Jumaat, 22 Februari 2013

Redha penyinar kehidupan.



          بسم الله الرحمن الرحيم


Dimulakan dengan segala pujian bagi Allah SWT.Dialah 
yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.
Walaupun dosa kita seluas lautan.. Tetapi,luas lagi pengampunan-Nya,
Walaupun dosa kita setinggi langit,Tinggi lagi rahmat-Nya.Allahu Allah..
Apabila mengingati-Nya,hati semakin lama semakin tenang dan tenteram,
Segala keresahan  dan kesedihan hilang ,seperti debu2 yang beterbangan ditiup angin yang
Nyaman..


Selawat dan salam buat junjungan terbesar,Nabi Muhammad SAW.
Kasih sayangnya amatlah dalam,sedalam lautan yang sukar digambarkan..
Walaupun tidak pernah bersua, tetapi hati ini rasanya berbunga2 ketika mengenangkannya..
Allahumma Solli ala sayyidina Muhammad Waala aalihi Wasohbihi ajmain.

Amma ba'du, Wahai Para pembaca yang dikasihi Allah Taala sekalian,
Assalammualaikum Warohmatulahi Wabarakatuh. ^^,

Kaifahaluk? arjuki/ka fi sihhati daaiman. 
(Apa khabar? saya harap saudara/saudari berada dalam
keadaan yang sentiasa sihat) insya Allah.

ermm,rasanya lama sungguh ye..ana x tanya khabar anda semua, x update,maafkan ana.
walaupun ana sendiri tidak tahu,sama ada ..adakah yang melihat blog ini atau tidak,
tetapi,jauh di sudut hati ana...

ana rasa nyaman dan sekurang2nya terlepaslah sedikit bebanan jiwa ana.
Nasihat itu ibarat minuman kita.kita ini mudah haus,dan
 memerlukan air untuk menghilangkan dahaga.
Walaupun kadangkala,kita nasihatkan diri kita sendiri,
Ana rasa,itu tidak menjadi masalah.sekiranya kita menasihatkan diri kita dan  bermuhasabah
dengan apa yang telah kita lakukan..

Baiklah,insya Allah..tajuk kali ini,mengenai redha.
Redha ini,mudah diungkapkan,tetapi..sukar dilakukan.
Ia bukanlah perlu dinanti,tetapi harus dicari.


Redha tidak sama dengan pasrah.
 Ketika sesuatu yang tidak diinginkan datang menimpa, 
kita dituntut untuk redha. Dalam pengertian kita meyakini 
bahwa apa yang telah menimpa kita itu adalah takdir yang telah Allah tetapkan,
 namun kita tetap dituntut untuk berusahaIni sebagaimana diisyaratkan Allah dalam firman-Nya,
 ”Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepada-Nya.” (QS 98: 8).


Kata Al-Fadhil,ustaz DR. Zulkifli Mohamad Al- Bakri mengenai redha :
Redha ni,kita menerima segala ketentuan Allah terhadap kita.

Kita sering terlupa, apabila ditimpa musibah..kita menjadi "down" ,stress, dan seterusnya
berputus asa.Sedangkan sifat seorang mu'min itu ,tidak mudah berputus asa dengan rahmat Allah
Taa'la. Seberat manapun ujian itu, semuanya telah diatur oleh Allah Taa'la.
Orang mu'min,apabila didatangkan musibah atau ujian, mereka menghadapinya
dengan penuh tenang dan gembira.Kerana mereka yakin,Allah itu sentiasa bersama
mereka.

Kadangkala Allah menimpakan sesuatu kesusahan itu,untuk menghapuskan dosa2 kita 
atau untuk menguji tahap kecintaan kita pada-Nya..dan kadangkala..Dia RINDU
mendengar rintihan dan tangisan sedu-sedan kita kepada-Nya.Mungkin kita tidak sedar,
seandainya kebahagiaan dibiarkan berterusan kepada kita dengan nikmat2,tentu kita
akan lupa diri dan lupa untuk merintih lagi pada-Nya.

Nikmat itu juga merupakan ujian,iaitui apabila diberikan nikmat yang banyak,
adakah dia bersyukur? adakah lagi dia mengabdikan diri kepada Allah?  
Usahlah khuatir andai tiada orang  yang ingin mendengar kita, 
mungkin disitu,kita harus berlajar erti sabar.dan ingatlah kita sentiasa ada Allah Azza Wajalla..

Segala dihati ana ini,rasanya ingin sahaja ana ambil dan letaknya jauh2..kerana 
ana rasa sukar ..ana ingin menjelaskannya pun,terasa sukar sekali..
Sabarlah duhai hati,kuatkan diri,tabahkan jiwa, ingatlah..Kita ada Allah,dan berusahalah
membahagiakan orang lain..
apa yang ana mampu katakan..
kita harus berlajar erti Redha. Mungkin seseuatu kesusahan itu hadir dalam diri kita,
untuk mentarbiyah hati kita agar redha dengan ketentuan daripada Allahu Subhanahu Wataala.

Oh ye, isnin ini,insya Allah..ana akan ber syarahan Bahasa Arab. Allahu Akbar..
seminggu akhir,bru ana masuk..isnin ni dah nak bertanding..ana mohon doa daripada kalian.
agar dipermudahakan segala urusan. Biiznillah.. ^^,

Assalammualaikum Warohmatullahi Wabarakatuh.


Rabu, 13 Februari 2013

Ampuni Aku..

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan Nama Allah yang Maha pemurah,lagi Maha Mengasihani.
Dialah yang Maha Pengampun terhadap hamba2Nya..
danhanya pada-Nyalah yang layak disembah..Tuhan sekalian alam.

Selawat dan salam buat junjungan terbesar,Nabi Muhammad SAW..

Ya Allah... aku mohon ampun pada-Mu ya Robbi,
ampunilah diriku ini,aku sedari..banyak dosaku..
Apakah yang telah aku lakukan ...sehingga sahabatku menjadi kecil hati begini?
sudah terlewat untukku meminta maaf daripadanya..
niatku..cumalah..ingin menasihatinya. bukan memarahinya..
sudah ana gunakan bahasa yang lembut untuk menegurnya..
Ya Allah...bukakanlah hatinya untuk memahami apa yang ingin ku sampaikan..
Ampunilah diriku ini ya Robbi..



Ahad, 3 Februari 2013

Kuatkan diri,Tabahkan hati.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.



Maha Suci Allah,Tuhan yang layak disembah..Dialah yang mengurniakan nikmat
pada kita, sentiasa ada bersama kita..Cuma,kita ini sahaja..sering lupa
dengan nikmat-Nya,Allah...... Astagfirullah.
Selawat dan salam buat junjungan terbesar,Nabi Muhammad SAW..
Beruntungnya kita mendapat Nabi Muhammad, itulah anugerah daripada Allah..
Allahu akbar..اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ .


 Assalammualaikum warohmatullahi wabarakatuh..
Wahai para pembaca yang dikasihi Allah, Apa khabar keadaan anda semua?
Ana harap,semuanya sihat walafiat dan sentiasa dilindungi Allah SWT.

Allahu Akbar.. Esok, Isnin 4 Februari 2013,merupakan hari perpisahan
 ana dan sahabat2 ana..Bohonglah ..andai ana tiadak berasa apa2 
dengan pemergian mereka. Astagfirullahalazim.. alangkah pilunya hati ana ,
 hibanya rasa.. Kesedihan pula menyinggah di jiwa.
Hanya kesabaran,keredhaan dan ketabahan yang harus ana perkuatkan dalam diri ini.
Pada mulanya, tidak sangka juga ana dapat samttaj, pelik rasanya..
alangkah gembiranya mereka,apabila dapat tahu kami semua,
8 Sahabat dapat berjuang bersama2 di sekolah baru..
Namun, kegembiraan mereka itu sementara sahaja pada waktu itu.
 Kerana ana tak sampai hati nak bagitahu
bahawa ana tidak boleh menyertai mereka sekali..Kejamnya diri ana waktu itu..
Ya Allah..ampunkan aku ya Allah..

Walau bagaimanapun, realiti harus dinyatakan, tiba harinya,ana pun khabarkan pada mereka..
Sedihnya sahabat ana waktu itu.. ana tak tahu nak buat camana.. tetapi,alhamdulillah dia dapat terima
sebab mengapa ana tak nak pergi.Bukanlah sebab tidak mahu, tetapi banyak sebabnya..

Ramai yang bertanya : Zahidah,nape ni? cakap lah..
                                   Alaa bedah... nape? sebab terpakse ke? pujoklah mak ngan ayah bedah.
                                  Za,ceritalah.. za ade problem ke?? 
                                  Dot, jomlah sekali, kenape ni...??
                                  zahidah,awk kenape?xpe..teacher still ade kat sini. 

Dan banyak lagi orang yang tanya...Baiklah,
ana akan jawab semuanya itu..walaupun mungkin mereka tidak tahu ana tulis perkara ini,
tetapi, jujur..inilah sebab2 mengapa ana tak nak pindah..

1. Kalau boleh ,ana tak nak menyusahkan mak dan ayah ana.
2. Siapa nak jaga mak ayah ana? mereka semakin lanjut usia, tak sampai hati rasanya..
3. Dah banyak kali guru ana tanye, masa tu ana kata mungkin ana stay, dan sepertinya dia 
    berharap. tak mungkin ana tidak kotakan janji ana..
4. Subhanallah..banyak tanggungjawab ana kat sekolah ni.. 
   Pen.ting ,bendahari KRS,bendahari Persatuan..berat2 sumenye.... 
   x kan ana nak lepas tangan dan tinggalkan tanggungjawab ana begitu sahaja..
5. Ana buat keputusan ni,bukanlah ana fikir gitu2 sahaja...
    ana dah fikir masak2,alhamdulillah..ana dah buat istikharah,
     mengenai Samtkkb,dan sekolah tu penuh,nampk nye takde rezeki ana disitu.
     dan mak ana hanya merestui andai ana pergi situ je,sebab kat situ,
     ada kak long ana,kak ngah..bole mereka tengok2 an ana..
6. siapa nak jaga bulat? die tinggal seekor je..ayah die dah tiada,
     mak nye pun,adiknya hilang...kasihan dia..

Banyak perkara menyebabkan ana tak boleh pergi, xpelah....
 walaupun kali ni ana terpisah dengan sahabt2 ana,tetapi.
.ukhuwah yang kami jalinkan dengan erat ini,insya-Allah tidak akan terputus..biiznillah..
Jumaat , adalah hari sedih bagi kami, kami berpelukan dan mohon maaf... sedih..sangat ya Allah..
Kuatkanlah hatiku ini .

Ya Allah,peliharalah sahabat2ku ,,kaum mulimin muslimat,
mu'minin wal mu'minat..di bawah lindungan rahmat-Mu..Kukuhkanlah
tali ukhuwah kami ini di dunia dan di akhirat.

Aaaminn ya Rabbal alamin.... Maafkan ana ...wahai sahabat2ku....ana sayang anda semua kerana Allah..

Jumaat, 25 Januari 2013

Ya Rasulullah...

Bismillahirrahmairrahim..


keindahan dan kecantikan alam ini, adalah daripada kekuasaan-Nya, hanya kepada-Nyalah 
yang layak disembah.Dialah Allah SWT, yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
sesungguhnya segala pujian hanyalah untuk-Nya..

Selawat dan salam buat junjungan terbesar,Nabi Muhammad SAW.
seorang yang tidak asing lagi,pengorbanannya tidak terkata,keperibadiannya menyebabkan kita
jatuh cinta,sungguh mulia akhlaknya..dialah Kekasih Allah SWT.
Aku hanyalah manusia biasa,malu rasanya ingin mengatakan cinta kepada dia Kekasih Allah..
kerana dia insan mulia ,sedangkan diriku insan biasa...Allahu robbi...
Allahumma solli wasallim ala sayyidina Muhammad,waala alihi wasohbihi ajmain.

Apabila terkenang akhlaknya yang baik hati,pemaaf,murah senyuman dan lain2
hatiku ini rasanya berbunga2...pada masa yang sama
rasa sedih menyergah jiwa.. apakah akhlak pada diriku ini sudah meneladani Rasulullah?
ataupun belum? Allahu akbar.. pabila mengenang perngorbanan baginda buat ummatnya..
Tambahan pula,apabila terkenang saat kewafatannya.. Baginda berkali-kali menanya jibril a.s
berita gembira selepas kematiannya.. sehinggalah jibril menjawab, ''Jangan risau 
wahai Muhammad,Allah berfirman,Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' 

Ya Allah.... dalamnya cinta nabi pada kami..kami mohon ampunkan dosa kami ya Allah,
tempatkanlah baginda di tempat yang tinggi yang telah Engkau janjikan...
Sesungguhnya Engkau Maha pengampun lagi Maha Pengasih..
Ya Rasulullah..kami rindu...  padamu...

Ulama' mengatakan andai seluruh kerinduan ummat dikumpulkan,
masih lagi belum dapat menandingi kerinduan dan kecintaan Rasulullah pada kita.
Allahu akbar... 

Jujur diri ini mengatakan, semalam adalah hari yang sangat...........bahagia dalam diri ini..
kerana pertama kalinya keluarga ku berselawat bersama2 sambil berdiri selepas 
solat berjemaah pada waktu maghrib dan mem baca yassin .. jujur,
Ana rindu sangat suasana sedemikian. syahdunya suasana begitu... 
berselawat.... sebak...hiba... semuanya menyinggah di jiwa..
Rasulullah pernah menangis sewaktu baginda mengatakan, "saudaraku adalah
orang yang tidak pernah melihatku...tetapi sangat merinduiku.."

Subhanallah...... 
Ya Allah, golongkanlah kami dalam golongan yang merindui dan mencintai
Rasul-Mu..
aamiinn...ya rabbal alamin.
Sesungguhnya yang kami dambakan adalah cinta-Mu,kerana cinta kepada Rasulullah,
beerti cinta kepada Allah...

Allahumma solli wasallim ala sayyidina Muhammad waala alihi wasohbihi ajmain..
Menangislah seandainya diri merindui Rasulullah..Janganlah ditahan kerana keegoan..
dan bersyukurlah,kerana air mata yang keluar itu lahirnya daripada kerinduan dalam hati..
hati yang lembut..
Mengapa air mata itu harus ditahan daripada empangannya? biarlah ia... 
Tidak sia2 airmata yang jatuh kerana cinta dan rindu pada-Nya dan rasul-Nya..

Allahu Allah.....
Wahai para pembaca yang dikasihi Allah  sekalian, janganlah hanya mengingati Rasul pada saat ini sahaja..ingatlah dia sentiasa.. cinta pada Rasulullah beerti cinta pada Allah..









Selasa, 22 Januari 2013

Indahnya ketenangan.

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum warohmatullahi wabarakatuh.




Setinggi2 pujian hanyalah pada Allah SWT, sesungguhnya semua nikmat dan ujian itu
adalah daripada-Nya. Nikmat daripada-Nya menguji kita, ujian daripada-Nya
adalah bukti kecintaan kita pada-Nya.Usah risau andai diri dijirus musibah,
Jangan lupa bersyukur dengan nikmat-Nya yang melimpah ,kerana kita ini manusia yang lemah,
sering alpa diulit keasyikan dunia,yakinlah Allah itu sentiasa bersama kita.

dia kekasih Allah, dia penawar hati,dialah Nabi Muhammad SAW..
perjuangannya sungguh hebat,cintanya pada kita, lebih lagi daripada cinta
ibu kepada anaknya. 
Allahumma solli wassallim ala sayyidina Muhammad ,waala alihi wasohbihi ajmain.

Saat kita sedang menulis, dia sedang melihat penulisan kita..kadangkala,tanpa kita sedari .
haa..dia itulah anada semua..iaitu,
para pembaca yang dikasihi Allah sekalian.. ^_^

Kali ni ,xde benda pun sebenarnya ana nak cakap,tulis dan sebagainya..
entahla..ana cuma rindu nak menggerakkan jari di lappy ni..dan di laman web
blogspot.com... hehe,Allahu akbar, sebenarnya nak share sikit,
bedasarkan pengalaman pagi tadi..Masa kat sekolah..tiba2 je
perut sakit.....sangat.. yang pelik tu,dalam kesakitan
boleh pula ana ketawa. ish2, ustazah ana gelak je tadi..malu2..

Bila dah kena macam tu, barulaha ana ingat balik..apela yang ana makan,
sampai sakit macamtu..rupe2nye ana makan sambal lomak cili api berapi rapi...
haa.. ya Allah... teruk benor ..ana baru ingat,sebelum ni
mak ana kate,kalau hari sekola,jangan makan pedas2,kang sakit sane,sakit sini..
ditakdirkan Allah,ana terlupa... maklumlah,ana ni raja pedas..danx ambil berat
ape yang mak ana katekan..las2t,kan dah sakit.. hehe

pengajarannya : 1) dengar kata ibu bapa

2) perasan x situasi ni? walaupun kadangkala orang nasihatkan kita,
kadang2 tu ,kita buat x kisah atau ambil berat sehingga menyebabkan kita lupa
kerana kita inginkan sesuatu itu.samalah juga dengan kehidupan kita,
ramai orang sekarang, nasihat kan kita..alhamdulillah..
tapi,kadangkala kita dengar2 camtu je..dan kita pun lupa akan nasihat dan teguran itu
menyebabkan padah pada diri kita nanti.. Allahu Akbar..

Justeru, janganlah ambil mudah atas sesuatu perkara itu,kita ni
mudah nasihatkan orang..tapi bagaimana pula dalam menerima teguran?
renung2kanlah..hati umpama raja dalam diri,jagalah ia,bajalah ia dengan kesucian iman,
siramlah ia dengan ketakwaan dan cinta pada Allah, agar ia sentiasa subur dan melahirkan
suasana yang tenang,indah dan damai... ohh ye, buku kat atas tu,terapi hati,
seriously,best.......sangat...walaupun x abis bce lagi..saje je nak share..sharing is caring tau..
okey..assalammualaikum warohmatullahi wabarakatuh. ^_^

Khamis, 10 Januari 2013

. Bahaya nya kata2.



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Alhamdulillahi rabbil alamin,wassolatu wassala mu ala asyrafil anbiyai wal mursalin,
waala aalihi wasohbihi ajmain..

Allahu Allah...

Salam dihulur pembuka bicara,
Wahai para pembaca yang sentiasa dikasihi Allah  Taala sekalian,
Assalammualaikum warohmatullahi wabarakatuh ..
haa,.. sihat ke idok? tu..yang muka kerut2 tu..hehe
senyumlah sikit....haa..kan comey tuh.. ^^,

Untuk post kali ni, ana ingin membicarakan
mengenai kata2,lidah ,lisan atau yang sama erti dengannya.

Seandainya kita tahu, kadangkala kata2 mampu membuat orang ceria ,
senang dan gembira dengan kita.
Namun kadangkala kata2 mampu menyakiti hati seseorang,menyalakan api dendam
dan sebagainya.

Persoalannya, haa bagaimana kata2 boleh menyenangi orang lain? 
kata2 yang lahir daripada hati yang bersih,suci, bebas daripada gigitan kemungkaran dan dosa,
kata2nya sentiasa menenangkan orang lain ,menceriakan dan mengingati.

Tapi,orang yang sebaliknya iaitu orang yang lalai dengan nikmat dunia,
sibuk mengejar2 harta, dan banyak melakukan dosa, kata2nya ..
kadangkala menyinggung perasaan orang lain, mengumpat dan lain2.

Soalan : ho aloh, kalau gitu, bagaimana orang yang niatnya bergurau,
              tapi menyinggung perasaan orang lain?

Jawapannya : Semua manusia melakukan kesilapan, kita pun janganlah rasa diri tu x pernah lakukan kesilapan, orang sakitkan hati kita, kita jangan....balas. Tapi,kita doakan dia
semoga dia sedar akan kesilapannya. Jangan pernah mengharap kata "maaf" daripada
orang tersebut, bukan itu sahaja..jangan pernah mengharap ape2 pun drpd manusia.
kerana sesungguhnya hanya Allah lah tempat kita mengharap.

Jangalah hati,jagalah iman, jagalah kata2..
Kita juga boleh lihat,seandainya kata2 kita menyenangkan orang lain,kita
boleh lihat drpd responnya.. 

Sekian, Wallahu 'alam ^^,


Khamis, 3 Januari 2013

Ya Allah.. Tabahkanlah hati kami..

Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma solli wasallim ala sayyidina Muhammad waala alihi wasohbihi ajmain..

Assalammualaikum warohmatullah kepada para pembaca yang sentiasa dirahmati Allah sekalian.
Tujuan ana post kali ni, ana mohon maaf sebab post kali ni bukanlah tazkirah ..
Tetapi kali ni ,ana ingin mohon ihsan daripada kalian..
seandainya terlihat kucing ana..Abidamaru..tolongla inform kat blog ana atau fb ana..






Jujur,ana katekan.. setelah dihitung hari demi hari,ana sangat rindu dengannya..
Manelah ana nak dapat kucing yang memahami saat sedih,duka,suka dan lara...
andai diri sedih,die bgi peluk..kalau kite saje2 nak peluk die,die x nak..sebab die malu..
Tapi,kalau kite trllu gembire n sedih,die x marah pun..die x pernah cakar dgn sengaja..
walaupun dia nakal..( Panjat2 kete orang,gaduh ngan kucing lain)
tapi,sebenarnya..die sangat......... baik... 

Justeru,janganlah membeci seseorang daripada luarannya..andai die tersilap,
bantulah die..kerana kita tidak tahu bagaimana sebenarnya keadaan hatinya...
Semua orang melakukan khilaf,jangan mudah berasakan diri sempurna..
Kerana hakikatnya,kita ini manusia yang lemah.Allah lah sumber kekuatan kita..

Tolongla..andai terlihat die, informkan ke ana.. fb ana, Zahidah zuhud Dahalan.
email zahidah _zuhud@ yahoo.com 

no. ana x boleh bagi,sebab sedikit privasi..
Semoga Allah membalas kebaikan kalian..amin..