Orang Zuhud dikasihi Allah taala. Daripada Abu al-'Abbas Sahlu ibn Sa'ad al-Saa'idie r.a. beliau berkata: Seorang lelaki telah datang menemui Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah! Tunjukkan daku suatu amalan yang apabila aku lakukannya, aku dikasihi oleh Allah dan dikasihi oleh manusia. Baginda bersabda: Zuhudlah engkau terhadap dunia, nescaya Allah kasihkan engkau dan zuhudlah terhadap apa yang ada pada manusia, nescaya manusia akan mengasihimu. (Hadis riwayat lbnu Majah)
Rabu, 12 Disember 2012
Maaf pengikat silaturrahim ^_^
Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Menggasihani)
Setinggi-tinggi pujian hanya untuk-Nya,yang sentiasa ada untuk para hamba-Nya.
Andai hamba-Nya melakukan dosa dan meminta ampun ,Dia sentiasa memaafkan dosa yang dilakukan
oleh hamba-Nya..Andai dugaan datang menghimpit diri kita,bukanlah bermakna Dia tidak sayang pada
kita, namun, dia hanya ingin mengetahui tahap kecintaan dan keimanan kita pada-Nya,
atau kadangkala dia rindu ingin mendengar rintihan kita..Allahu Robbi...
Selawat serta salam yang tidak terhingga ditujukan buat kekasih Allah,NabiMuhammad SAW..
Pengorbanannya sungguh menyayat hati, sayangnya baginda pada kita umpama ibu yang sentiasa menyayangi anaknya..subhanallah..
-Allahumma solli ala sayyidina Muhammad waala alihi wasohbihi ajmain -
Allahu akbar.... ^_^
Tidak lupa juga kepada para pembaca yang sudi menziarahi blog ini...
Assalammualaikum warohmatullahi wabarakatuh..
Bagaimana dengan hati kita hari ini? sihat ?Semoga kita sentiasa diberi petunjuk oleh-Nya..
Allah...lama sungguh rasanya ana x " update "blog ni ye?
kurang lebih hampir sebulan jugalah rasanya..hurmm, sebenarnya,Ana ni x pandai manepun nak menulis2 ni..Ana buat blog sekadar ingin berkongsi ilmu dan bercerita ..
Apabila ana menziarahi blog2 yang ana follow.. rasa seperti ana ni bukan blogger sahaja..
Mereka semua sudah banyak post2,beratus2..sedangkan ana barulah dua puluh lebih.. hehe..
Ana nak kata sibuk, xdelah sibuk sangat..mungkin ana x berapa sesuai menjadi blogger.
Kerana itu,ana minta maaf sebab kadang2 ana lambat update, post sikit atau sebagainya..
Sebut mengenai maaf,tajuk kali ini , adalah "maaf pengikat silaturrahim "
haa.tiba2 ana rasa nak buat tajuk ni.sebab ape? sebab.. ana bersyukur sangat,zaman sekarang ini
masih ramai lagi umat islam yang suka meminta maaf atas kesalahan yang dilakukan.
Bukanklah bermakna ana suka orang buat salah , tapi ana suka budi bahasa yang dilakukan
oleh mereka hari ini..
ermm,tapi kadang2 tu.. xde salah pun,orang minta maaf ..pelek kan?? mesti kadang2 kita pun pernah buat..
Ana suka lihat suasana "meminta maaf"..
hah?camana tu???
maksud ana, suasana orang2 meminta maaf..
kita dapat lihat disitu, ukhuwah boleh terjalin dan silaturrahim juga semakin rapat..
Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah an-nisa':
“Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silatur rahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (Surah an-Nisaa’, 4: 1)
Cuba bayangkan situasi ini:
Ada orang langgar kita daripada belakang, kita pun terjatuh.. kemudian orang itu bantu kita bangun
dan meminta maaf..agak2 kita marah x dia ?? x kan? rasa sejuk je hati bila orang tu minta
maaf..
Kita pula janganlah asyik menunggu orang lain minta maaf kat kita..
jangan sesekali kita rasa diri kita ini lebih baik daripada orang lain..
kita ni pun x terlepas daripada melakukan kesalahan..
Pada masa yang sama, jangan pula kita rasa diri kita ni terlalu teruk berbanding orang lain..
x salah untuk merendah diri,
Tapi janganlah terlalu merendah diri,nanti orang rimas...
ibarat apabila kita terlalu berhati2 membawa
kereta (slow), orang belakang pun langggar..<--ayat ni ana pernah cakap kat seseorang..hihi
erm..baiklah..
Ana rasa cukup untuk perkongsian kali ni..nanti kita jumpa lagi ye..insya-Allah..
Assalammualaikum warohmatullah ^_^
Barakallah..
Isnin, 19 November 2012
Allahu Robbi..
Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani)
Segala puji2 an ditujukan buat-Nya,tiada yang layak disembah melainkan-Nya yang Maha Berkuasa
serta Maha Penyayang.Nikmat yang dikurniakan-Nya umpama air sungai yang deras
alirannya..Subhanallah,betapa banyaknya nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada
kita,tidak terhitung ..bahkan,tidak mampu untuk kita membalasnya.
Selawat dan salam buat junjungan terbesar dan tercinta..bahkan dia digelar kekasih Allah..
dia ialah Nabi Muhammad SAW. Indah sungguh nama baginda,indah lagi keperibadiannya.
Siapa yang mengetahui pengorbanan baginda yang suci dalam menyampaikan dakwah,
pasti akan menitis airmatanya..Allahu akbar..
Allahumma Solli Wassallim ala Sayyidina Muhammad waala Alihi Wasohbihi Ajmain.
Seterusnya.tidak asing lagi..salam dihulurkan ..
Assalammualaikum Warohmatullahi Wabarakatuh kepada para pembaca
sekalian.Semoga anda semua sentiasa dalam lindungan rahmat-Nya.AMIN.
Ana harap anda semua juga sentiasa sihat..agar mudah utk kita melakukan ibadah pada-Nya.
Kepada yang sakit atau tidak berapa sihat, bersabarlah..
sakit itu penghapus dosa..Allah Maha Baik, Allah sayng pada Hamba2-Nya yang bersabar
dengan ujian-Nya.
Baiklah, utk post kali ni..Ana cuma ingin memberi sedikit nasihat atau peringatan buat diri kita ini..
khususnya diri ana yang lemah ini..
Apabila kita ditimpa musibah..kita sering mendengar orang kata :
mengadulah pada Allah
Tidak dinafikan,sungguh benar kata2 itu, tetapi..kita harus ingat..
Mengadu atau mengingati Allah bukanlah hanya pada waktu kite sedih,ditimpa musibah
atau sebagainya..Tetapi,mengingati Allah adalah sepanjang masa..
Tidak kira kita senang ataupun susah..
Tapi,kita ini sering lupa,bahkan perkara yang berlaku semalam pun
belum tentu kita ingat 100 peratus..kadangkala pada waktu susah sahaja kita
mengingati Allah.
Ibaratnya... seorang kawan yang menggunakan kawannya.
apabila,masalahnya selesai, die bergembira dgn org lain..tetapi
apabila susah, dia kembali kepada sahabatnya tadi untuk bercerita,mengeluh dan sebagainya,
Astagfirullahalazhim..
Ana berkata begini,bukanlah bermakna ana tidak pernah ditimpa musibah,
masalah dan sebagainya, ana faham ...apabila seseorang itu sedih,dia memerlukan
seseorg utk mengadu..Ana juga pernah melalui perasaan begitu..
Justeru mengadulah pada Allah..kerana ,sebenarnya..ujian yang ditimpakan kepada kita
datangnya drpd Allah..Jangan sesekali kita bersangka buruk terhadap Allah..
Allah beri kita ujian, kerana ingin lihat tahap keimanan kita..Allah juga
rindu ingin mendengar rintihan kita kepada-Nya..
Kadangkala,apabila kita senang..berdoa pada Allah pun, kita jarang..
Allahu akbar...
Hidup di dunia ini, 'umpama exam" ..(macam exam2 kat sekolah tu)
Sekiranya kita berusaha menjadi hamba Allah yang Taat,melakukan perintah-Nya,
mengabdikan diri pada -Nya..Mngikut sunnah Nabi-Nya..insya-Allah..
kita pasti akan mnjdi org2 yg beruntung..atau berjaya.
Orang yang berjaya,tentu sekali ada hadiahnya..dan..
Hadiahnya ada diakhirat sana..iaitu Syurga ..
Subhanallah,..itu sahaja untuk post kali ni.. ^^,
Terima kasih kerana meluangkan sedikit waktu untuk membaca post ini..
Allahu Robbi..
Wassalammualaikum Warohmatullahi Wabarakatuh.. Barakallah
Isnin, 5 November 2012
Kasihnya Allah kepada kita
بسم الله الرحمن الرحيم
Puji-pujian keatas Allah SWT, tuhan yang telah menciptakan kita sebagai manusia,yakni sebaik2
ciptaan, dan yang sentiasa melimpahkan rahmat-Nya kepada kita .Allahu akbar.
Selawat dan salam serta rindu yang tidak terkata dicurahkan kepada Nabi Muhammad SAW,
Sungguh sucinya pengorbanan baginda ibarat buunga yang sentiasa mekar dengan bauan yang semerbak harum.
Tidak lupa juga,kepada para pembaca yang sentiasa dikasihi Allah sekalian,
Assalammualaikum warohmatullahi Taa'la Wabarakatuh.
Kasih ibu membawa ke syurga ,kasih ayah sepanjang masa,
itulah kata2 yang sering kita dengar sama ada di facebook, blog2 atau sebagainya.
Namun, lumrahnya ..kite sering lupa .Lupa pada apa? Lupa pada kasihnya Allah kepada kita.
Kenapa kita boleh jadi begini? kerana , kita sibuk dengan keasyikan duniawi
sehingga terlupa kepada Allahu subhanahu wataa'la.(nauzubillahmin zalik)
Apabila ditanyakan kepada kita, apakah nikmat yang Allah berikan kepada kita?
Allahu akbar....terlalu banyak sehingga tidak dapat kita hitung..
mari ana senaraikan serba sedikit..
Nikmat akal,iman,islam,bercakap,bernafas,berjalan,memegang,melihat, sihat dan sebagainya..
Tetapi, kita sering menyalah gunakan nikmat itu dan tidak bersyukur kepada Allah SWT.
Apabila kita melakukan kesalahn, ada orang tegur,kita mulai memarahinya.kerana
kita malu.
Ingatlah, jangan kita malu dengan teguran,bahkan bersyukrlah kerana
masih ada lagi yang menegur kita..kenapa ana berkata begitu ?
Baiklah, cuba lihat semula kata2 ana tadi, "bersyukurlah kerana masih ada lagi yang menegur kita"
Seandainya,tiada seorang pun yang menegur kita , kita pasti berterusan melakukan
dosa2 tersebut..Kenapa ana kata bersyukur? kerana Allah telah mengizinkan orang itu
menegur kita kerana Allah masih sayang akan kita..Subhanallah...
Betapa kasihnya Allah pada kita..
Erm..jujur ana kata..ana agak sedikit tidak selesa di fb..terlalu banyak
post2 mengenai cinta pd manusia, Tidak dinafikan , perkara itu adalah lumrah,,Namun,
terlalu banyak post mengenai itu .Bukan nya ana ingin melarang, tapi,.ana rasa belum tiba masanya lagi
untuk mereka membicarakan hal tersebut,kerana kebanyakan yang post
daripada kalangan remaja.Bagi pendapat ana, pada usia muda ini,
marilah kita mengejar cinta Allah dahulu, apabila sudah tiba masanya, tentu
kita akan bertemu juga dengan orang yang telah ditentukan oleh
Allah SWT.
Marilah kita merenung dam menyelami jiwa kita sendiri,
Apakah kita sudah bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah?
Adakah kita sudah mendekatkan diri kepada-Nya?
Adakah kita telah menggunakan nimat yang dikurniakan Allah kepada kita dengan
jalan yang benar?
Terlalu banyak persoalan...
Ketahuilah, Allah itu sentiasa menyayangi hamba2-Nya ..
Barakallahufikumm..wassalammualaikum warohmatullahi wabarakatuh..
Ahad, 4 November 2012
Kebahagiaan hakiki...
بسم الله الرحمن الرحيم
Maha suci Allah,tuhan sekalian alam ,yang sentiasa mengasihi hamba-Nya,
semoga kita sentiasa dibawah lindungan rahmat-Nya,Biiznillah..
Selawat dan salam ditujukan kepada Nabi Muhammad SAW yang tercinta,
terlalu banyak pengorbanan baginda .
kasihnya sukar dihitung sehingga di akhir hayatnya baginda masih mengingati umatnya..
-Allahumma solli wasallim ala sayyidina Muhammad waala alihi wasohbihi ajmain.-
Assalammualaikum warohmatullahi taala wabarakatuh kepada para pembaca
yang dikasihi Allah taala sekalian, ape khabor ? sebelum ni jowo,haa...ni perok pule..
ana sebenarnye susah sikit ckp perok ni, terherot-herot rse mulut..hi2,
xdelah..ana gurau je...(takut2 ade pule org perak yang bce ni..cover2..) ...(✿◠‿◠)
Baiklah,kali ni...terdetik pule di hati ana ingin berkongsi mengenai kebahagiaan hakiki.
Bahagia?..erm..ana teringat pule dialog2 ni, mase ana di surau sekolah baru2 ni..
" aaaa....bahagianye aku arini "
" waaa...tau x? tadi aku ternampak si dia..aa...heaven .."
He2,kadang2 ana rase nak ketawa je kat situ, tapi ana tahan.
maklumla ,kenelah cover.(^^,)
apabila sampai je rumah...ana terfikir ..orang selalu kate, bahagia...
ana pun kadangkala keliru ni... betul ke itu yang dinamakn bahagia yg sebenr?
Justeru,mari kite mengupas topik ni ,
baik, Baru2 ni juge,ana masuk ke dalam kereta, pstu, abah ana pasang satu lagu,
hakikat bahagia-UNIC..
serba sedikit bait2 nya berbunyi..
" Bahagia itu ada dalam diri
kesannya zahir rupanya maknawi
terpendam bagai permata di dasar hati"
Sebenarnye tajuk hari ni ana terbalikkan je, hakikat bahagia jadi kebahagiaan hakiki..^^,
Apa yang ana rasa, bahagia yang mungkin segelintir orang selalu kate, macam dialog di atas tadi, mungkin sebab apa yang x dijangka atau perkara yang diharapkannya berlaku
..
Contoh : kite nak sangat, makan nasi beriyani gam, tup2 ade kenduri kahwin undang keluarge kite...
haa..mesti masa tu rasa dunia ni kite yang punye kan?.
Tapi..kebahagiaan yang ana nak kongsi harini mengenai kebahagiaan zahir dan batin.
kebahagiaan yang ana maksudkan kat sini ialah KETENANGAN..
Bagaimana kita ingin tenang?
Dekatkanlah diri dengan Allah SWT. itulah jawapannya.
Seperti bait2 nasyid tadi,
Kebahagiaan ini terletaknya dalam hati, rupanya adalah maknawi dan kesannya dapat dilihat pada zahir seseorang.
Mari ana buktikan..
Semakin dekat seseorang itu dengan tuhan-Nya,maka semakin tenanglah hati seseoran itu,dan ini bertepatan dengan firman Allah SWT :
"Ingalah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram"
(Ar-Ra`d:28)t
orang yang tidak tenteram dengn Allah ,percayalh di psti tidak akan
tenterm dengn sesiapa pun.
Sering kite dengar,
" saya ada kereta besar,rumah besar,tapi hati saya kosong ,saya x bahagia "
Jelas di situ, bahawa benarlah janji Allah itu,
Apabila ketenangan mula berputik dalam hati seseorang
maka kebahagiaan akan turut hadir dalam dirinya.
Ketahuilah, tidak kire kite muda atau tue,kaya atau miskin,
Yang Allah nilai kite adalah daripada segi ketakwaan hamba-Nya .
Justeru,tidak perlulah kite terlalu mengejar dunia,sehingga terlupa akhirat,
Allah sangat sayang pada hamba2-Nya yang sentiasa mengingati-Nya..
Marilah kite bersama2 mendekatkan dan mengabdikn diri pd-Nya, untuk meraih
kebahagiaan yang hakiki.
Barakallahufikum...Assalammualaikum warohmatullahi wabarakatuh..
jumpe lagi ye...insya-Allah..(✿◠‿◠)

Sabtu, 20 Oktober 2012
Bersangka baik.
Bismillahirrahmanirrahim, (✿◠‿◠)
Segala puji hanya bagi Allah yang maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Selawat dan salam atas junjungan terbesar ,Nabi Muhammad SAW..
Seterusnya, Assalammualaikum warohmatullahi taala wabarakatuh para pembaca sekalian. (◕‿◕).
Kabare? .

haa..takut2 ade yang tak faham pula..Maksud ana apa kabar? he2,saje je bergurau .sekali-sekala.Gurauan kadang-kala membawa kegembiraan,namun jangan berlebihan.
Erm..baik2, hari ni,post kite mengenai sangka baik..Sangka baik pada siapa?
haa...kite kenela bersangka baik,sama ada pada Allah atau manusia.
Oh ye,sebelum tu, alhamdulillah..ana da habis menjalani PMR ,beberapa hari lalu..pada hari selasa
16 oktober.
Baiklah,kite sambung balik ye..maaf.,ana ni banyak betul iklannye.✿◠‿◠
Apa yang dimaksudkan bersangka baik pada Allah?dan manusia?
Acapkali kite dengar, orang mengeluh dan bersedih.bahkan, kadang2 diri kite sendiri.
" Aduiy...kenapalah semuanya jadi camni?... "
"kenapa result aku ni terok sangat? "
kenapa..kenapa..dan kenapa...
Seolah2 kite tidak redha dengan apa yang ditentukan oleh Allah..
Cube kite tukar dialog tadi kepada ini :~
" Alhamdulillah,Allah masih sayangkan Aku, kerana ingin menguji tahap keimanan ku pada-Nya "
" Alahmdulillah,mungkin result ini adalah yang terbaik bagiku, aku redha dan aku yakin pasti
ada hikmah disebalik ini"
hmm..kan sedap didengar..Bagaimana pula ingin bersangka baik pada manusia?
Andai kate ada seorang sabotaj kite nye keje atau orang sepak kaki kite,
kite sering kate, " heish, saje je, x kanla x nampak kot kaki org kat sini"
tak pon " aduih,mesti die ni yang saje je rosakkan laptop aku"
cube tukar kepada ....
" Eh xpe...mungkin die betul2 x nampak kaki aku tadi..salah aku juge letak kaki kat situ"
" Ya Allah, rosak pule laptop aku,ni mesti sebab aku asyik main game"
Alangkah indahnya,andai kite sentiasa bersangka baik.(◕‿◕). .Kadang-kala, kite sering
berasa susah untuk melakukan sesuatu kebaikan, takut org kata hipokrit dan sebagainya..
Ingatlah...kite jangan lakukan sesuatu itu kerana org lain,namun lakukanlah kerana Allah.
Sekiranya kite lakuakan demi org lain,kite akan rase org selalu pandang kite,namun,kalau kite
lakukan kerana Allah, kite x kan fikir kate2 org..Ketauhilah, perkara yang kite anggap susah itu,
kerana kite tak biasa melakukannya..
Cube kite lakukan sedikit demi sedikite..insya-Allah, Allah akan bantu sekiranya kite lakukan ikhlas
kerana-Nya, Ana nasihat kan anda semua dan khususnya diri ana.
Marilah kite lakukannya bermula daripada hari ini. jangan risau,kite ada Allah,kite boleh!
umat islam sentiasa boleh..^^,
Insya-Allah,ini saja utk post kali,kite jumpe lagi ye.Biiznillah...
barakallah..(✿◠‿◠)
Khamis, 13 September 2012
( ^_^ ) Alhamdulillah..
Huh....alhamdulillahi rabbil alamin...erm, post kali ni cumalah serba sedikit cerita yg ana ingin
kongsikan dengan anda semua sahaje..hihi..Hari ni sedikit penat ,mungkin kerana perjalanan
semalam yang sangat meletihkan..subhanallah..
Baiklah, sebelum tu, ana nak minta maaf kepada para pembaca sekalian..kerana lebih kurang 3 bulan juga
ana x update blog..mesti kadangkala rasa boring juge kan?..hehehe..
Ok2, sebenarnya..hari ni ana bersyukur sangat kerana hari ni merupakan ulangtahun ana.pada mulanya
ana juga x ingat..tapi,selepas ayah ana wish..bru lah ana tersedar..Ana bersyukur kerana Allah masih memberi ana untuk menghirup udara ,dan untuk membanyakkan lagi amal ibadah pada-Nya.
Ana juga berterima kasih sangat dengan rakan2 ana, dan org yg mengenali diri ana kerana
telah wish dan mendoakan ana pada hari ini.. oh ye,tadi an...
kat sekolah ana,ada orang tu, hentak2 kaki die kat kucing..
Ya Allah..kesian sangat kucing tu..dia seperti terkejut lalu tersentap dan hampir tersungkur...hihi
over pule ana ni..Ana cuma ingin kate...kalau kita ni x suke kucing atau ape2 pun haiwan..janganlah kite
aniayainya, haiwan2 tu x bersalah...mereka tiada akal untuk berfikir walaupun mempunyai otak..
Ana rasa,dah besar nanti...ana nak buat satu pertubuhan la..rasanya ingin membuat satu pertubuhan
perlindungan haiwan2 terbiar..ana kesian lihat kucing dikerat telinga nya,dibaling..Ya Allah,
apa nak jadi dengan manusia sekarang. kucing mencuri ikan,dipotongnya kaki kucing tu.
Sedih ana lihat zaman sekarang ni.
Kucing tu,mencuri mungkin adalah satu sebab, supaya menjadikan kite ini menjadi pemurah..
misal nya, kalau ade kucing masuk rumah, kita marah die,libas die, takut die mencuri ikan..
sedangkan kita yang kedekut untuk tidak memberi makanan kpd kucing2 tersebut..
Haiwan2 tersebut,mencuri kerana lapar...tapi kita? kadangkala bersifat kedekut .
nauzubillah..
ermm...tapi..hihi..entahla ..ana kalau kucing,ana sayang sangat..tapi..kalau lipas..
huu....kalau boleh,ana nak jerit je kalau nampak....haha..ana geli ke ape tah..ana pun x tau..hehe
Tadi,masa ana baru balik daripada surau..tiba2 ana nampak lipas besar sangat.!..terkejutnya ana..
subhanallah...kalau boleh,nak je ana lari ,terus balik rumah..hihi..
Semua haiwan yang tiada kaki,ana x bole sikit.hee~ ana takut, bukannya ana bunuh,ana lari..
Semua haiwan yang tiada kaki,ana x bole sikit.hee~ ana takut, bukannya ana bunuh,ana lari..
hehe, ana pun x tau nape ana x lari.padahal,kadang2 haiwan tu berbisa..
kui3..baiklah..kita sambung lain kali ye...insya-Allah..^^,
ape2 pun ..sayangilah binatang..jgn sesekali menganiayainya...BARAKALLAH...(^^,)
Ahad, 29 Julai 2012
Ramadhan Karim..
بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji bagi Allah .Selawat dan salam ke atas junjungan terbesar ,Nabi Muhammad SAW.
Assalammualaikum warohmatullahi taa'la wabarakatuh,para pembaca sekalian.
Alhamdulillah..lip lap lip lap...ramadhan kembali lagi. Syukur ilallah..dapat lagi kite merasai
bulan ramadhan ini. Dapat lagi kite pergi ke masjid,dengar tazkirah ,berjemaah dgn imam..subahanallah..Baiknya..Allah.
Erm..ana pun dah nak trial PMR da ,Rabu ni..insya-Allah..
Seram juga...he2, doakan ana...Biiznillah,ana akan buat yg terbaik...
Baik,kembali kepada tajuk post kite kali ni..mengenai ramadhan..
Bulan Ramadhan adalah bulan yg penuh dengan barakah. Disini, ana ingin berkongsi dengan
anda semua, mengenai tazkirah yg ana dengar di Masjid.
Tazkirah yang paling menusuk qalbu,adalah apabila seorang mua'laf dri Sarawak .
Beliau ada mengatakan : "Anda harus bersyukur,kerana anda dilahirkan dalam keadaan
Islam,lahir2 shja ,terus dilaungkan iqamat.Tetapi tidak seperti saya,Namun,saya bersyukur kehadrat ilahi,akhirnya,saya dapat memeluk agama yang fitrah lagi suci ,iaitu agama Islam".
Ana terfikir, subhanallah...kadangkala kite ini leka dgn keasyikan duniawi sehingga lupa utk
bersyukur atas nikmat-Nya,dan yg lebih parah,apabila kite lupe kepada-Nya.(Nauzubillah min zalik).
Ustaz ana ,pernah beritahu kelas ana, ahli2 sufi, sesaat tidak mengingati Allah,mereka berasa sangat berdosa...Allahuakbar..
Bagaimana pula keaadaan kita..?Ya Allah,ampunilah dosa2 kami..amin.
"Bulan Ramadhan adalah,di mana..kite sebgai seorang muslim, wajib berpuasa"
Puasa adalah menahan diri drpd makan dan minum di siang hari,
dan tidak mlkukan prkre2 yg boleh mmbatalkan puasa.
Dengan berpuasa, kite dapt membersihkan hati,besabar, dapat menundukkan nafsu dan macam2 lagi..Tapi..dengan syarat..kite kenelah berpuasa dengan ikhlas semata-mata kerana Allah.
Kalau kite ikhlas, insya-Allah ..lame kelamaan, sifat2 mazmumah yg ade dalam diri kite berkurangan,dan sifat2 mahmudah bertambah.
Ana pun,sebenarnya tak boleh lame2 sgt tulis ni..Jadi,maafkan ana sekiranya bahasa ana,tak sedap didengar, tak dapat diterima atau sebagainya..Mohon ditegur..
kerana Ana seorang hamba Allah yang lemah..
Akhirul kalam, marilah kite tingkatkan amal ibadah kite pada-Nya..Biiznillah,
kite berjuma lagi..Doakan ana ye trial ni..hihi...BARAKALLAH...
Assalammualaikum warohmatullahi taala wabarakatuh.. (^^,)

Langgan:
Catatan (Atom)

.jpg)