Ahad, 27 Mei 2012

Kenangan terindah..





Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani.Segala puji hanya bagi-Nya..Serta,Selawat dan salam kepada junjungan yang tercinta,nabi Muhammad SAW. ^^

Assalammualaikum warohmatullahi taa'la wabarakatuh.hmm,apa kabar?? ,sihat ? (^___^)
ke ada pening2 sikit ke??..he2,Ana harap anda semua sihat.Bagi yang tidak sihat,janganlah berduka,
segala yang berlaku itu ada hikmahnya. ana doakan anda semua sihat dalam lindungan rahmat-Nya.Amin.

Baik,post kali ni mengenai kenangan terindah.emm,macam selang-seli pula ye post2 ana,sekejap tazkirah,sekejap perkongsian.hehe.(^^,)Sebenarnya,kelmarin sekolah ana ada menganjurkan kem ibadah bagi tingkatan3 dan 5.subhanallah,kalau suruh kasi bintang,ana bagi 10/10".best" sangat.Macam2 ilmu yang diberikan.Antaranya,pengurusan jenazah.Allahuakbar,sebenarnya sebelum ni ana tak pernah mengikuti kursus2 jenazah,Alhamdulillah,sekolah ana menganjurkan program ni.Orang kata,keseronokan harus dikongsi
bersama.Tapi,di sini ana nak kongsi,ustazah yang mengajar kami tu,ada kata,
sebenarnya tak susah pun menguruskan jenazah ni.kita perlu pantas dalam menguruskan.Tapi,dalam kepantasan itu diselitkan kelembutan.Tenang sungguh dengar ustazah itu berbicara.

Slot seterusnya ice-breaking,kami main macam2.Antaranya,senaraikan kegunaan dan apa yang tidak boleh dilakukan dengan klip kertas dalam berapa minit je.Geli betul hati masa tu.(^ __<)Dalam slot ni,diselitkan beberapa pengarajaran,iaitu jangan kita menyerah apabila ujian yang kita hadapi itu sangat susah.Namun selepas itu,keadaan semakin sepi,diikuti dengan slot menginsafi diri.Hati menjadi hiba apabila mengenangkan dosa2 yang dilakukan .Tambahan pula,apabila mengenangkan kedua ibu bapa.Allahuakbar...Semoga ibu bapa kita sentiasa berada di bawah lindungan-Nya.amin  ya rabbal alamin.

Kemudian,pada jam 4pagi.Alhamdulillah,Allah beri kesempatan untuk mengikuti slot qiamulail.
Alhamdulillah,mata tak berapa mengantuk masa tu..Syukur ilallah.Selepas itu,slot yang terakhir,mengenai
amali haji dan praktikal haji.Pada mulanya,amali haji.Subhanallah,masa tu,ngantuk sangat2 mata ana.apa yang ana lakukan? ,ana tampar muka ana hehehe..terus segar..ingat nak basuh muka,tapi jauh..lepas tu terus x ngantuk.

Sampai lah kami ke praktikal haji.kami diajar cara2 tawaf,wuquf dan sebagainya.Bagi perempuan,
kene pakai telekung.Lebih kurang jam 3 petang,selesai sudah kem ibadah kami.Walaupun masing2 keletihan,namun jauh di sudut hati,sangat gembira.Rasa seperti ingin join lagi sekali je ada tahun hadapan.insya-Allah kalau ada.

Macam2 yang kami pelajari.Baiknya Allah,kerana beri peluang bagi diri yang lemah ini untuk menyertai .
Wahai para pembaca yang dikasihi Allah taa'la,janganlah kita menyerah sebelum kita lakukan sesuatu perkara yang sukar bagi diri kita.Allah itu adil,diberinya ujian,atas kemampuan hamba-Nya.Kerana Allah itu sangat sa..yang pada hamba-hamba-Nya.Justeru,janganlah kita kedekut tenaga utnuk beribadat pada-Nya.Marilah kita berusaha untuk mendapatkan keredhaan-Nya. Barakallah...

Wallahua'lam. wassalammualaikum warohmatullahi wabarakatuh.terima kasih kerana ingin berkongsi cerita dengan ana. ^^,

Sabtu, 7 April 2012

Lautan air mata

                                                        بسم الله الرحمن الرحيم




Segala puji hanya bagi Allah SWT,dengan kemurahan rahmat-Nya, kita masih lagi boleh benafas sehingga kini,dengan lindungan-Nya juga,kita masih lagi dalam keadaan islam.Subhanallah..
Selawat dan salam kepada junjugan terbesar,Nabi Muhammad SAW,yang masih memikirkan bagaimana keadaan umatnya sehingga di akhir hanyatnya.Allahumma solli ala sayyidina muhammad waa'la alihi wasohbihi wasallim.

     .  السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Wahai para pembaca yang dikasihi Allah subhanahu wataa'la sekalian,
bagaimana keadaan kalian hari ini? sihat atau tidak?
sekiranya sihat,alhamdulillah.sekiranya tidak sihat,bersabarlah ,kerana setiap
penyakit ada ubatnya kecuali kematian.Semoga Allah memberi kesihatan kepada hamba-hamba-Nya.

Lautan air mata..
Itulah tajuk "post" kita kali  ini.insya-Allah.
Airmata..
apabila kita berfikir sejenak, selalunya ia keluar pada waktu kita sedih dan gembira.
Air mata ini ibarat mutiara-mutiara yang jernih lagi berharga.

Air mata seorang insan yang mengenangkan dosa2 nya itulah air mata yang sangat berharga,
kerana dengan setitis airmata itu, dapat memadam api neraka yang boleh membakar kita dengan sekelip mata.

Nabi Muhammad SAW telah bersabda :
 " Dua mata yang tidak disentuh oleh api neraka,mata yang menangis kerana takutkan Allah dan mata yang mengawal jalan Allah pada waktu malam."
(Hadis riwayat al-Tarmizi)


Subhanallah..kadangkala kita sering terlupa betapa banyaknya dosa kita,
kita juga kadangkala membazirkan mutiara yang jernih itu dengan menangisi
perkara yang tidak sepatutnya.Allahuakbar.

Marilah kita merenung diri kita seketika,
berapa banyakkah perkara-perkara  yang melalaikan telah kita lakukan?
Pernah kah kita fikir,Allah itu telah mengurniakan
pelbagai kesenangan kepada kita.pakaian,makanan,bernafas,berjalan.
Namun ,adakah kita bersyukur? Dalam surah as-sajadah,almulk,
Allah berfirman :........namun,sedikit sekali kamu bersyukur.

Marilah kita sama-sama bermuhasabah seketika,
Kita ini sangat lemah..
Namun kita sentiasa ada Allah S.W.T dalam apa jua urusan.
Allah tidak pernah lupa kepada sesiapa yang mengingati-Nya.

Wahai para pembaca yang dikasihi Allah sekalian,marilah kita meng'amin' kan doa ini:

" Ya Allah ya tuhan kami,kurniakanlah kami sepasang mata  ini yang sentiasa menangis kerana
takut kepada-Mu ,sebelum ianya habis  ya rabbi. Amin ya rabbal alamin.

Ketahuilah,Sekiranya kita ditimpa musibah seberat mana sekalipun,
kita jangan lupa,Musibah itu pun berlaku dengan izin daripada Allah,
kerana Allah itu sa....yang kepada kita.Walaupun sekecil-kecil ujian.
Ingatlah Allah walau dimanapun kita berada.Wallahua'lam.

Barakallahu fikum..wassalammualaikum warohmatullahi taala wabarakatuh..^^,








Selasa, 13 Mac 2012

sedikit sebanyak luahan...^^

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani..
Segala puji-pujian hanya bagi-Nya.selawat dan salam ke atas junjungan terbesar nabi Muhammad Saw.





Alhamdulillah..ape kabar para pembaca sekalian?..agak lama tak bersua ...
mungkin kesibukan beberapa hari ini.
Subhanallah...barulah rasa sedikit lega apabila exam sudah lepas..tp,bukan bermakna ana boleh
santai shaja.PMR ttp PMR..he2.^^,

Post kali ini,ana sekadar ingin bercerita sahaja.

Alhamdulillah, 8 mac 2012. ana dapat anak buah pertama..^^,
syukur sangat...Aina Zakirah ..(chaya mata yang berzikir) namanya..
Rumah ni bertambah ceria dengan kehadirannya..dia suka mendengar  zikir-zikir..

tup2..

Ana pun sudah digelar  mak su.... ^^ rase tua sungguh.hehe..
Tapi,smpai bila kita nak berdalih daripada kenyataan.
Takdelah teruk sangat rasanya.Cuma kadangkala diri ini terfikir,
gelaran pun terasa makin tua, sedar tak sedar,umur makin meningkat..
tp,bagaimana pula,amal ibadah kita pada-Nya?...Allah..
Semoga Allah menetapkan hati kita di atas jalan-Nya..amin..amin..amin..
emm,Ana suka dengar qasidah ya badratim(bulan purnama)...rasa tenang je.
Udara pada petang hari ini seakan-akan meniup dengan lembut pada diri ini..
damai sungguh rasanya... besarnya kuasa Allah..

Hari berganti-hari..cuti sekolah pun mengunjung tiba,dengan pelbagai kerja kursus nya..
Subhanallah,semoga Allah memberikan kelapangan kepada setiap hamba-Nya.amin.
Diri ini terfikir lagi..terkadang barulah sedar,lalai nya diri ini .
Beberapa minit lepas,alhamdulillah..ana sudah "deactive facebook."
Sekadar ini,cuma blog sahajalah tempat kunjung ana pada masa lapang,untuk berkongsi ilmu dan
sedikit luahan insya-Allah bermanfaat.
Mak ana selalu kata, "belajar rajin-rajin ..kalau kita pandai, nanti semua orang suka..."
hee~,bila dengar macam kelakar je,tapi betul la tu.
sekarang masa belajar,ana pun tak naklah fikir bukan-bukan.lagi2 nak PMR..^^,
Doakanlah yang terbaik untuk kami semua,dengan berkat doa anda,insya-Allah dapat memberi
sedikit sebanyak manfaat pada semua orang yang mengambil PMR tahun ni.

Dalam banyak2 gambar ana paling suka gambar post kali ini..sebab,ada warna kesukaan ana..he2
Baiklah,itu sahaja untuk post kali ini,minta maaf kalau  sedikit membosankan.
yang baik itu datangnya daripada Allah SWT, dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan
diri ana sendiri.Sebelum tu,ana minta satu sahaja..

Marilah sama-sama kita amin kan doa ini.:

Ya Allah ya tuhan kami,bersihkanlah hati kami dari munafiq,sucikanlah lisan kami
daripada berdusta dan sucikanlah akal kami daripada lalai..hanya Engkaulah yang Maha Berkuasa lagi Maha
Mengetahui..amin ya rabbal alamin..

^^, wasssalammualaikum warohmatullahi taala wabarakatuh..
barakallahu fikum..terima kasih kerana mengunjung blog ini..







Ahad, 12 Februari 2012

Ya Rasullallah..kami rindu padamu.


                               بسم اللله الرحمن الرحىم
  
             ( Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani) 



Alhamdulillahi rabbbil alamin.. 
Bersyukurlah atas segala nikmat yang Allah kurniakan pada kita,Semoga kita diberkati Allah taa'la...insya-Allah..Puji2 an bagi Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.

Assalammualaikum warohmatullahi taala wabarakatuh..
Wahai pembaca yang dikasihi Allah sekalian,bagaimana keadaan hati kita hari ini?
Semoga kita sentiasa diberikan hidayah oleh Allah taala .insya-Allah.
Cuaca pada suasana pagi ahad ini,begitu indah sekali..Sinaran matahari tidak pernah lekang memberikan 
sinar kepada tumbuh2 an,dan menyuluh daripada kegelapan.
Kucing2 berlari berkejaran sesama mereka,damai sugguh waktu2 begini.

Baiklah kali ini ana ingin menceritakan pengalaman kelmarin ,hari jumaat 10 februari 2012.
Sekola ana,ada mengadakan sambutan cinta rasul bersempena maulidurrasul.
Gembira sekali melihat sambutan itu berlangsung,rasa kelainannya pada tahun2 sebelum ini.
Kami berarak sambil berselawat keatas junjungan terbesar,Nabi SAW.
Disusuli dengan majlis ilmu .
Sebak sekali hati ini apabila mendengar peristiwa kewafatan Nabi Muhammad SAW.
 Pada masa hampir kewafatannya,baginda sedih memikirkan bagaimana keadaan umatnya 
setelah ketiadaannya nanti..Bimbang sekali baginda tentang kita...

                                                          ****************
..
Diriwayatkan bahawa surah Al-Maaidah ayat 3
diturunkan sesudah waktu Asar iaitu pada hari Jumaat
 di Padang Arafah pada musim haji penghabisan (Wada’).
Pada masa itu Rasulullah S.A.W. berada di Padang Arafah di atas unta.
 Ketika ayat ini diturunkan Rasulullah tidak begitu jelas penerimaan nya,
untuk mengingati isi dan makna yang terkandung di dalam ayat tersebut,
Baginda bersandar pada unta beliau sambil unta tersebut duduk perlahan-lahan.




Setelah Rasulullah S.A.W mengumpulkan para sahabat beliau,
maka Rasulullah pun menceritakan apa yang telah di beritahu oleh malaikat Jibrail A.S.
 Apabila para sahabat mendengar hal demikian maka mereka pun gembira sambil berkata:
”Agama kita telah sempurna! agama kita telah sempurna!”
Apabila Abu Bakar mendengar keterangan Rasulullah S.A.W. itu,
dia tidak dapat menahan kesedihannya maka dia pun kembali ke rumah
 lalu mengunci pintu dan menangis. Abu Bakar menangis dari pagi hingga ke malam
.
Kisah tentang Abu Bakar r.a menangis telah sampai kepada sahabat yang lain
maka berkumpullah para sahabat di hadapan rumah Abu Bakar r.a
 dan mereka berkata:”Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis
sehingga sebegini sekali keadaan mu? Sepatutnya kamu berasa gembira
 sebab agama kita telah sempurna.”

Mendengar pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar r.a pun berkata:
” Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu,
tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesuatu perkara itu telah sempurna
maka akan kelihatan lah kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa
 ianya menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah S.A.W.
Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri Nabi menjadi janda.”

Setelah mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a maka sedarlah mereka
 akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a, lalu mereka menangis.
Tangisan mereka telah di dengar oleh para shabat yang lain,
maka mereka pun terus memberitahu Rasulullah S.A.W.
tentang apa yang mereka lihat itu.
Salah seorang dari sahabat berkata:
” Ya Rasulullah, kami baru balik dari rumah Abu Bakar r.a dan
 kami dapati ramai orang menangis dengan suara yang kuat di hadapan rumah beliau.”

Apabila Rasulullah mendengar keterangan dari sahabat itu,
 maka berubahlah muka Rasulullah dan dengan segera beliau
bergegas ke rumah Abu Bakar r.a.
Sebaik sahaja Rasulullah sampai di rumah Abu Bakar r.a maka Rasulullah S.A.W
 melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya.
“Wahai sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?”
Kemudian Ali r.a berkata:” Ya Rasulullah S.A.W.,
Abu Bakar mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahawa wafat mu telah dekat.
Adakah ini benar, ya Rasulullah?”

Lalu Rasulullah S.A.W. berkata:
 Semua yang dikata oleh Abu Bakar r.a adalah benar dan
sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir dekat.”
Sebaik sahaja Abu Bakar r.a mendengar pengakuan Rasulullah S.A.W
maka dia menangis sekuat tenaganya sehingga dia jatuh pengsan sementara
 Ali r.a pula mengeletar seluruh tubuhnya. Dan para sahabat yang lain
 menangis dengan sekuat-kuat yang mereka mampu.
Kemudian Rasulullah S.A.W. bersalam dengan para sahabat satu demi satu
 dan berwasiat kepada mereka.

Pada saat sudah dekat ajal Rasulullah S.A.W., beliau menyuruh Bilah bin Rabah
 azan untuk mengerjakan solat, lalu berkumpullah para Muhajirin dan Ansar di masjid Rasulullah S.A.W. kemudian Rasulullah menunaikan solat 2 rakaat bersama semua yang hadir.
 Setelah selesai mengerjakan solat beliau bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata: “Alhamdulillah,

wahai para muslimin, sesungguhnya saya adalah seorang Nabi
 yang diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah dengan izin Nya,
dan saya ini adalah sebagai saudara kandung kamu,
yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah.
 Oleh itu kalau sesiapa mempunyai hak untuk dituntut,
maka hendaklah dia bangun dan memberitahu saya sebelum saya dituntut di hari kiamat.”

Apabila ajal Rasulullah S.A.W. makin hampir
 maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Siti Aisyah r.a
 dan beliau berkata: “Selamat datang kamu semua semoga Allah S.W.T.
mengasihi kamu semua,
 saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah S.W.T.
dan mentaati segala perintahnya.
Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat.
 Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku,
Fadhl bin Abas hendaklah menuangkan air dan
Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya.

Setelah itu kamu kapani aku dengan pakaianku sendiri
apabila kamu semua menghendaki, atau kapanilah aku dengan kain Yaman yang putih.
 Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan
 aku diatas diatas balai tempat tidurku dalam rumah ku ini.
Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan ku.
Setelah itu baru kamu semua masuk beramai-ramai bersolat ke atasku.”

Sebaik sahaja para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu
 maka mereka menangis dengan nada yang keras dan berkata:
” Ya Rasulullah S.A.W., anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami
dan untuk semua yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam
 penemuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami.
 Apabila anda sudah tiada nanti siapakah yang akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?”

Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata:” Dengarlah para sahabatku
aku tinggalkan kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang
dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua, dua penasihat 
yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja.
Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah Maut.

Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit diantara kamu,
 maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadisku
 dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutlah dia dengan mengambil pengajaran dari mati.”

Setelah Rasulullah S.A.W. berkata demikian, maka sakit Rasulullah S.A.W. bermula.
 Dalam bulan Safar Rasulullah sakit selama 18 hari dan sering diziarahi oleh para sahabat.
 Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah S.A.W.
diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin.
Pada hari isnin, sakit Rasulullah S.A.W. bertambah berat,
setelah Bilal r.a. selesai azan subuh, maka Bilal r.a pun pergi ke rumah Rasulullah S.A.W.
Sesampainya Bilal r.a di rumah Rasulullah S.A.W.,

 Maka Bilal r.a pun memberi salam:” Assalamualaikum ya Rasulullah.”
 Lalu dijawab oleh Fatimah r.a: “Rasulullah S.A.W. masih sibuk dengan urusan beliau.”
Setelah Bilal r.a mendengar penjelasan dari Fatimah r.a
maka Bilal pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah r.a itu.

Apabila waktu subuh hampir hendak lupus,
 lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah S.A.W.
dan memberi salam seperti permulaan tadi,
 kali ini salam Bilal r.a telah didengar oleh Rasulullah dan baginda berkata:
”Masuklah wahai Bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat,
 oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan solat Subuh
 berjemaah dengan mereka yang hadir.”

Setelah mendengar kata-kata Rasulullah S.A.W.
 maka Bilal r.a. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangannya
 diatas kepala dengan berkata:” Aduh musibah!”

Sebaik sahaja Bilal sampai di masjid maka Bilal pun memberitahu Abu Bakar
 tentang apa yang telah Rasulullah S.A.W. kata kan kepadanya.
Abu Bakar tidak dapat menahan dirinya apabila melihat mimbar kosong
 maka dengan suara yang keras Abu Bakar r.a menangis sehingga jatuh pengsan
.
Melihat peristiwa itu, maka riuh rendahlah di dalam masjid
sehingga Rasulullah bertanya kepada Fatimah apakah yang berlaku?” Maka Fatimah memberitahu:”Kekecohan kaum muslimin sebab anda tidak pergi ke masjid.”
Kemudian Rasulullah memanggil Ali r.a dan Fadhl bin Abas,
 lalu Rasulullah S.A.W. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid.
 Setelah Rasulullah S.A.W. sampai di masjid maka
beliau pun bersolat Subuh bersama dengan para jemaah.

Setelah selesai solat Subuh maka Rasulullah S.A.W. pun berkata:
 “Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam pertolongan
 dan pemeliharaan Allah S.W.T., oleh itu hendaklah kamu semua
bertaqwa kepada Allah S.W.Tdan mengerjakan segala perintahNya.
Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua,
dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia.

Setelah berkata demikian, maka Rasulullah S.A.W. pun pulang ke rumah beliau.
Kemudian Allah mewahyukan kepada malaikat Izrail:
”Wahai Izrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa
 dan apabila kamu hendak mencabut rohnya maka hendaklah
kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali.

Apabila kamu pergi kerumahnya maka minta izinlah terlebih dahulu,
 kalau di izinkan kamu masuk maka masuklah kamu ke rumahnya
 dan kalau dia tidak mengizinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali kepada ku.

Sebaik sahaja malaikat Izrail mendapat perintah dari Allah S.W.T
. maka malaikat Izrail pun dengan segera menyerupai seorang Arab Badwi.
Setelah malaikat Izrail sampai dihadapan rumah Rasulullah S.A.W.
maka dia pun memberi salam
:”Assalamu alaikum yaa ahla baitin nunuwwati wa ma danir risaalati aadkhulu?”
 (Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu sekelian,
wahai penghuni rumah nabi dan sumber risalah, bolehkah saya masuk?”)

Apabila Fatimah mendengar orang memberi salam maka dia pun berkata:
”Wahai hamba Allah, Rasulullah S.A.W. sedang sibuk sebab
sakitnya yang semakin berat.”Kamudian malaikat Izrail berkata lagi
seperti permulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar
oleh Rasulullah S.A.W. dan Rasulullah S.A.W. bertanya kepada Fatimah r.a:
” Wahai Fatimah, siapakah di depan pintu itu.”

Maka Fatimah r.a berkata:”Ya Rasulullah, ada seorang Arab Badwi
 memanggilmu dan aku telah katakan kepadanya bahawa anda sedang
 sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam
 sehingga merasa mengigil badan saya.”

Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata
”Wahai Fatimah, tahu kah kamu siapakah orang itu?”
Jawab Fatimah:”Tidak ayah.”
Dia adalah malaikat Izrail, malaikat yang akan memutuskan
segala macam nafsu syahwat yang memisahkan
perkumpulan- perkumpulan dan yang memusnahkan
semua rumah serta meramaikan penghuni kubur.”
Fatimah r.a. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahawa
 saat perpisahan dengan ayahnya telah hampir, dia menangis sepuas-puasnya.

Apabila Rasulullah S.A.W. mendengar tangisan Fatimah maka beliau pun berkata:
” Janganlah engkau menangis wahai Fatimah, engkaulah orang pertama dalam
keluargaku akan bertemu dengan aku.”
Kemudian Rasulullah S.A.W. menjemput malaikat Izrail masuk.
 Maka malaikat Izrail pun masuk dengan mengucap: “Assalamualaikum ya Rasulullah.”

Lalu Rasulullah menjawab:”Wa alaikas saalamu,
wahai Izrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut rohku?”
Izrail berkata:”Kedatangan saya adalah untuk menziarahi mu dan
 mengambil roh mu, itupun kalau kamu izinkan, kalau tidak izinkan maka aku akan kembali.”

Rasulullah berkata:”Wahai Izrail, dimanakah kamu tinggalkan Jibrail?”
Izrail berkata:”Saya tinggalkan Jibrail A.S. di langit dunia,
semua para malaikat sedang memuliakan dia.”

Tidak berapa saat kemudian, Jibrail A.S. pun turun dan
duduk dekat kepala Rasulullah S.A.W.
Apabila Rasulullah S.A.W. melihat kedatangan Jibrail A.S.
maka Rasulullah S.A.W. pun berkata:
”Wahai Jibrail, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat?”
Jibrail berkata:” Ya, aku memang tahu.”

Rasulullah S.A.W. bertanya lagi:
”Wahai Jibrail beritahu kepadaku kemuliaan yang mengembirakan aku disisi Allah S.W.T.”
Jibrail A.S. berkata:”Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka,
 para malaikat bersusun rapi mananti roh mu di langit. Kesemua para bidadari
sudah berhias menanti kehadiran rohmu.”

Rasulullah S.A.W. berkata:”Sekarang kamu katakan pula
 tentang umatku pada hari Kiamat nanti.”
Jibrail A.S berkata:” Allah S.W.T. telah berfirman: “Sesungguhnya Aku telah
melarang semua nabi masuk ke syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu,
dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umat mu memasuki syurga.”

Rasulullah S.A.W. berkata:”Wahai Izrail, dekat lah kamu kepadaku.”
Setelah itu malaikat Izrail pun memulakan tugasnya apabila roh itu sampai
pada pusat, maka Rasulullah S.A.W. pun berkata:
”Wahai Jibrail alangkah dasyatnya rasa mati.”

Jibrail mengalihkan pandangan dari Rasulullah
 apabila mendengar kata -kata beliau.
Melihat telatah Jibrail itu, maka Rasulullah pun berkata:
 “Wahai Jibrail, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?”
Jibrail A.S berkata:”Wahai kekasih Allah,
 siapakah orang yang sanggup melihat wajah mu di kala kamu dalam sakaratul maut?”
Anas bin Malik berkata:”Apabila roh Rasulullah S.A.W. telah sampai di dada beliau bersabda:”Aku wasiatkan kepada kamu semua menjaga solat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atas atasmu.”
Ali r.a. berkata:”Sesungguhnya Rasulullah S.A.W.ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali dan saya meletakkan telinga saya dekat Rasulullah S.A.W. dia berkata:”Umatku, Umatku.”


  اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا  محمد                                            
Wahai para pembaca yang dikasihi Allah sekalian,marilah kita renung-renungkan ,
Seandainya Nabi masih bersama kita,apakah yang kita ingin tunjukkan kepada baginda yang boleh 
menggembirakan hati baginda.?...Allahu akbar
Perbanyakkanlah selawat keatas nabi Muhammad SAW.                                                                                                                                         ♥
Barakallahu fikum  
Wassalammualaikum warohmatullahi taalam wabarakatuh..

Selasa, 24 Januari 2012

Cinta Allah cinta Abadi.

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha mengasihani.

Segala puji hanya Bagi-Nya yang masih memberi kita nikmat kesihatan,akal ,iman
dan banyak lagi. Subhanallah.
Assalammualaikum warohmatullahi taala wabarakatuh..(✿◠‿◠)

Apa kabar para pembaca yang dikasihi Allah sekalian? sihat?  akal ok lagi?..hehe,
sekiranya baik,ucapkanlah alhamdulillah. Ana alhamdulillah,waras<--bak kata orang jawa,
sama erti dengan baik.

Syukur kepada Allah,kerana masih mempertemukan kita sekali lagi dalam post kali ni.
Agak lama juga ana mendiamkan diri daripada menulis blog ni.
Setiap khalifah yang diciptakan Allah pasti ada masalah,kesenangan dan kesilapan.
Begitu juga ana.urusan-urusan semua ini menyebabkan ana lama juga tak tulis blog.

Ana ada kisah nak dikongsikan dengan pembaca semua,sebelum tu mari ikut ana baca ni :
  Subhanallah 
  Alhamdulillah
  Allahuakbar 
  Laailahaillallah muhammad rasulullah ♥ 
  Syabas ! anda dapat membacanya dengan baik.alhamdulillah. (^^,)
Seperti tajuk-tajuk sebelum ini ana ada menceritakan mengenai zikrullah.Kali ni ana nak ceritakan pula mengenai cinta yang suci,Agung dan abadi.
Sedar atau tidak,kita ini sentiasa ingin merasa dikasihi dan disayangi sama ada daripada ibu bapa ,orang-orang terdekat ataupun sesiapa.Namun,kita jarang sedar ada yang sentiasa menyayangi kita,yang memberi apa yang diinginkan oleh kita,yang sentiasa melihat kita dan sentiasa memaafkan kita jika kita  meminta maaf denganNya.Dialah Allah SWT, yang sentiasa melindungi dan mengasihi hambaNya.
Tidak kira kita susah atau senang,Allah sntiasa ada bersama dgan kita.
Kadangkala kita lupa Allah itu sentiasa melihat kita,
apabila kita susah,kadangkala juga ,barulah kita teringat akn Allah.♥ ~Astagfirullahalazim.~
Cinta yang abadi  itu akan berputik apabila kita mengenal Allah ,sebelum kita mengenal Allah kita haruslah mengenal diri kita sendiri.kemudian,barulah rindu menyusul tiba dan membuahkan rasa yang sangat mendalam kepadaNya,ketahuilah dengan mengingati Allah,hati akan tenang,jiwa akan tenteram.
Barakallahu fikum.
Wassalammualaikum warohmatullahi taala wabarakatuh.
ilalliqa' .(✿◠‿◠)




Khamis, 15 Disember 2011

Tak mengapa..






Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani.

Suatu pagi yang sungguh indah..kedukaan melanda diri  salah seorang
seorang pelajar perempuan sekolah agama menengah (nama sekolah tidak dinyatakan) .
Dia tidak ingin memiliki jawatan sebagai pengawas di sekolahnya,entah mengapa.
Mungkin kerana..dia takut memegang amanah tersebut..

Apabila dia pulang dari sekolah,dia mengkhabarkan berita itu kepada ahli keluarganya.
Ahli keluarganya sangat gembira..
Sahabat-sahabatnya juga gembira atas jawatan yang dimiliki olehnya.Namun,
dia tidak menyukainya.Rasanya seperti mahu menangis sahaja pada  masa itu.
Hari berganti hari,dia di dalam pengawasan guru sebagai pengawas
percubaan.Kakak pelajar itu sentiasa menasihati dia agar bertanggungjawab
atas tugasannya dan  menceritakan pelbagai kisah yang menarik semasa kakaknya
menjadi pengawas dahulu.Dia sangat gembira dan bertekad untuk menjadi seorang pengawas yang
berwawasan dan dedikasi.Dia juga ingin cuba menjadi seorang yg beranggungjawab dengan tugasnya.

Sebulan telah berlalu,
Dia dikhabarkan oleh gurunya bahawa dia berjaya dalam tempoh pengawas percubaan dan menjadi pengawas pada tahun hadapan.Dia gembira sekali kerana dalam 46 orang ,yang layak hanya 40 ,dan dia tergolong didalam 40 orang tersebut..

Dia mengikut keluarganya membeli pakaian2 bagi persiapan pengawas pada tahun hadapan.Dia tidak terlalu gembira kerana takut kegembiraan itu bertukar menjadi kesedihan.Suatu hari,semasa dia mengikuti kakaknya mengajar,dia ingin berterus terang dengan gurunya mengenai kem kepimpinan yang harus dia ikuti.
Dia menghubungi gurunya dan menjelaskan bahawa ibunya tidak mengizinkan dia untuk
mengikuti kem tersebut kerana risau akan keadaannya yang mempunyai pelbagai penyakit.
Guru disiplinnya agak kecewa.

Keesokan harinya...sedang dia menonton televisyen,dia dipanggil oleh ibunya kerana ibunya menerima
SMS dari guru disiplinnya.Dia agak sedikit pelik.Lalu,dia membaca SMS itu dengan penuh persoalan.
" Salam,saudari..diatas sebab dan alasan yang munasabah,dengan ini saya melucutkan jawatan saudari sebagai pengawas pada tahun hadapan,harap maklum "

Selesai membaca SMS itu,berkecai hatinya tidak terkira. .Empangan airmatanya tidak mampu bertahan lagi, airmatanya jatuh berjurai seperti air sungai yang deras.Lalu,dia beristighfar mengingati Allah.Dia sangat sedih.
Ibunya tidak mampu berbicara melihat keadaan anaknya.

Dia terus memasuki bilik,lalu menangis sendirian...Cuaca pada hari itu agak mendung dan hujan mulai membasahi bumi,seolah-olah memahami keadaannya.

Dia bersabar atas ujian yang menimpa dirinya.Dia sedar sekiranya dia nangis berjam-jam sekalipun,tidak mampu mengubah segalanya. Dia menasihati dirinya sendiri.Dia memohon ketabahan hati kepada Allah.
Dia tidak pernah dan tidak mahu berburuk sangkan kepada Allah.Kerana dia tahu,semua ini ada hikmahnya....Sekian.

Moral daripada kisah ini :-

Terimalah sesuatu perkara itu dengan hati yang terbuka walaupun perit untuk menerimanya dan berbaik sangkalah kepada Allah, Semua yang berlaku itu sudah ditentukan oleh Allah.Semua yang berlaku ada hikmahnya.Bersabar dan tabahkanlah hati atas ujianNya.Allah itu lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. ( ^^, )

Wallahua'lam.





Isnin, 12 Disember 2011

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala puji hanya bagi Allah SWT ,Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW.

Assalammualaikum warohmatullahi taala wabarakatuh..♥ 

Wahai pembara yang dikasihi Allah sekalian,apa kabar?sekiranya sihat,Alhamdulillah..
sekiranya kurang sihat,bersabar ye.Setiap penyakit ada penyembuhnya.
Sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar.( ^^, ) .Jangan lupa jaga kesihatan.
Ana Alhamdulillah sihat .em,bagaimana pula keadaan iman kita hari ini? Semoga kita
sentiasa diberi petunjuk oleh Allah SWT. insyaAllah..amin...

Baik,kali ni ana ingin memberi tahu tentang pertukaran lagu di blog ana sahaja
dan sedikit nasihat. ^^ .Ana tertarik pada nasyid kumpulan hijjaz ,tajuk
nya satu amanah...Rasa tenang dan damai bila menghayati bait2 nya.


Oh ye,tadi..ana pergila menziarahi blog2 yang ana follow...musibah yang menimpa diri seseorang berlainan dengan yang lain.Semoga Allah melapangkan urusan mereka.Amin..
Kadangkala sewaktu kita ditimpa kesusahan,kita sering merasa diri kita inilah yang paling sedih
lagi menyedihkan,kita jadi tidak berdaya,dan berfikiran negatif. Nauzubillah min zalik.

Wahai pembaca yang di rahmati Allah sekalian,

Ingatlah setiap kesusahan itu bersamanya kesenangan.
Allah berfirman dalam surah al-sharh ayat 5-6 :-

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai 
      kemudahan,

(6) (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.



Semua itu berlaku dengan kehendak Allah,kadangkala dengan musibah ini barulah kita teringat Allah.
Dengan musibah ini juga,Allah ingin menguji tahap keimanan kita pada Nya.Janganlah bersedih.
Bersabarlah, walaupun sukar. dan sabarlah dalam bersabar.kerana Allah sangat sa..yang kepada
hambaNya yang bersabar. ( ^_^ ) . Semoga hari ini lebih baik daripada semalam,dan esok lebih baik daripada hari ini. Barakallah..
Wassalammualaikum warohmatullahi taala wabarakatuh.

Wallahua'lam.