Jumaat, 25 Januari 2013

Ya Rasulullah...

Bismillahirrahmairrahim..


keindahan dan kecantikan alam ini, adalah daripada kekuasaan-Nya, hanya kepada-Nyalah 
yang layak disembah.Dialah Allah SWT, yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
sesungguhnya segala pujian hanyalah untuk-Nya..

Selawat dan salam buat junjungan terbesar,Nabi Muhammad SAW.
seorang yang tidak asing lagi,pengorbanannya tidak terkata,keperibadiannya menyebabkan kita
jatuh cinta,sungguh mulia akhlaknya..dialah Kekasih Allah SWT.
Aku hanyalah manusia biasa,malu rasanya ingin mengatakan cinta kepada dia Kekasih Allah..
kerana dia insan mulia ,sedangkan diriku insan biasa...Allahu robbi...
Allahumma solli wasallim ala sayyidina Muhammad,waala alihi wasohbihi ajmain.

Apabila terkenang akhlaknya yang baik hati,pemaaf,murah senyuman dan lain2
hatiku ini rasanya berbunga2...pada masa yang sama
rasa sedih menyergah jiwa.. apakah akhlak pada diriku ini sudah meneladani Rasulullah?
ataupun belum? Allahu akbar.. pabila mengenang perngorbanan baginda buat ummatnya..
Tambahan pula,apabila terkenang saat kewafatannya.. Baginda berkali-kali menanya jibril a.s
berita gembira selepas kematiannya.. sehinggalah jibril menjawab, ''Jangan risau 
wahai Muhammad,Allah berfirman,Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' 

Ya Allah.... dalamnya cinta nabi pada kami..kami mohon ampunkan dosa kami ya Allah,
tempatkanlah baginda di tempat yang tinggi yang telah Engkau janjikan...
Sesungguhnya Engkau Maha pengampun lagi Maha Pengasih..
Ya Rasulullah..kami rindu...  padamu...

Ulama' mengatakan andai seluruh kerinduan ummat dikumpulkan,
masih lagi belum dapat menandingi kerinduan dan kecintaan Rasulullah pada kita.
Allahu akbar... 

Jujur diri ini mengatakan, semalam adalah hari yang sangat...........bahagia dalam diri ini..
kerana pertama kalinya keluarga ku berselawat bersama2 sambil berdiri selepas 
solat berjemaah pada waktu maghrib dan mem baca yassin .. jujur,
Ana rindu sangat suasana sedemikian. syahdunya suasana begitu... 
berselawat.... sebak...hiba... semuanya menyinggah di jiwa..
Rasulullah pernah menangis sewaktu baginda mengatakan, "saudaraku adalah
orang yang tidak pernah melihatku...tetapi sangat merinduiku.."

Subhanallah...... 
Ya Allah, golongkanlah kami dalam golongan yang merindui dan mencintai
Rasul-Mu..
aamiinn...ya rabbal alamin.
Sesungguhnya yang kami dambakan adalah cinta-Mu,kerana cinta kepada Rasulullah,
beerti cinta kepada Allah...

Allahumma solli wasallim ala sayyidina Muhammad waala alihi wasohbihi ajmain..
Menangislah seandainya diri merindui Rasulullah..Janganlah ditahan kerana keegoan..
dan bersyukurlah,kerana air mata yang keluar itu lahirnya daripada kerinduan dalam hati..
hati yang lembut..
Mengapa air mata itu harus ditahan daripada empangannya? biarlah ia... 
Tidak sia2 airmata yang jatuh kerana cinta dan rindu pada-Nya dan rasul-Nya..

Allahu Allah.....
Wahai para pembaca yang dikasihi Allah  sekalian, janganlah hanya mengingati Rasul pada saat ini sahaja..ingatlah dia sentiasa.. cinta pada Rasulullah beerti cinta pada Allah..









Tiada ulasan:

Catat Ulasan