Selasa, 28 Mei 2013

Hanya yang mampu tuk kulafazkan...Aku merinduimu....




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Segala puji hanya bagi-Nya,Dia sentiassa ada bersama kita,
tidak kira setiap detik,saat dan dimana jua...Dialah Allahu Subhanahu wataala..

Selawat dan salam buat junjungan mulia dan terbesar,Nabiullah,
Nabi Muhammad SAW..dialah pengubat hati,kekasih Allah...
yang terlalu menyayangi kita....

Sollahu Robbuna,ala nuuril mubin,ahmadal mustofa sayyidil mursalin
waala alihi wasohbihi ajmain.

Wahai para pembaca yang dikasihi dan disayangi oleh Allah sekalian,
Assalammualaikum warohmatullahi wabarakatuh,,
ermm... ape kabor semua ?? ^^,
Ana harap semua sihat walafiat..

Maafkan ana sebab .....serious lama ...sangat ana x update blog.
nak kata busy,lumrah la tu,nak kata penat pun ade juge..
Tajuk kali ini bertepatan dgn pemergian mak dan ayah ana bg mengerjakan umrah..
Ya Allah,masa tu tidak dapat ana gambarkan rasa ini,, kesedihan menyergah di jiwa..

.......................................................................................................................................

Empangan air mata yang terhalang dek penipuan rasa dalam diri yang menahannya
kerana takut2 melimpah  ,jatuh ke bumi..
Tetapi,penipuan bukanlah cara  yang benar .. empangan itu..akhirnya pecah jua..

 Pelukan yang erat daripada seorang bapa yang penuh dengan kasih sayang
dan kejujuran lah yang dapat meruntuhkan penipuan juga empangan airmata itu,,
kemudian,diikuti dengan pelukan daripada seorang ibu yang penuh dengan
kasih terhadap anaknya,...membuatkan lagi airmata itu tidak berhenti2 menitis,
meskipun ditutup dengan tembok yang besar..

sedang semua orang bersalam2 an.. abah pun berbaris untuk dengan ahli2 agensinya..
menuju ke tempat pelepasan..sementara  emak masih bersalam2 an ..
diriku yang cuba menutup kesedihan tersebut,
terlihat abah yang memandang penuh harapan kepadaku..
dengan naluri seorang anak yang terlalu menyayangi ayah dan ibunya, ana
berjalan,kemudian sedikit berlari anak kepada abah,,dan memeluk erat kepada abah sekali lagi.
pelukan kedua agak lama,, airmata ini menjurai jatuh ke baju abah.

Diri ini seakan2 tidak mahu melepaskan pelukan itu...tetapi..sesedih apapun  diri ini
ana harus merelakan jua diri ini,kerana abah dan emak ingin menuju ke rumah Allah..
mengerjakan ibadah.. Abah dan emak cuma memandang sa yu kepadaku,
maklumlah..anak bongsu yang tidak pernah ditinggalkan ,akan ditinggalkan selama dua
minggu... nampak sekejap,bagi diri ini ibaratnya dua tahun...yang akan ditunggu,,
lengan jubahku,habis basah lencun dek air mata itu...begitu juga adik beradikku yang lain...

abah dan emak cuba sedaya upaya menahan sebak mereka...tetapi,dapat kami rasakan
kesedihan mereka itu... pada hari jumaat ,hari penuh barakah ..mereka telah pun berangkat ke
Madinah dan seterusnya Makkah..untuk menghadap Allah Azza Wajalla..

Harapan kami hanyalah semoga mak dan abah sentiasa dilindungi ,dan dipelihara di bawah lembayung Rahmat Allah Swt..dan semoga ibadah yang dilakukan mereka,diterima disisi Allah..
Amin yang Rabbal Alamin..

Hanya yang mampu tuk kulafazkan........  Ana merinduimu.....
terasa mat jauh diri ini.. kerna kau tiada di sisi..bergenang airmataku...
bila terkenangkan wajahmu.

BARAKALLAH....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan