakah kita sudah bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah?
Adakah kita sudah mendekatkan diri kepada-Nya?
Adakah kita telah menggunakan nimat yang dikurniakan Allah kepada kita dengan 
jalan yang benar?
Terlalu banyak persoalan...
Ketahuilah, Allah itu sentiasa menyayangi hamba2-Nya ..



Barakallahufikumm..wassalammualaikum warohmatullahi wabarakatuh..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan