Khamis, 15 Disember 2011

Tak mengapa..






Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani.

Suatu pagi yang sungguh indah..kedukaan melanda diri  salah seorang
seorang pelajar perempuan sekolah agama menengah (nama sekolah tidak dinyatakan) .
Dia tidak ingin memiliki jawatan sebagai pengawas di sekolahnya,entah mengapa.
Mungkin kerana..dia takut memegang amanah tersebut..

Apabila dia pulang dari sekolah,dia mengkhabarkan berita itu kepada ahli keluarganya.
Ahli keluarganya sangat gembira..
Sahabat-sahabatnya juga gembira atas jawatan yang dimiliki olehnya.Namun,
dia tidak menyukainya.Rasanya seperti mahu menangis sahaja pada  masa itu.
Hari berganti hari,dia di dalam pengawasan guru sebagai pengawas
percubaan.Kakak pelajar itu sentiasa menasihati dia agar bertanggungjawab
atas tugasannya dan  menceritakan pelbagai kisah yang menarik semasa kakaknya
menjadi pengawas dahulu.Dia sangat gembira dan bertekad untuk menjadi seorang pengawas yang
berwawasan dan dedikasi.Dia juga ingin cuba menjadi seorang yg beranggungjawab dengan tugasnya.

Sebulan telah berlalu,
Dia dikhabarkan oleh gurunya bahawa dia berjaya dalam tempoh pengawas percubaan dan menjadi pengawas pada tahun hadapan.Dia gembira sekali kerana dalam 46 orang ,yang layak hanya 40 ,dan dia tergolong didalam 40 orang tersebut..

Dia mengikut keluarganya membeli pakaian2 bagi persiapan pengawas pada tahun hadapan.Dia tidak terlalu gembira kerana takut kegembiraan itu bertukar menjadi kesedihan.Suatu hari,semasa dia mengikuti kakaknya mengajar,dia ingin berterus terang dengan gurunya mengenai kem kepimpinan yang harus dia ikuti.
Dia menghubungi gurunya dan menjelaskan bahawa ibunya tidak mengizinkan dia untuk
mengikuti kem tersebut kerana risau akan keadaannya yang mempunyai pelbagai penyakit.
Guru disiplinnya agak kecewa.

Keesokan harinya...sedang dia menonton televisyen,dia dipanggil oleh ibunya kerana ibunya menerima
SMS dari guru disiplinnya.Dia agak sedikit pelik.Lalu,dia membaca SMS itu dengan penuh persoalan.
" Salam,saudari..diatas sebab dan alasan yang munasabah,dengan ini saya melucutkan jawatan saudari sebagai pengawas pada tahun hadapan,harap maklum "

Selesai membaca SMS itu,berkecai hatinya tidak terkira. .Empangan airmatanya tidak mampu bertahan lagi, airmatanya jatuh berjurai seperti air sungai yang deras.Lalu,dia beristighfar mengingati Allah.Dia sangat sedih.
Ibunya tidak mampu berbicara melihat keadaan anaknya.

Dia terus memasuki bilik,lalu menangis sendirian...Cuaca pada hari itu agak mendung dan hujan mulai membasahi bumi,seolah-olah memahami keadaannya.

Dia bersabar atas ujian yang menimpa dirinya.Dia sedar sekiranya dia nangis berjam-jam sekalipun,tidak mampu mengubah segalanya. Dia menasihati dirinya sendiri.Dia memohon ketabahan hati kepada Allah.
Dia tidak pernah dan tidak mahu berburuk sangkan kepada Allah.Kerana dia tahu,semua ini ada hikmahnya....Sekian.

Moral daripada kisah ini :-

Terimalah sesuatu perkara itu dengan hati yang terbuka walaupun perit untuk menerimanya dan berbaik sangkalah kepada Allah, Semua yang berlaku itu sudah ditentukan oleh Allah.Semua yang berlaku ada hikmahnya.Bersabar dan tabahkanlah hati atas ujianNya.Allah itu lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. ( ^^, )

Wallahua'lam.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan