Selasa, 28 Mei 2013

Duhai insan, bangunlah !

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..





Maha Suci Allah,tuhan sekalian alam, sedang hati kita  terseksa dgn dosa
yang kita lakukan, Sedang kita menangis merintih pada-Nya memohon
keampunan,Dia sentiasa membuka pintu taubat-Nya,
Walaupun kadangkala kita tergelincir semula ke lubang kemungkaran,ke longkang
maksiat, Pintu taubat-Nya itu tidak pernah tertutup buat para hamba-Nya...
Allahu Akbar...........

Selawat dan salamm buat junjungan terbesar nabi Allah,kekasih Allah,Nabi Muhammad SAW...
Kasih dan cintanya pada kita... tidak terhingga, sehinggakan merindui kita,walaupun kita tidak pernah melihat baginda.... Ya Robbi...

Allahumma solli ala sayyidina Muhammad,waala alihi wasohbihi ajmain...

Assalammualaikum warohmatullahi wabarakatuh...
Wahai para pembaca sekalian,yang sentiasa dikasihi dan dicintai Allah, 
wahai para pejuang ,wahai orang yg beriman,,
 duhai insan...bangunlah! bagunlah daripada terlena dek buai 
godaan nafsu yang membunuh diri kita ! 

Hidup ini penuh onak dan duri yang harus kita tempuh,
bunyinya agak payah,tetapi bukanlah beerti payah selamanya...
kita boleh mengharunginya dgn pertolongan daripada Allah Subhanahu wataala..
Usah sibukkan diri dgn perkara sia-sia.. Sungguh!,hidup di dunia hanya sementara..
dunia adalah perjalanan untuk kita membuat bekal menuju akhirat..
justeru,mengapa kita sering leka dan alpa dengan tujuan hidup kita??
seringkali lalai dgn membiarkan nafsu menguasai diri?? 

Allahu Akbar...

Jangan biarkan iman kita jatuh merudum ke bawah ,semata2 menuruti kehendak nafsu
yang tidak baik.. kawallah ia.. dekatkanlah diri kepada-Nya... 

Dalam kitab Terapi rohani untuk semua ..karya Habib Ali Abdurrahman Al-Jufri ,
beliau telah menceritakan serba sedikit kisah mengenai nafsu dan aqal..

Saat Allah menciptakan aqal..Allah berkata pada aqal : Hai Aqal berpalinglah..
aqal pun berpaling..Hai Aqal,menghadaplah.. Aqal pun menghadap.
.Siapakah Aku?Aqal berkata : Engkau adalah Allah, Tuhan semesta alam..

Saat Allah menciptakan nafsu ..Allah berkata pada nafsu :Hai Nafsu .menghadaplah.
nafsu pun berpaling.. Hai nafsu,berpalinglah.. nafsu pun menghadap..
Siapakah Aku ? Nafsu berkata : Engkau adalah engkau dan aku adalah aku,..

Setelah itu,Allah pun membiarkan nafsu lapar,dan terpuruk lama... kemudian,barulah nafsu
mengakui bahawa Allah itu Tuhan semesta alam..

Justeru,terbuktilah..bahawa bukanlah mudah untuk kita  mengawal nafsu..bukan mudah
bukanlah beerti tidak boleh...Boleh..tetapi dengan aqal dan kemantapan imanlah
yang dapat menundukkan dan menasihati  nafsu...


Jadi, Bagunlah wahai kaum muslimin dan muslimat... perangilah nafsu ammarah mu...

kerana itulah  ..........    jihad yang terbesar sekali....

Wallahua'lam..assalammualaikum warohamtullah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan